Gila habaq hang.. dah lama aku tak sembang merapu merapak kat blog aku ni. Nak habaq gian tu.. memang kot. Tapi kerja aku banyak la plak dan-dan tu. Mana aku nak kejaq buat kerja aku.. mana aku nak main petik kamera. Penyudahnye aku biaq pi ja blog aku berlumut cam tu. Hahaha… puaih hati no!

Ok… ni kali kedua perenggan kedua ni aku padam. Biasa la.. bila dah lama tak buat diari.. rasa macam malas. Minggu lepas aku jadi bidan terjun untuk tangkap gambar tokoh koporat kat tempat kerja aku. Memang tak pernah dan tadek pengalaman pon tangkap gambar manusia untuk tujuan serius iaitu untuk buat Kampeni Profile. Semua kelaut… semua kelaut derrrrrr. Ni pon saje nak share sebab nak dapatkan feedback dari kawan-kawan yang mungkin membaca blog aku.

Sila la komen ye.. Jangan memalu. Gambar bukan dalam Studio, sebaliknya hanya dalam Meeting Room. Lighting…? Demn Fail! Aku takdek speedlight. Sooo… soliii sollleeeyyyy~Tapi apa yang boleh aku cakap… memang seronok sebenarnya jadi photographer studio… kau cakap action jer.. lepas tu.. berterabur depa nak action. Konfem kejung. Ini pengalaman yang berharga buat aku. Walaupon semua gambar aku memang tak lawa.

Label Arahan: Gambar dah adjust pakai Photoshop & Photoscape. Lantak kauuu!

Nota: Kalau ade peluang lagi… aku mungkin nak pertajamkan skill Indoor-Photoshoot. Mungkin setelah ade sebijik speedligh untuk kurangkan masa mengedit.

Nota2: En. Wafir senyum sangat neuteral.