Sampai-sampai je kat rumah, mak tengah goreng ayammm... fuuuhhh.
Sampai-sampai je kat rumah, mak tengah goreng ayammm… fuuuhhh.

Nampak sangat banyak perkara nak dicerita sampai tajuk pon macam tu. Tapi nak diikutkan, sebenarnya aku lost tatkala jari-jemari aku menyentuh papan kekunci ni. Alhamdulillah, aku kini selamat pulang ke Kuala Lumpur setelah 4 hari duduk di Maran.

Hari Rabu minggu lepas aku dan isteri dah mula cuti. Pakat-pakat packing last minit semua barang, terus je balik kampung. Ekoran malam sebelumnya aku tak tidur semalaman disebabkan aku nak siapkan template AI MEDIA, elok je balik kerja, lepas masuk waktu isyak, terus je membuta. Dah tak larat sangat dah nak berjegil bijik mata.

Sedar-sedar wife dah kejut untuk sahur. Lepas sahur terus je siapkan anak-anak kejap. Sementara nak tunggu wife selesai kemas baju, sempat lagi sambung membuta. Ngantok wooo… Tapi berbaloi jugak la, template dah siap, Ebook Asas Penggunaan dSLR pon dah setel agihkan kat para penaja. Puas hati jugak la.

Kebetulan masa hari nak balik kampung (Rabu) jalan dah tak jem. Clear habaqhangg… tobat best memandu. Aku keluar rumah ada dalam pukul 8.45pagi. Elok sampai kat hentian Temerloh, aku bantai tidoq sat dalam kereta. Sambung lagi charging. Tak cukup-cukup. Lepas dah segar, terus sambung memandu sampai ke Maran. Ada la dalam satu jam aku bantai tidoq dalam kereta. Anak-anak pon pakat lena jugakkk, so tadak la masalah.

Ada agak kelainan sikit untuk raya tahun ni, sebab aku ada SPARING PARTNER kat kampung. Siapa lagi kalau bukan Sepupu Abang Jamil kita.. kekeke.. Bila blogger bertemu blogger… hape lagi kan… dah la dua-dua kakifoto, terus je calling-calling, ajak pergi shooting kat tepi Sungai Pahang. Jom kita belajar berdayung dengan Sepupu Abang Jamil ni.. hahaha.

Tahun ni mak sendiri buat lemang, tapi upah orang jaga api je la. Takut la jugak, kalau beli nanti dapat lemang inti katak. hahahaha.
Tahun ni mak sendiri buat lemang, tapi upah orang jaga api je la.
Takut la jugak, kalau beli nanti dapat lemang inti katak. hahahaha.
Deretan kedai usang di tebing Lubok Paku, Sungai Pahang, Maran, Pahang.
Deretan kedai usang di tebing Lubok Paku, Sungai Pahang, Maran, Pahang.
Ini barang RARE. Signboard yang masih kekal kat deretan kedai kat Lubuk Paku ni.
Ini barang RARE. Signboard yang masih kekal kat deretan kedai kat Lubuk Paku ni.
Ini kalau nak dicerita sala-silah... mungkin tunggu Sepupu En. Jamil yang kene cerita.
Ini kalau nak dicerita sala-silah… mungkin tunggu Sepupu En. Jamil yang kene cerita.
Zaman ni, aku pon belum lahir lagi ni.
Zaman ni, aku pon belum lahir lagi ni.
Uwan (panggilan untuk tok bagi orang Pahang)  merupakan pemilik kedai yang sangat RARE tadi.
Uwan (panggilan untuk tok bagi orang Pahang) merupakan pemilik kedai yang sangat RARE tadi.
Episod: Sepupu Abang Jamil mencari sampan.
Episod: “Mana butang baju aku Pahhhhh…., sampai ke sungai aku mencari ni…”
"Tak pe Pah... kau tak bagi butang baju, aku kayuh je sampan ni beli sendiri..."
“Tak pe Pah… kau tak bagi butang baju, aku kayuh je sampan ni beli sendiri…”
"Adeii deii deii deii... apesal tak gerak-gerak ni?"
“Adeii deii deii deii… apesal tak gerak-gerak ni?”
"Laaa.... baru kat tebing ni ke bang? Pah ingat, dah jauh dah..."
Tipah menjerit: “Laaa…. baru kat tebing ni ke bang? Pah ingat, dah sampai Kontan dahh…”
Sepupu En, Jamil : "Ahh.. sudah la Pah, kau dah buang butang baju aku dalam Sungai Pahang... lagi mau banyak cerita"
Sepupu En, Jamil : “Ahh.. sudah la Pah, kau dah buang butang baju aku dalam Sungai Pahang… lagi mau banyak cerita”
Sepupu En. Jamil : "Nko tengok ni Pah... aku dah berdayungg ni.. siap nko.."
Sepupu En. Jamil : “Nko tengok ni Pah… aku dah berdayungg ni.. siap nko..”
Tipah : "Alahh abang ni.. merajuk sungguh nampak?" Sepupu En. Jamil : "Aku dah standby nak pakai besok kottt butang tu..."
Tipah : “Alahh abang ni.. merajuk sungguh nampak?”
Sepupu En. Jamil : “Aku dah standby nak pakai besok kottt butang tu…”
Sepupu En. Jamil : "Akhirnya... jalan jugak bot aku..."
Sepupu En. Jamil : “Akhirnya… jalan jugak bot aku…”
Director: "OK! CUTTTT...." Sepupu En. Jamil : "Pergghhh puasssss..."
Director: “OK! CUTTTT….”
Sepupu En. Jamil : “Pergghhh puasssss…”

Hahahaha… kann… konfem guling-guling la awok wehh… nak lagi? Tunggu pulak siri akan datang. Kalau update sekali harung, nanti nkorang berpinaw bijik mata nak membaca. OK! Mood masih rendang, lemang dan ketupat. Sila angkat tangan, siapa yang bekerja besok? BEKOJO LAH KITO, SEKUEKNYO… hahahaha!