Salam Media - Syarikat Pengiklanan Berkonsepkan Syariah Islam
Salam Media – Syarikat Pengiklanan Berkonsepkan Syariah Islam

Berblog sambil menjana pendapatan adalah perkara yang tidak asing lagi bagi kalangan blogger. Namun, dalam kegairahan mencari pendapatan sampingan kita juga sering tertanya-tanya adakah pendapatan kita dari hasil berblog sama ada halal atau tidak.

Begitu banyak syarikat-syarikat pengiklanan berkonsepkan “publishing media” telah wujud sejak kebelakangan ini, namun tiada penjelasan mengenai konsep HALAL yang diketengahkan oleh mereka, malah agak meragukan.

Etika Berblog dan Pengiklanan

Perkara sebegini menjadi masalah terutama para blogger yang beragama Islam. Hasil dari pengiklanan seperti alkohol, rokok, ataupun gambar seksi masih juga kelihatan walaupun pihak blogger selaku “publisher” telah melakukan filter ke atas iklan yang bakal keluar di laman blog mereka.

Tindakan penipuan kecil sesetengah syarikat pengiklanan memang selalu berlaku, Namun mereka kerap memberi alasan ianya disebabkan oleh sistem BUG. Kecuaian sebegini pada pandangan saya sepatutnya tidak boleh dipandang enteng kerana ianya melibatkan wang ringgit yang akan digunakan untuk keperluan harian para blogger termasuk belanja makan.

Objektif Salam Media
Objektif Salam Media

Baru-baru ini, semasa Pelancaran Majlis Blogrrr Most Wanted anjuran Blogrrr.My, berlansung juga perasmian dan pendaftaran terbuka untuk para blogger menyertai sistem pengiklanan berkonsepkan syariah. Ianya di asaskan oleh Saudara Edwin Masripan atau dengan nama penanya Noktahhitam kini memulakan kareanya dalam penjenamaan Salam Media. Salam Media ini merupakan syarikat pengiklanan yang memfokuskan kepada “syariah compliance”.

Mari Sertai Salam Media

Matlamat dan kewujudan yang jelas Salam Media ini telah membuka banyak mata, terutama di kalangan blogger-blogger tempatan yang beragaman Islam. Pada pendapat saya, ini adalah salah satu syarikat pengiklanan yang sememangnya dinanti-nanti oleh ramai blogger di Malaysia terutama dikalangan mereka yang sangsi dengan kejujuran syarikat pengiklanan yang ada sekarang.

Selain dari mendapat pendapatan sampingan hasil dari lambakan trafik yang datang pada blog, blogger juga tidak perlu rasa ragu tentang iklan yang bakal keluar pada laman mereka. Dengan kata lain, boleh berlog dengan selesa, Tidak lagi seperti sebelumnya, terpaksa kerap menyemak Dashboard pengiklanan supaya iklan dapat ditapis terlebih dahulu.

Jom daftar sekarang, mana la tahu... nkorang menang iPad Mini 2!
Jom daftar sekarang, mana la tahu… nkorang menang iPad Mini 2!

Tunggu apa lagi? Daftar sekarang dengan Salam Media. Mungkin anda bakal memenangi hadiah iPad Mini 2. Sila klik pada [pautan ini]untuk mendaftarkan blog bersama-sama rakan blogger yang lain. Jom sertai Salam Media, berblog sambil beriklan berasaskan konsep “syariah compliance”. Klik pada [pautan ini] untuk halaman utama Salam Media. Semoga anda merupakan salah seorang pemenang yang bertuah! Jom register!