Kalau nak main SEO, biar kene cara dia. Kalau dah kene slap dengan Google Panda, baru tau!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku rasa dah lama sangat aku tak bercerita pasal teknikal kat blog ni. Lagi-lagi dalam WordPress. Bukan ape, sejak kebelakangan ni begitu ramai Sifu SEO yang tumbuh bak cendawan di ladang gandum. Jadi kita yang olschool ni, lebih suka amik sikap tunggu dan lihat. Aku…. rasanya tadek la nak marah atas pelajaran yang kebanyakkannya disampaikan, tapi agak kecewa jugak la, sebab tips yang diberikan tu adalah tips ulangan sejak aku mula kenal arena blog. See the point?

Rata-rata kebanyakkanya yang hadir sebagai pakai SEO kononnya mementingkan backlink sebagai teras SEO. Aku tak kata salah…. memang betul. Tapi tahukah anda bahawa, anda telahpon menyalurkan SEO yang sepatutnya dapat kepada anda, tapi dikesampingkan kepada orang lain? Punca utama? Itu jawab la sendiri ape tujuan anda bermain SEO. Kalau nak ikutkan, aku ada banyak mende yang aku tak sebulu dengan Kaki-Kaki SEO.

Ok, tutup kesah tu. Sekarang, aku nak berkongsi sedikit pengalaman aku dalam mengekalkan sekurang-kurangnya 3K PV dalam sehari walaupon tak update. Tak perlu nak hot-hot… tak perlu nak kerap ketegaq nak update blog. Tak perlu jugak sampai setiap hari nak kene pecah kepala untuk dapatkan trafik organik untuk terbitkan artikel di blog. Penyudahnya hasil penulisan tidak lagi tulin kerana keikhlasan tu dah tersasar dari matlamat utama. Harap ambil perhatian, aku bercerita ni untuk blog yang niche-nya berkonsep kekeluargaan dan syok sendiri macam blog aku ni.

Tanpa membuang masa salin code kat bawah ni, dan tampal pada template header anda. Tips ini adalah untuk blog dari enjin WordPress sahaja ya.

1. Pertama, cari tag </head> dan tampal code kat bawah sebelum tag ini.

[php]

<meta http-equiv="content-type" content="<?php bloginfo(‘html_type’); ?>; charset=<?php bloginfo(‘charset’); ?>" />
<meta content="text/html; charset=UTF-8" http-equiv="content-type"/>
<?php if (is_single() || is_page() ) : if ( have_posts() ) : while ( have_posts() ) : the_post(); ?>
<?php function taglist() { $posttags = get_the_tags(); if ($posttags) { foreach($posttags as $tag) { echo $tag->name . ‘, ‘; } } the_title(); } ?>
<meta name="description" content="<?php the_excerpt_rss(); ?>" />
<meta name="keywords" content="<?php taglist(); ?>" />
<?php endwhile; endif; elseif(is_home()) : ?>
<meta name="description" content="<?php bloginfo(‘description’); ?>" />
<meta name="keywords" content="Orang dewasa, PHP, mySQL, Komputer, Fotografi, Photographer, WordPress, Tutorial, BigPicture" />
<?php endif; ?>

[/php]

Sedikit penerangan…

  1. Tujuan bermain SEO adalah untuk mempercepatkan proses indek di enjin carian, sama ada Google, Yahoo dan sebagainya.
  2. Bermain META code merupakan usaha kita memudahkan tugas BOT-BOT untuk indexing. Sebab bot akan scan pada META Content terlebih dahulu, sebelum masuk ke entri content.
  3. Pada rangkap ke 3 kod di atas, kita tentukan, sama ada pembaca hadir pada main page atau pada post.
  4. Sekiranya pembaca hadir pada post, maka kita tetapkan META DESCRIPTION dan META Keyword selaras dengan tajuk dan TAG entri/artikel kita.
  5. Sekiranya pelawat tu datang pada halaman utama, maka META DESCRIPTION dan META KEYWORDS, akan merujuk kepada tetapan default atau sebarang keywords dan description yang kita mahukan sebagai statik keywords.
  6. Untuk entri kali ini, sebagai bahan kajian… cuba anda tengok TAGS di bawah… kemudian.. bandingkan dengan -> Right click pada page ini… dan view sources code.

Macam mana? Mudah bukan? Untuk tetapan META KEYWORDS pada perenggan 2 terakhir, sila tuliskan keywords yang anda inginkan, sesuai dengan niche blog anda. Dah selesai. Harapnye dengan penerangan ringkas aku pada kali ni, maka tidak ade rahsia lagi la permainan SEO tu ye. AI tak jeles nkorang kalau menang content ke ape ke.. tapi biar nampak educated sket. Ingat… sekali kene SLAP dengan Google Panda, impact dia sendiri mau ingat la!

NOTA: Untuk TIPS SEO yang akan datang, mungkin aku ceritakan macam mane nak bermain SEO menggunakan social media seperti Twitter, Facebook dan jugak Web Aggregator (Web Ping). Insyaallah… kalau janji-janjiku tidak dicapati! :p

NOTA2: Harus di ingat, blog berkonsep peribadi atau kekeluargaan… susah nak dapat trafik gempak.. anda perlukan strategi teknikal. Sampai berjumpa lagi!