
Bila tiap kali ku tengok tempat ni… aku teringat kat sayang aku. Biasanya, tempat ni merupakan tempat di mana kopi aku akan diletakkan olehnya bila mana aku mengadap komputer. Tiap malam membancuh kopi supaya aku dapat bekerja keras berjegil bijik mata depan komputer untuk siapkan kerja. Tak kira la hari kerja ke… hari minggu ke. Bila terkangkan… memang la toucing.
Tapi mujur la… dah tak lama dah. Besok lusa ni, dah nak balik ke Kedah. Nak ambik sayang dengan Amirul Azhar. Abah rindu la nkorang berdua. Kat rumah ni, abah dengan abang long je. Abang long dok main Ultraman dia.. abah pon mengadap komputer. Bila masing-masing dah mengantok, bentang je toto… tidor kat ruang tamu. Risau jugak, kalau tidok atas katil, maunya dua beranak sampai ke tengah hari la tak bangun dek ulik katil yang empok tu.
NOTA RINGKAS: I love you sayang! Tunggu hari Jumaat ni taw.. abang datang dengan Amirul Amin.
22/12/2012 @ 5:44 pm
semoga berbahagia selalu
20/12/2012 @ 1:40 pm
Luahan hati untuk orang tersayang. Seronoknya bila dia baca. Selamat pulang ke Kedah menemui yang tersayang.
20/12/2012 @ 2:17 pm
segan plak publish kasik orang bace. hehehehe
Muktasim
19/12/2012 @ 8:51 am
Saya telah membaca post ini.
19/12/2012 @ 8:46 am
hehe.. boikot selagi mampu.. tapi kalau dah kecemasan nak buat macam mana.. 🙂
19/12/2012 @ 10:46 pm
hehehe… dah tadek pilihan. kebetulan waktu tu hujan. nak bawak anak ke kedai makan, basah pulak. payung tertinggal kat rumah.
19/12/2012 @ 1:30 am
hati seorang bapak 😉
19/12/2012 @ 10:46 pm
hanya untuk yang memahami. hehehe
18/12/2012 @ 11:02 pm
haha..mcd jugak jadinya..
18/12/2012 @ 11:54 pm
nak bawak pi makan kedai makan biasa, masa tu hujan. jadi masuk drive truu je. kalau nak nak kene dokong anak lagi.. kiri kanan nak lintas. kene plak time tu ade pasar malam. memang parking penuh kat kedai makan.
18/12/2012 @ 12:07 pm
alahai sweet :0
18/12/2012 @ 11:55 pm
:p heeppp… ade gak orang tu mengusha. patut tadi letak paswed. hehehe
18/12/2012 @ 9:26 am
touching nya entri ni..
18/12/2012 @ 11:56 pm
kalau duduk sorang-sorang kesunyian.. macam ni la citer dia. layan emosi derr~