Kalau satu dua, boleh lagi.. kalau dah beribu? Jenuh jugak la...
Kalau satu dua, boleh lagi.. kalau dah beribu? Jenuh jugak la…

Kita semua sedia maklum, kegairahan dalam bidang fotografi ni merangkumi pelbagai aspek. Dari segi penggunaan kamera, lensa, perisian suntingan dan macam-macam lagi yang digunakan oleh seorang jurufoto agar hasil karya mereka kelihatan seperti yang diinginkan. Terdapat perbagai aplikasi ataupun perisian yang digunakan untuk memudahkan tugas-tugas suntingan sama ada percuma mahupun berbayar… atau, berbayar tapi dipercumakan!!!

Seperti mana-mana jurufoto baru, aku pon ade jugak masalah bila nak melakukan susun atur gambar melintang kepada menegak (landscape to potrait mode). Masalah ini berlaku bila seorang jurufoto ambil gambar dalam kedua-dua mod ini secara tidak konsisten. Lepas tu, ketika membuat suntingan, banyak gambar yang perlu diputarkan (tegakkan/potret) terlebih dahulu sebelum proses suntingan dilakukan.

Kalau setakat satu atau dua gambar tu, kira boleh diterima akal lagi untuk buat secara satu persatu. Tapi kalau dah satu folder? Dalam folder tu ade lebih dari 3K gambar…??? Kemudian, semua rojak dalam folder tu. Tunggang-terbalik, ada yang potrait ada yang landscape. Masalah yang berlaku, bila bukak folder semua dalam landscape. Macam mane la nak buat satu-satu edit yang potret ditegakkan dulu? Serabut jugak la kan.

Tak perlu satu persatu. Buat terus secara pukal untuk folder tersebut
Tak perlu satu persatu. Buat terus secara pukal untuk folder tersebut

Sebenarnya banyak la tool dalam internet yang boleh buat perkara macam ni. Salah satu tools yang aku pakai adalah: JPEG Lossless Rotator. Aplikasi ni percuma je. Apa yang best, selain dari batch processing menggunakan perisian ini, ianya juga didatangkan dengan menu-pintasan bila kita klik-kanan sebarang folder dalam Windows Explorer.

Tak perlu ragu-ragu. Kepada sesapa yang nak download, boleh klik pada pautan ni. Aku dah cuba semalam.. memang terbaek la. Sebab aku nak kene susun gambar client yang dok ada  lebih dari 5000 keping gambar untuk dibuat 1001 Cerita dalam Satu Gambar..

Nota: Aku tak berapa nak gemar ambik gambar dalam keadaan potret. Sebab nampak FRAMING aku terlampau sempit.