Sebiji SONY NEX-C3 bersama kitlense, pop-up flash (aksesori tambahan) dan juga prime lense. (fix focal)

Masa dapat kamera ni, first impression tu, tak berapa sangat. Sebab aku lebih prefer pada DSLR level berbanding kamera kompak (digital). Meskipun macam tu, aku sebenarnya lost sebab kamera SONY NEX-C3 ni adalah dari jenis interchangeable lense. Kire terdapat kelebihan di situ berbanding kamera kompak jenis biasa. Dan sekarang, aku rasa aku makin ke laut untuk cerita apa yang best pasal Sony NEX-C3 ni. haha..

Nak genggam memang sedap. Sedap sangat tu tak la, just nice

Untuk pandangan pertama, apa yang boleh aku katakan adalah dari kesedapan genggaman. Kesedapan genggaman untuk kerja-kerja add-hoc fotografi memang aku akui. Mudah untuk di handle kata orang tu. Kerja-kerja add-hoc fotografi memerlukan capaian kamera yang pantas. Tak kira la pada point and shoot moment ataupon semasa mengaplikasi mod kesesuaian scenes fotografi.

Seterusnya apa yang aku kagum adalah ISO-Speed yang boleh mencecah sehingg 12800. Tapi pada kadar ni, noise dah begitu teruk. Mekipon terdapat fungsi Noise Reducing, tapi tetap gagal sempurpa pada ISO tertinggi. Manakala pada ISO 6400, kadar noise masih lagi boleh diterima akal. Hampir tidak kelihatan noise pada tahap ISO tersebut. Berbanding Sony Alpha 290 dan 390 yang pada aku gagal mencapai piawaian apabila ISO melebihi 800 di bawah low light.

Pandangan belakang. terdapat aperture dan shutter speed control

Pada aku, dalam kriteria memilih kamera kompak, interchangeable lense camera mahupon DSLR, aku memang mengambil kira ISO Speed. Sebab tujuan aku beli DSLR contohnya adalah untuk memperbaiki noise yang terdapat pada kamera kompak biasa. Tapi, kalau dah pada ISO800 pon dah gagal, ini bermakna, aku dah reach limitation of the camera. Bukan ape, kalau nak cantik pada ISO tersebut aku perlukan lebih cahaya tambahan termasuklah menggunakan speedlight.

Rasanya cukup dulu untuk sesi pandangan pertama. Aku tidak dibayar oleh SONY walaupon aku memang penggemar Sony. Daripada TV sampailah ke kamera pon kalau boleh nak Sony. Apa kata, mari kita tengok sudut closeup NEX-C3 ni. Jom!

Terdapat juga standard USB Port dan juga HDMI, direct connection.
16.2 Megapixel dan juga butang merekod video untuk easy access.
Ya, jangan lupa, rakaman videonya adalah rakaman HD.
Kebolehan boleh-laras Live-View Screen memudahkan sesi fotografi yang melibatkan sudut terhad
Sudut pandangan unjuran apabila popup flash dibuka. Popup flash adalah aksesori yang dijual berasingan.
Model Jemputan: Intan Safura.. hehehe... pada ISO1600, Shutter Speed: 1/8, Aperture: 3.5, tanpa flash dan low-light.
Model kedua: Amirul Amin. Masih mengekalkan mode sama di atas. Lokasi: Restoran Kunang-Kunang (MRR2)

 Nota: Aku teringin sangat nak buat video. Nanti ade masa, aku cuba plak main video dengan Sony NEX-C3 ni dalam rakaman HD ok!

Nota2: Masih banyak lagi fungsi NEX-C3 ni yang aku belom habis explore. Sila kasik aku masa untuk review yang adil dan saksama. Trimas!