Assalamualaikum dan salam ceria kawan-kawan. Agak lama juga saya tak menulis di depan komputer seperti mana kebiasaannya. Tugas dan tanggung jawab dalam kerjaya yang baru ni amat mencabar jadi perlu lebih berhemah untuk uruskan masa. Kene bahagi yang mana satu untuk kerja… yang mana satu untuk tea-time.

Baru sebentar tadi saya memeriksa kandungan email. Setiap satu… kebiasaannya saya suka bukak dan belek. Ini termasuk la SPAM atau SCAM email. Mula-mula tengok email ni daripada Sony. Dia perkenalkan diri untuk jadikan saya sebagai Sony Reviewer. Wahh… menarik tertarek arr… Tapi mana la mamat dengan minah dari Sony ni kononnya dapat email aku???

Email tersebut membawakan saya ke satu laman web yang seperti tertera di atas. Dengan tawaran Sony NEX5, sapa pon boleh cair. Hanya dengan menjawab soalan yang ringkas, anda akan berpeluang mendapatkan sebiji Sony NEX5 apabila anda meneruskan langkah seterusnya iaitu memasukkan nombor telefon. Ahhh…. CRAP~ Sila jangan bermimpi. Tadak sapa nak bagi benda yang harga ribu-riban dengan hanya 1 soalan mudah dan masukkan nombor telefon ye.

Nah nampak tak? Kene jawab lagi soalan… dah la setiap satu soalan akan di charge RM4.00. Kali pertama jawab… betul… kali ke dua.. betul… kali ketiga pon betul.. masuk kali ke empat??? Dah mula salah… proses akan di ulangi semula. Tarikh tutup penyertaan ini adalah pada bulan Januari 2011. GILERRRR… berapa banyak nak kene bayar? Muahahaa…. Baik anda beli jer kamera tu cash, dari jawab soalan yang belum tentu dapat hadiah tu.

Nota: Sikap orang kita…. Dah senang… nak senang lagi…. “Menipu untuk teruskan kehidupan” Itu lumrah zaman sekarang. Ingat ye… sila berhati-hati.

Nota2: Saya nak format komputer dan memasang UBUNTU 10.10. Selamat tinggal kepada Windows.