Gadget impian…. kini menjadi kenyataan…

Ape perasaan nkorang la… kalau baru jer berangan… tup tup hajat di hati ditunaikan? Fuhhh… Speechlessssss??? Tak tau nak cakap macam mane??? Rasa macam blur-blur??? Rasa macam di awang-awangan??? Macam tu la aku rasa. Dah lama dah aku menyimpan hajat untuk memiliki Samsung Galaxy Note 10.1 ni. Simpan duit sikit-sikit… last-last… tak jugak termampu nak beli.

Sebelum tu, aku nak ucapkan jutaan terima kasih tak terhingga la se-sangat-sangat untuk seorang Hamba Allah ni kerana sudi merialisasikan impian seorang bapa ni menjadi kenyataan. Siapa dia? Aku yakin, rakan pembaca pon boleh agak siapa kah dia. Cuba lihat sekeliling blog ni… Jumpe??? Syukur tak terkata la… kalau nak beli, memang sampai sudah la tak mampu. Boleh tengok gambar je la.

Sayang abah…. semoga dipanjangkan umur abah. Amin…

Maklum saja lah.. bila dah berumahtangga ni. Keperluan peribadi tu terpaksa dikesampingkan. Utamakan keperluan keluarga terlebih dahulu… Kalau ade belence-belence.. baru la untuk kegunaan peribadi. Tapi kebiasaannya la, kalau nkorang tengok yang mana “Bapak-Bapak-Type”, diaorang akan lebihkan keluarga dia dulu. Untuk diri dia.. dia tak ambik kesah sangat.. biar baju dia comot mahupon koyak sekalipon… dia tak kesah. Janji, isteri dan anak-anak dia dalam keadaan kemas, bersih dan sentiasa kelihatan segak.

Betul tak betul kenyataan aku tu? Kalau tak caya… cuba la tengok bapak kita… kalau kita belikan dia pakaian baru, jarang sekali dia nak terus buat basahan. Melainkan ambik bau je, kendian terus simpan dalam almari. Padahal, kita beli untuk dipakai hari-hari. Masa dulu-dulu aku tak berapa nak paham perkara ni, bila tengok gelagat abah aku tiap kali adik beradik aku beliΒ  pakaian baru untuk abah, abah akan cuba pakai. Lepas tu, terus simpan.

Sekarang? Ye sekarang baru ku faham… erti pengorbanan seorang bapak. Baju yang dok ada tu la yang akan dipakai sampai lusuh. Baju baru tu pulak akan dirasmikan bila dia keluar berjalan jauh. Baru la dia akan pakai baju tu untuk dibuat basahan.

Rasanya macam agak kelaut la jugak aku ni kalau dah mula menulis. Tapi bila kembali bercerita pasal Gadget Impian… nkorang rasa… dalam dunia gadget ni, apa yang nkorang impikan? Kalau sebut iPhone5, rata-rata penggiat SEO dah tau pasal kontest kat blog DenaiHati. Ramai dok pakat atur strategi. Kali ni, teknik dan kaedah ditumpukan pada Google+.

Kalau teknik bermain SEO yang kebiasaan selama ni… memang aku yakin, ramai yang dah sedia maklum corak permainan dia. Tapi bila diklasifikasikan menggunakan teknik Google+??? Owh apakah? Aku rasa, untuk mereka yang nak tambah pengetahuan pasal ni, lebih baik ke blog DenaiHati. Kottt… kalau aku cerita karang, tersalah fakta pulak.

Lenaaaa dah anak sulong hero kesayangan ku sorang ni…

Oh ye… kepada yang dah join tu, aku ucapkan selamat maju jaya. Jangan malu untuk tonjolkan diri sendiri. Dalam pada itu, fahami apa matlamat anda dalam menaikkan penjenamaan diri sendiri. Ok? Jelas? Kelaut? Hahahaa… Kalau nak cakap pasal penjenamaan diri… nanti kita cerita pada hari lain lah. Sekarang ni nak uruskan anak kesayangan, Abang Long Amirul Amin. Ok bye…

NOTA: Terasa rindu betul pada anak dan isteri di Gurun, Kedah… Abah akan ambik mama dan Amirul Azhar hari Jumaat ni. Jaga kesihatan tau!

NOTA2: Sesi review Samsung Galaxy Note 10.1 mungkin aku akan buat dalam masa terdekat. Insyaallah, tapi tak boleh nak janji sebab komitment dengan rutin di pejabat agak sibuk sejak kebelakangan ni.