Baru-baru ini saya didatangi dengan satu permasalahan komputer. Masalah ini boleh merumitkan sesetengah pihak terutamanya bagi mereka yang baru bertugas dalam bidang teknologi maklumat atau mungkin mereka yang ditugaskan sebagai teknisyen komputer. Seperti yang anda perhatikan dalam gambar di atas jadi apakah tindakan anda??? Format je???

Sebelum anda mulakan andaian sendiri, di sini saya terangkan dulu apa situasi yang dihadapi oleh laptop ini. Laptop ni merupakan laptop yang agak baru keluaran Dell. Warranty pon ade lagi. Situasi memerlukan data dalam di dalamnya (sangat URGENT). Laptop ni mengalami masalah untuk boot kepada Windows. Telah berulang kali di “RE-START” masih juga paparan seperti gambar di atas dipamerkan.

Di sini saya ringkaskan apa masalah yang lain yang dihadapi oleh laptop ini:-

  1. Tak boleh Boot ke Windows sebab satu folder Windows lesap. File dia tak tau ke mana!!! (bukan Super Hidden)
  2. Kegagalan DVD/CD ROM untuk membaca CD Windows. Daripada CD/DVD Original sampai la ke PIRATE :p
  3. Ketiadaan spare part seperti portable Harddisk dan portable DVD ROM.
  4. Harddisk laptop ini adalah custom made slot. Tak boleh nak swap dengan jenama biasa.
  5. Tiada laptop pengganti yang sama model yang boleh ditukar badan.
  6. Data dalam laptop ni diperlukan untuk meeting pada pukul 4ptg. (Waktu tu baru 2.00ptg.)

Bonus untuk anda adalah INTERNET dan juga Pendrive 4GB – Flash DRIVE. Ini lah yang menjadi penyelamat kepada laptop ini. Sebelum itu saya nak ucapkan kepada Sembang Komputer kerana artikel ini. Mujur kelebikan pada laptop ini adalah boleh BOOT menggunakan USB Key.

Untuk tatacara menyediakan USB KEY, anda perlukan satu sistem operasi yang boleh dibawa ke dalam pendrive anda. Apa lagi yang paling bersesuaian kalau bukan sistem operasi dari LINUX!!! Saya pernah cuba untuk memuatkan Windows kedalam Memory Card. Memang boleh boot… iaitu dengan menggunakan kaedah BART-PE. Tapi teknik ni sangat-sangat melecehkan.

Artikel yang telah dikeluarkan oleh Sembang Komputer menerangkan anda taracara bagaimana untuk menyediakan Boot USB Key menggunakan SLAX. Slax adalah sistem operasi yang berasaskan LINUX. Sangat mudah untuk disediakan (macam rancangan memasak tetibe). Sekarang ni saya dah punya sistem operasi kedua yang boleh dibawa kemana sahaja. Janji komputer atau laptop tersebut mampu untuk BOOT dari USB KEY. Tetapan BOOT menggunakan USB KEY berada di CMOS setting sesebuah komputer/Laptop. Ada juga komputer/laptop yang tidak menyokong BOOT From USB KEY harap maklum ye.

Sesudah anda berjaya menyediakan USB BOOT KEY, sila restart komputer anda dan masuk ke CMOS setting dengan menekan F2 atau Delete kebiasaannya. Cari tetapan Boot Sequence, dan tetapkan USB Key pada no 1. Kemudian simpan tetapan CMOS tadi dan restart sekali lagi komputer/laptop anda.

Apabila komputer anda berjaya di –BOOT menggunakan USB KEY itu tadi, maka, perkara yang penting adalah… selamatkan dahulu file yang dikehendaki. Jika komputer anda hanya mengalami masalah kesukaran BOOT disebabkan NTDLR missing, salin sahaja  file NTDLR tersebut dari komputer lain, dan kemudian, masukkan ke dalam pendrive itu tadi. Kemudian, PASTE semula file NTDLR kedalam Folder Window komputer/laptop yang bermasalah.

Teknik ini sedikit sedikit sebanyak menjimatkan anda daripada melakukan format yang akan menyebabkan pengguna/pemilik komputer/laptop tersebut kehilangan data. Saya tau sesetengah laptop dah disediakan partion recovery, itu kalau RECOVERY partition tidak mengalami BAD SECTOR dan tuan empunya komputer/laptop tu tak ada file penting. Kalau sekali recover… Hard Disk tersebut akan diformat bukan? Jadi… macam mana nak selamatkan data?

Harap dengan perkongsian ini, maka lebih ramai di antara kita yang terbuka hati dan minda untuk menyokong penggunaan LINUX sebagai sistem operasi komputer masing-masing. Tiada bayan diberi untuk artikel ini walaupon nampak macam mengampu LINUX.

Nota: Satu ketika dahulu, saya berasa kalau saya beralih ke LINUX, saya fikir akan dipinggirkan… sebaliknya silap… Terdapat ramai lagi kawan yang tampil membantu saya termasuk memberi tunjuk ajar dalam penggunaan LINUX. Dengan LINUX… anda tidak akan keseorangan.