Aku suka ambik gambar miniature atau sebarang gambar mainan yang berskala kecik kat atas meja komputer aku. Pada aku, ianya satu hobi yang sangat best sebab aku tak perlu pergi jauh untuk mecarik subjek. Tak perlu berpanas atau masuk ke hutan. Satu hobi fotografi yang sangat RILEKS! Biasanya atas meja komputer aku ni lah aku […]
Aku suke still photo. Pada aku, itu satu hobi yang sangat STIM
Aku suka ambik gambar miniature atau sebarang gambar mainan yang berskala kecik kat atas meja komputer aku. Pada aku, ianya satu hobi yang sangat best sebab aku tak perlu pergi jauh untuk mecarik subjek. Tak perlu berpanas atau masuk ke hutan. Satu hobi fotografi yang sangat RILEKS!
Biasanya atas meja komputer aku ni lah aku akan setup mini scenes untuk aku lepas gian ambik gambar. Selalunya warna latar belakang adalah warna hitam. “Sceneries setup” aku menggunakan seminima mungkin perlalatan yang ada untuk setup black scenes. Tak perlu bazirkan duit untuk beli mini studio.
Gambar 1: Spiderman bersama Spidey Bike. Motor ni tayar dia boleh kepak jadi Jet
Dengan berlatar belakangkan screen monitorLCD dan dilapik dengan wacom board, ini je la modal untuk aku setup scenes. Screen ni sangat bagus sebab jika kene pada anglenya, anda akan dapat “backlight” dan “backlit” secara neutral. Penghasilan backlight juga sangat “smooth” cahaya dia. Selain daripada tu, aku pakai je tshirt hitam untuk dapatkan smooth surface pada lantai scenes.
Aku ni…. kalau nak menceritakan dengan teknikal term… aku rasa sangat janggal. Aku tiada sijil dalam bidang fotografi. Kemungkinan terma yang aku gunakan salah. Tapi… jom la layan dulu artwork hujung minggu.
Gambar 2: Set lego Siderman dan Spidey Bike – angle ke duaGambar 3: Set lego Siderman menunggang Spidey Bike dan ditemani Superman?Gambar 4: Set lego Nick Fury menaiki kereta. Dibelakangnya ada VenomGambar 5: Set lego Siderman dan Spidey Bike – Melakukan aksi akrobatik.Gambar 5: Set lego AVENGERS – Kenderaan rasmi SHEILDGambar 7: Set lego Siderman dan Spidey Bike – The Willie Spiderman
Pagi ni, macam dah gian sangat nak main macro... dah gian sangat nak petik kamera... dah gian sangat nak update blog sendiri untuk meletakkan sekeping dua foto untuk tema #FotoBESAR. Elok sesampai aku ke opis, terus ku kepakkan bunga dijambangan pagar. Di jinjit sambil diperhatikan sekalian pekerja kilang yang ada.…
Kat atas ni salah satu koleksi bunga yang akan di MMS untuk Mama Amirul setiap hari. Minggu ni koleksi Bunga Lily. Semua image aku bantai je ambik dari Google Image. Mane sempat kalau nak suruh aku snap gambar bunga setiap hari kan. Nak beli bunga hidup... takut layu plak.. jadi…
Kita semua sedia maklum, kegairahan dalam bidang fotografi ni merangkumi pelbagai aspek. Dari segi penggunaan kamera, lensa, perisian suntingan dan macam-macam lagi yang digunakan oleh seorang jurufoto agar hasil karya mereka kelihatan seperti yang diinginkan. Terdapat perbagai aplikasi ataupun perisian yang digunakan untuk memudahkan tugas-tugas suntingan sama ada percuma mahupun…
26/08/2014 @ 3:18 am
Nasib baik xde jack sparrow.. klu x mesti jeles tahap maksima..
17/08/2014 @ 7:38 pm
Hobi ni memang best!..modal pun tak payah keluar banyak..
18/08/2014 @ 12:37 pm
beli sikit-sikit bro. kumpul buat koleksi. lama-lama banyak la. hehehe
14/08/2014 @ 8:01 am
memang kreatiflah bro..
12/08/2014 @ 9:22 pm
terbaikkk…yang penting kreativiti mesti ada…semua benda jalan sajerr…:-)
12/08/2014 @ 2:21 pm
Comel la Lego superman tu.ada jual ke kt pasar raya?
10/08/2014 @ 2:42 pm
mahal x benda ni?macam cantik je untuk buat koleksi
31/08/2014 @ 6:58 pm
Kalau minifigure sahaja ok lagi. Yang mahal kalau beli set atau yang ada fungsi tertentu.
10/08/2014 @ 1:58 pm
osem…