Samsung Galaxy Note 10.1 - Gadget Impian Saya
Kekeringan idea menjadi punca utama…

Salam ceria dan salam muhibbah untuk rakan pembaca. entri ini adalah entri recycle pada kesah-kesah sewaktu zaman puncak aku sebagai seorang blogger separuh masa. Ituuuu…. kesahnye pada satu ketika dahulu la. Sekarang ni dah agak slow. Anak pon dah dua orang. Kita kene la ade perubahan. Kalau sentiasa berada di atas, takut nanti jadi gayat bila nak turun kebawah. Kitaran seorang blogger yang menulis blog peribadi ni umpama putaran roda la kata orang tu… akur pada faktor usia dan kekangan masa.

Ada beberapa perkara mengenai turun naik dunia blog yang aku perhatikan lewat kebelakangan ni agak sukar untuk diperkatakan. Memang diperakui pengaruh Media MicroBlogging dan media sosial yang lain sedikit sebanyak merundumkan aktiviti berblog. Blogger sekarang ni dah kurang mencurahkan idea melalui penulisan. Dah kuranya ideologi dilahirkan…. dannn… dah jarang diperhatikan kosa-kata baru diperolehi dari aktiviti berblog. Kurangnya komen membina dan idea bernas… Ada perasan kan? Semuanya nampak mendatar dan dan tak kurang jugak cerita ulang tayang.

Okeyyy…. tolak ketepi kejap perkara tu. Tak semua orang rajin… tak semua orang punya masa yang banyak untuk berblog… dan tak semua orang ada “berokben” yang cukup hebat seperti di Korea atau negara maju yang lain. Kita yang dapat pakai 2Mb dah perasan laju sesangat. Sebenarnya semua tu alasan. Daripada membebel panjang, nak tak aku bagi tips berblog dengan mudah???

Tak perlu tertekan, boleh cuba aplikasikan teknik ini sebagai permulaan.

Menulis apabila:-

  • Anda merasa sangat lapang ditambah dengan capaian internet yang sempurna.
  • Anda rasa gembira dan meluap-luap untuk dikongsi bersama.
  • Anda merasakan ianya satu peristiwa yang tidak patut luput dari ingatan.
  • Anda tiba-tiba rasa menggelegak nak marah sesuatu (tapi awas… jangan la mencarut).
  • Anda sedih dan perlukan teman berbicara atau pendapat.
  • Anda bingung akan sesuatu. Maka bertanya di blog. Tak salah.
  • Anda punya idea terbaru untuk manfaat bersama rakan.
  • Anda menghargai apa yang anda lalui setiap hari.
  • Anda mengadakan atau menghadiri sesuatu majlis.
  • Anda berada dalam percutian. Jangan lupa mencatat point, kalau ketiadaan internet.
  • Anda seorang yang kreatif mencipta sesuatu yang baru atau membuat penambahbaikan.
  • Anda nak buat teguran terhadap sesuatu perkara.
  • Anda punya keghairahan untuk menulis.
  • Anda memang minat menulis.

Jangan menulis:-

  • Kalau anda tidak punya IDEA.
  • Jika anda menulis jugak… anda nampak kebudak-budakan.
  • Jangan menulis kalau sekadar anda nak melaga-lagakan orang lain.
  • Kalau anda akan dipenjarakan disebabkan tulisan anda.
  • Kalau anda hendak menulis sesuatu itu berunsur fitnah atau tidak pasti, lebih baik jangan teruskan.
  • Kalau anda dah malas… macam mana nak menulis???
  • Kalau anda tidak pandai menghargai sesuatu dengan penulisan.
  • Kalau anda rasa tertekan untuk menulis.
  • Kalau anda memang tidak mahu menulis.

Kalau nak ikutkan banyak lagi. Sebab tu… kalau anda perhatikan, mereka yang begitu mahir dengan teknik berblog, mereka akan mengkaji bilakah waktu puncak untuk menerbitkan sesuatu catatan blog. Dia tadek la main bantai belasah jer publish entri. Meskipun ada juga yang update sampai 18ratus sehari. Itu adalah kerana dia menghargai apa yang dilaluinya.

Catatan ini lebih difokuskan kepada penulisan di blog peribadi. Maafkan saya kalau catatan ini mungkin menimbulkan rasa tak senang diantara pembaca blog ini. Aku sekadar berkongsi apa yang aku fikirkan patut. Begitu ramai yang nak jadi blogger… begitu banyak niche yang wujud… blog peribadi menjadi pilihan untuk ditulis. Tiada siapa yang paksa kita menulis kisah peribadi. Jadi tak perlu sampai nak serabut sampai terpacul:- “Owh.. blog aku tak update lagi… ape nak update ni??”

Nota: Hari-hari dibiarkan berlalu pergi tanpa ianya dapat diundur kembali. Perkara yang lepas adalah sejarah. Perkara yang sedang berlaku adalah pembelajaran dan yang akan berlaku adalah masa hadapan. Jadi apakah motif anda sebagai penulis? – Masih ingat kata-kata ini? Duplicated entri detected!!!! Hehehehe…