Ini cuma lakaran menggunakan Google Sketchup.

Aku ni bukanlah pakar sangat dalam hal ehwal kamera ni. Lebih-lebih lagi dSLR. Tapi kat sini nak kongsi sikit dengan kawan-kawan pembaca ataupon kawan-kawan yang ada kamera dSLR Sony Alpha 290 atau 390. Perkara ni berkaitan dengan “objek terapung” yang terdapat dalam gambar. Perkara ni berlaku pada aku dalam dua hari lepas. Lepas kejadian tu aku amik iktibar atas apa yang berlaku.

Kedudukan bintik hitam pada posisi yang sama.. meskipon pada jarak yang berlainan

Objek terapung atau dalam kata lain adalah habuk ni pada aku adalah musuh utama selain daripada kulat (fungus). Mende ni tak boleh main-main kalau kita sayangkan kamera dSLR. Barang dibeli bukan singgit dua derr… Dipendekkan cerita selang dua hari lepas… gambar aku tangkap.. semua ade black spot pada penjuru imej. Aku tak pasti mende apa. Aku cuba bersihkan lense… bersihkan cermin prisma kamera… tapi masih ade habuk tu.

Lepas tu.. aku belek punye belek sambil bertanyakkan pakcik Google… aku dapat tau yang ada kemungkinan SENSOR kamera aku dah ade habuk. Untuk pengetahuan rakan yang membaca, Sony Alpha tak same macam Nikon atau dekat depan SENSOR dia… dia lain macam sikit.. Depan SENSOR masih ade tetingkap yang menutup SENSOR daripada terkena habuk. Sekali lagi aku membina model menggunakan Google Sketchup.

Keratan rentas asas dSLR Sony Alpha 290/390

Untuk membuka sensor ni… bateri kamera mesti ada dalam 3 bar ke atas ataupon penuh. Kalau tak.. SENSOR cover ni memang tak akan terbukak. Lain kalau NIKON atau CANON. Aku cakap lain.. sebab aku tak pernah diberi peluang untuk guna kedua model tu dengan HARD-CORE. Tapi kalau dengan SONY Alpha tu… dah tau la jugak serba sikit ragam dia. Bila bateri dah penuh… baru SENSOR cover ni boleh bukak. Tapi sebelum tu, kene akses mode maintenance dulu. Sila semak buku manual tentang bab Maintenance Mode atau lihat video ni.

Berhati-hati jangan sampai tersentuh atau terbersin ketika SENSOR terbuka

Selepas masuk Maintenance Mode, cover SENSOR akan terbuka:

  1. Bersihkan permukaan SENSOR dengan kit pembersih dSLR dalam keadaan tertungging (lubang lense menghala ke bawah)
  2. Jangan gunakan jari atau tisu atau benda yang kasar.. ini boleh merosakkan SENSOR.
  3. Jangan mengunakan sebarang cecair kimia yang tak boleh dipastikan tahap hakisan.
  4. Elakkan dari membuka kipas.. sebab takut habuk berterbangan semula
  5. Jangan tiup SENSOR menggunakan udara hembusan.. udara hembusan mempunyai wap air yang boleh berkemungkinan terjadinya kulat.
Bahagian-bahagian yang perlu dibersihkan daripada habuk

Bila dah selesai bersihkan SENSOR, pastikan matikan (Off) semula kamera tu, penutup SENSOR secara automatik akan kembali dalam keadaan asal. Lepas tu, bersihkan pulak  pada bahagian yang ditandakan dengan (a) –  View Finder, (b) – Kaca penutup PRISMA ATAS dan (c) – PRISMA BAWAH,  seperti gambar di atas. Ingat… gunakan kit pembersih. Keluarla duit sikit beli kit pembersih tu kalau sayangkan kamera.

Kalau dah bersih... woraite... erk.. ade bulu-bulu halus tu.. memang melekat kat cable :p

Bila dah selesai semua langkah kat atas… cuba teropong dari view finder menghala ke arah lampu yang terang… nampak habuk? Habuk walaupon kecik.. tapi impak pada gambar memang boleh mencacatkan. Selepas dah siap… cuba tangkap satu dua gambar… nahhh… amacam?

Nota: Entri ni mengambil masa 2 hari untuk aku siapkan model kamera dSLR dalam Google Sketchup. Bila dah siap…. rasa puasss!!!!