Dalam saya sebuk untuk buat perancangan persediaan menerima kehadiran cahaya mata, saya diperkenalkan dengan produk terbaru dari seorang rakan. Erm.. macam menarik ni. TUNGKU ELEKTRIK!!! Wowww… ingatkan lesung batu elektrik. Haha.. Kalau dulu, teringat zaman mak-mak dengan akak-akak kita lepas bersalin, ayah atau abang ipar mesti nak panaskan tungku kat dapur. Silap panas tungku… boleh bocor la perut tu. Sekarang ni kita dah ada satu teknologi inovasi yang canggih dan amat praktikal.
Kehidupan di kota memang sinonim dengan kesuntukan masa dan tenaga. Banyak perkara perlu diperuntukkan dan menjadikan seorang manusia di kota tu sentiasa terkejar-kejar untuk mengecapi keselesaan. Perkara yang sama juga berlaku ke atas diri saya. Kalau nak dipikirkan soal bertungku ni, ianya adalah satu kerja yang memerlukan penelitian dan kesabaran terutama bagi mereka yang bakal bergelar bapa. Dengan terciptanya satu produk inovasi terbaru ini, saya yakin kerja-kerja menjaga isteri ketika berpantang, insyaallah dapat diringankan.
TUNGKU ELEKTRIK
Produk ini diperbuat dari teknologi canggih dan merupakan inovasi terbaru bantal kesihatan . Bahan fabrik bantal ini diperbuat dari bahan anti–kuman/bakteria. Ia tidak berbau dan diisi dengan cecair berubat yang cukup bersih sekali . Ia juga mampu memanaskan akibat terasa suhu yang sejuk, Hygienic serta menyenangkan . Boleh digunakan oleh semua lapisan masyarakat.
Tungku Elektrik ini tahan lama dan suis kawalannya dapat menyelaras kepanasan cecair di dalamnya secara automatic di mana dapat mengelakkan suhu yang berlebihan . Jaringan wayar kelulinya dapat menyalurkan kepanasan dengan mudah sekali .
Tungku Elektrik ini amat sesuai untuk tujuan mengelakkan :
- Mengelakkan artritis
- Sakit mata
- Sakit servikal vertebra
- Sakit kepala
- Sakit gigi
- Kepanasan badan
- Sakit leher
- Sakit bahu dan belakang
- Tergeliat
- Sakit tulang/otot reumatisme
- Sakit haid ( senggugut )
- Menghilangkan buncit
- Untuk wanita lepas bersalin (berpantang)
Keistimewaan tungku ini ialah:-
- Pilihan warna yang menarik
- Menggunakan elektik sebagai tujuan pemanasan (caj semula)
- Tempoh untuk memanaskan 5 – 8 minit dan kepanasan tungku mencecah 70° hingga 80° celcius
- Kepanasan dapat bertahan diantara 2 – 3 jam .
- Mempunyai pengawal suhu untuk mengelakkan tungku terlalu panas (selamat digunakan untuk melindungi kulit anda)
- Cecair berubat hanya diisi sekali dan anda dapat menggunakannya buat selama-lamanya.
- Mudah digunakan dan dibawa kemana-mana.
- Diperbuat daripada plastik bermutu tinggi yang lembut bahannya.
- Mendapat pujian ramai yang menggunakannya dan layak disebut “Guardian Spirit For Family Health And Beautiful” kerana bermanfaat yang telah dipersembahkan untuk kesihatan manusia.
Sekiranya anda berminat untuk membuat sebarang pertanyaan ataupon tempahan, sila berhubung terus dengan pembekal saya di alamat:-
Email: rusmidi[at]gmail.com
Blog: http://papa-itam.blogspot.com/
Twitter: http://twitter.com/papaitam
Facebook: http://facebook.com/Midie-Nora
Telefon Bimbit: 017-3258113
Nota: Anda berminat untuk mempromosikan produk anda di sini? Sila emailkan kepada admin[at]azmanishak.com
21/01/2011 @ 8:43 am
Berapa ringgit harga tungku ni & what other things include dalam package ni? Thanx
21/01/2011 @ 9:49 am
Terima kasih kepada saudari yang bertanya. saya tidak meletakkan harga untuk promosi barangan ini. sekiranya berminat, saudari boleh menghubungi Saudara Rusmiri seperti yang tertera di perenggan atas. Kadar bayaran sangat murah dan boleh dipakai selagi ianya tidak pecah atau rosak. selamat dan mudah digunakan. saya sendiri pon ade sebiji kat rumah.
09/01/2011 @ 9:12 am
lau nk borong tungku elektrik hagre rm25seunit sila hubungi sy 0139741006(sya)
27/04/2010 @ 6:49 pm
bagus tunku ni……
.-= ishak entri terkini blog ..TOTURIAL PHOTOSHOP : ADIK KU MR BEAN =-.
