Gambar 1

Semalam Bill ISP (Internet Service Provider) saya baru je sampai. Macam biasa… bila datang bill, saya lebih suka buat pembayaran secara online. Tengah dok belek-belek website RHB Bank, saya ada sedikit kekeliruan dan website tersebut memaparkan mesej ralat (error message). Jadi saya ni semak lah contoh yang disediakan oleh pihak RHB. Erm.. Terima kasih RHB Bank, anda bukan membantu tapi menambah kekeliruan saya. Tengok la gambar kat atas tu… contohnya sangat membantu kan???

Gambar 2

Bila saya masukkan nombor akaun sebiji macam contoh yang diberi, Website RHB keluarkan pulak error “Please enter a valid value”. Ni dah jadi satu masalah la pulak. Dah periksa jumlah digitnya. Memang sama. Saya taip satu-persatu. En. RHB-Bank… sila semak balik contoh yang anda bagi untuk pengguna ya~

Cara yang betul untuk memasukkan nombor akaun adalah tanpa tanda ( – ). Sebagai contoh, sekiranya akaun ISP anda bermula macam ni:- D12345-123-1234 anda perlu masukkan D123451231234. Ingat…. masukkan tanpa tanda sengkang/sempang/tolak ( – ).

Ringkasan:

  • Terdapat dua kesilapan di sini dimana;
    1. Contoh yang diberi tak sama dengan print screen. (gambar 1)
    2. Nota catatan pulak mempunyai tanda sengkang/sempang/tolak. Sepatutnya tak da. (gambar 2)

Nota1: Ingin membuat aduan secara Online? Hantarkan email kepada:- admin[at]azmanishak.com. Sila sertakan aduan anda lengkap dengan bukti yang sahih beserta alamat, nombor telefon atau email anda kepada  untuk memudahkan proses maklum-balas. Terima Kasih Malaysia.

Nota2: SCAM tidak akan dilayan sama sekali.