Tadi @Shamhardy tanya saya pasal perkara ni. Jadi rasanya elok saya berkongsi kat sini sebagai catatan peribadi. Mana tau satu hari nanti saya pulak yang terlupa… jadi boleh jer la kita gunakan kotak search untuk mencari informasi di sini. (Jadi amanz.my kauu~).  Tutorial pada kali ini untuk user yang agak advance kerana anda perlukan akses ke PHPMyadmin.

Sekiranya terlupa password WordPress anda… Maka apa yang perlu adalah.. akses PHPMyadmin anda dengan mengakses masuk ke Web Control Panel. Contoh blog saya adalah:- http://azmanishak.com/cpanel

Kemudian, seletelah berjaya mengakses Web Control Panel anda, carik PHPMyadmin yang kebiasannya berada dibawah kategori DATABASE.

Klik PHPMyadmin dan anda akan dibawa ke laman sesawang PHPMyadmin Website anda. Daripada PHPMyadmin, cari nama database WordPress anda. Kebiasaannya akan dilabelkan dengan penghujung *_wp atau *_wrdp.

AMARAN: Kesilapan dan kecuaian akibat tidak ikut langkah yang diberikan boleh menyebabkan blog atau website anda menjadi celaka. Sila patuhi arahan keselamatan. Pakai tali pinggang keledar.. bla bla bla.. dah ke laut!

Ok.. klik database ni. Lepas tu.. carik table yang bernama wp_users dan tekan ikon BROWSE (lihat gambar)

Sekarang ni kerja mudah, tapi… harus diingat, kata laluan yang di cipta untuk WordPress adalah dalam inkripsi MD5. Jadi anda tak semudah itu untuk menggantikan ruang kata laluan tersebut dengan yang baru.

Untuk mencipta inkripsi MD5, anda boleh menggunakan MD5 Online Generator. Katakanlah, kata laluan anda yang nak di cipta adalah:- kata_laluan maka seletah di inkrip akan menjadi:- 28e33440d31d9a56f9f3df565b59fa0b. Seterusnya masukkan teks yang telah diterjemah kedalam MD5 tadi ke ruangan password di table wp_users pada nama log masuk anda.

Setelah selesai menggantikan aksara-aksara ikripsi tadi (…bhahaha kekok ok!) maka tekan butang [OK]. Kemudian.. cuba untuk log masuk ke wordpress anda menggunakan kata laluan yang baru anda cipta tadi. (Bukan text MD5 tu tau.. teks asal dia la..)

Ok dah siap… selamat mencuba.

Nota: Dulu masa tak tau pasal perkara ni.. saya pergi tekan DROP Database.. terus dapat blog baru. Abis semua nak kene configure. Entri hilang.. haha…