27/04/2010 @ 7:40 pm
erm… dah kawin? :kenyit:
14/05/2010 @ 7:47 pm
belum..rapi rasanya tak sabar heheheheh 😉
.-= ishak entri terkini blog ..Tahniah hafiz hasyim : Malaysia Boleh !!! =-.
23/04/2010 @ 10:00 pm
salam..
bukan nak komen tentang tunku tu..
tapi nak ucap tahniah sebab akan menerima cahaya mata..
moga2 hidup anda lebih bahgia…
tahniah….
27/04/2010 @ 7:40 pm
Wsalam.. terima kasih bro.. amin~ :sengeh:
23/04/2010 @ 8:43 pm
pernah tanya isteri nak guna tungku ni ke tak..
dia kata tak yah..
cara lama lagi bagus..
aku ok jer kalau dia nak guna..
.-= Mus entri terkini blog ..Hari Ini Aku Ber’Blogspot’! =-.
27/04/2010 @ 7:40 pm
keh keh keh.. kalau banyak masa tak pe kot..
aku ni jenis kijer oncall bro.. risiko jugak neh..
so just alternatif jer. :sengeh:
23/04/2010 @ 2:43 pm
Dulu panaskan tungku pakai api kat dapur, sekarang pakai elektrik je dah panas, dan boleh dipanaskan di mana2 asalkan ade elektrik… ish3, maju betul.. haha,
.-= Zimy entri terkini blog ..Earth Day 2010 : Selamatkan Bumi Kita! =-.
23/04/2010 @ 2:52 pm
teknologi mempermudahkan segalanya…jgn jd hamba teknologi dh ler…hehe
.-= ejam entri terkini blog ..Sudah 3 pun masih tidak CUKUP lagi ker? =-.
27/04/2010 @ 7:39 pm
kalau tungku lama.. kalau tadek karen.. sure la
boleh pakai dapur gas atau dapur kayu. tapi
kalau tungku neh.. nak pakai apa la gamaknye? :sengeh:
23/04/2010 @ 1:10 pm
erm guna letrik..cepat sikit la yerk panas dia… bro??
.-= zikr entri terkini blog ..Alternatif hentian puduraya! =-.
23/04/2010 @ 2:51 pm
mmg cepat panas, bila dh nk panas bleh tgk tungku tu mula mengembong…
.-= ejam entri terkini blog ..Sudah 3 pun masih tidak CUKUP lagi ker? =-.
27/04/2010 @ 7:38 pm
hang ade ke tungku ni beb? :kompius:
27/04/2010 @ 7:38 pm
kirenye kalau pakai karen ni, tak payah la
nak golek-golek tungku atas api. :kenyit:
23/04/2010 @ 12:56 pm
Oh..tungku ni mmg glamer lah untuk budak2 keje opis yg tak reti2 nak bgn dari kerusi.So pinggang dah keras kena letak tungku ni kasi urat2 tu tak tegang..hehehe
.-= catzer entri terkini blog ..Pengubat Jiwa Kacau =-.
23/04/2010 @ 2:53 pm
sesuai juga utk membakar lemak2 berlebihan di sekitar tubuh, lebih mujarab selepas pakai krim Mustajab kasi tuam dgn ini tungku…xperlu lagi gi “LONDON” utk kuruskan badan…hehe
.-= ejam entri terkini blog ..Sudah 3 pun masih tidak CUKUP lagi ker? =-.
27/04/2010 @ 7:38 pm
kalau dah 80°C bukan setakat bakar lemak..
nak bakar lemang pon boleh beb. :lawak-gile:
27/04/2010 @ 7:37 pm
:lawak-gile: erk.. kat opis hang bebudak pakai macam ni ke?
aku pon baru je tau beb. :sengeh:
23/04/2010 @ 10:48 am
canggih tungku nih…tak perlu main panaskan kat dapur lagi ek..
time akak aku guna tungku tradisional…main panasakn kat dapur..
yang nih siap leh cas guna elektrik ek…canggih sungguh…
isteri bro pantang kat mana nanti?sini ke bro?
27/04/2010 @ 7:37 pm
cik adik pantang kat Kedah nun.. jauhnyee~ :sengeh:
12/05/2010 @ 2:49 am
bujang la cik abang kita ni sat..jgn gatai2 naa.. 😈
.-= Azizuan entri terkini blog ..Ukur Populariti Blog Dengan Popuri =-.
23/04/2010 @ 10:44 am
oh tungku nie…
.-= ejam entri terkini blog ..Sudah 3 pun masih tidak CUKUP lagi ker? =-.
27/04/2010 @ 7:36 pm
nape? hang ade pakai ke? :kompius:
28/04/2010 @ 8:36 pm
xde ler pakai, pernah cuba kat farmasi…
baru bercadang2 nak masukkan ini produk dlm ez2beli.com tgk2 kau dh buat iklan…
.-= ejam entri terkini blog ..Bila SPAM Mat Saleh CELUP Menyerangku =-.