Salam bahagia semua. Aku dapat rase blog ni dah agak gersang sebab aku dah terlampau lama tak buat tutorial yang bermanfaat. Boleh dikatakan setiap hari aku cuma buat repekan tak berpaedah, sampai ada juga pembaca aku naik menyampah.. haha.. nak buat macam mane kan??? Berblog juga adalah alternatif melepaskan tekanan!!!

Ok.. cukup… cukup merepek mukadimah aku pada kali ni. Terus kepada tutorial kita pada kali ni. Komen Blog Terus Ke Dalam Handfon. Pada kali ini untuk mereka yang mempunyai domain berbayar. Untuk mereka yang menggunakan domain percuma, jangan khuatir, ade sedikit tips untuk nkorang. Jadi baca, jangan tak baca.

Nota:- Kalau bill talipon melambung, jangan salahkan aku. Gunakan talian internet tanpa had (broadband) sekiranya kamu semua ingin mencuba tutorial ini.

Apa yang kamu semua perlukan:-
1. Handpone yang mempunyai fungsi E-Mail (GPRS dsb.)
2. Akaun kedua Email domain berbayar kamu (domain nkorang ade unlimited email kan?)
3. Blog WordPress. (aku buat contoh untuk WordPress. Mungkin Marzuki Jalil akan buat utk Blogger pulak. Mane tau kan… hehehe~)

Untuk menyelaras komen blog kamu (wordpress) kamu perlukan sedikit tetapan pada blog. Log-masuk blog wordpress kamu, kemudian pergi ke bahagian Setting –> General. Daripada sini, apa yang kamu semua perlu buat adalah menetapkan email yang akan WordPress hantar kepada kamu sekiranya sesuatu perkara mengenai admin dilaksanakan (termasuk komen)

Seterusnya, simpan tetapan kamu tadi. Sila beri perhatian, contoh yang tertera pada “print screen” adalah comment@azmanishak.com. Itu adalah “secondary” email yang aku cipta untuk tujuan tutorial ini. Untuk mencipta email tersebut, sudah pastinya kamu semua perlu log-masuk kebahagian CPanel hosting masing-masing dan ciptalah sendiri alamat email yang dikehendaki!!

Berikut adalah penerangan bergambar pada tetapan telefon bimbit/handfon. Sila matikan hanfon kamu atau letak kepada mod senyap ketika kuliah sedang dimulakan…. Awas!!! Jangan sesekali main sms mahupon permainan video… hehehe~ (gile kjap nak jadi lecturer)

1. Buka PDA kamu semua sekarang dan pilih menu Messaging. Rasanya kalau handpone Nokia pon sama jer. Dalam Messaging dah tentu ada pilihan tetapan/setting bukan? Erm…

2. Dah masuk ke dalam menu Messaging? Kalau sudah, pastikan kamu semua memilih untuk membuat tetapan akaun E-Mail. (Setup E-Mail)

3. Ingat tak yang Secondary Email yang aku cerita kat atas tadi??? Jadi kamu semua masukkan butiran seperti yang tertera pada gambarajah diatas. Password? Dah tentu kamu saja yang tahu.

4. Sudah terbiasa dengan pemasangan aplikasi Windows? Jadi aku rasa tak perlu aku ingatkan tiap kali arahan mesti tekan butang Next. Untuk langkah ini, sila pastikan tiada tanda pilihan dibuat pada ruangan Try To Get E-Mail Setting Automatically. (Boleh sekiranya menggunakan akaun GMAIL.Com)

5. Pemilihan jenis E-Mail yang ingin digunakan. Tak perlu kelam kabut untuk pilih Custom Domain walaupon pada hakikatnya kamu semua menggunakan domain berbayar. Pilih saja Internet E-Mail.

6. Seterusnya adalah penamaan Profile untuk email yang kamu cipta ni. Namakan apa saja yang kamu suka dan pikirkan bersesuaian. Tadak masalah punye~

7. Tetapan jenis akaun email. Sekiranya kamu menggunakan akaun GMAIL, aku sarankan kamu memilih POP3, dan sebaliknya sekiranya kamu