Maka begitulah alkesahnye cubaan aku untuk kali ini bagi menjadi seorang contributor kepada Shutter Stock. Nampak gaya masih belum mencapai tahap atau belum menepati kriteria yang dikehendaki. Untuk menjadi seorang penyumbang kepada Shutter Stock adalah bukan calang-calang hasil seni yang boleh digunakan.
Tidak semudah memetik kamera, kemudan seperti lagaknye memuat naik terus ke Facebook. Pelbagai kriteria diperhatikan oleh penilai yang bertauliah di Shutter Stock tu. Bila sekali sekala menyambar papan keyboard kat blog ni.. tetiba rasa membahan macam nak berucap panjang. Al maklum sahajalah, menebas rumput.
Kesah tahun 2014 akan melabuhkan tirainya tidak berapa hari sahaja lagi. Blog ini juga sudah aku renew tarikh expirednye. Maka aku sedang pikir akan hala tuju pada tahun hadapan. Mungkin juga akan berubah.. mungkin tidak.. atau mungkin dibiarkan berlumut dan di tumbuhi lalang. hahaha.
Nota: Ah cukup lah tu buat come back. Bagi lah peluang kepada mereka yang lain pulak untuk gah di persada blogging :p
02/10/2018 @ 8:48 am
Susah payah pasti membuahkan hasil kalau kita berusaha. Nikmat
04/07/2018 @ 1:49 pm
Semua kerjaya pun perlukan keusahaan yang hebat. Walaupun berusaha pun tak semestinya berjaya. Tapi tidak berusaha dah pasti tidak akan berjaya langsung.
20/05/2018 @ 1:32 am
Bukan senang nak senang. tapi bidang fotografi ni boleh pergi jauh. pendek kata boleh buat duit kepuk2
28/04/2018 @ 1:27 pm
Bukan senang nak dapat approval. Tapi pape pon moga tuan berjaya
01/11/2017 @ 11:44 pm
tahniah sbb ada juga yang layak dipilih oleh shutterstock.. yang penting jgn putus asa dan teruskan mencuba..
26/10/2017 @ 1:07 pm
Bro, sawang ni nak jual ker? hehehhe
10/10/2017 @ 2:57 am
Ohhh…tak sangka ya susah nak memenuhi kriteria tu. Semoga berjaya sokmo..
04/08/2017 @ 1:09 am
Tinggi betul kriteria dia.
otai macam tuan pun susah juga nak approve
07/06/2017 @ 12:22 pm
Bukan senang nak senang .. tp terbaik lah ! Keep it up
05/05/2017 @ 12:27 am
Menebas rumput ni makan masa ckit..
Lama jadinya hehe
26/04/2017 @ 10:20 am
Sekarang ni pun dah ramai yang jadikan photografi sebagai mata pencarian
.
Persaingan makin sengit di Malaysia
.
Boleh mula ke luar negara untuk pengalaman kan
20/04/2017 @ 9:45 am
Ibu doakan tuan berjaya dalam semua bidang yang di ceburi
.
Sayang tuan tinggalkan blog ini
15/04/2017 @ 8:07 am
Semua kerjaya ada cabarannya kan tuan
.
Srmoga tuan terus sukses dalam industri fotografi nj
29/03/2017 @ 11:20 am
Bukan senang kan.. asalkan kita pergunakan bakat sepenuhnya
06/01/2017 @ 9:19 am
Memang susah…kena ada skill baru leh join shutter stock ni
18/07/2016 @ 3:16 pm
dah lama x singgah sini. hehe 🙂
15/03/2016 @ 10:51 pm
Suami dulu duk gila kamera shutterstock la, canon 5d mark2 lah…. now dah pencen, takde masa katanya…jual semua hrga 9k je… huhu
27/02/2016 @ 11:40 pm
It is very nice pictures. How to make it?
13/02/2016 @ 1:10 am
perlukan ilmu dan pengalaman untuk hasilkan gambar macam ni
08/06/2015 @ 10:14 pm
pergh..tengok gambar-gambar tu. memang dah taraf shutter stock tu..
17/05/2015 @ 10:38 am
tahniah bro!
bukan senang nak buat karya2 tu…jika tiada ilmu dan pengalaman…
18/03/2015 @ 2:21 pm
Memerlukan karya yang tinggi untuk menjadi hasil karya yang dihargai.
12/02/2015 @ 9:02 am
sayapun pernah coba jadi kontributor di shutter stock tapi tak sama sekali yang diterima
11/01/2015 @ 5:50 am
okeh la tu.
daripada tak layak langsung.
29/12/2014 @ 10:34 pm
nampaknya bukan mudah untuk memberikan karya di shutterstock, mereka ada letakkan kriteria yang tertentu.
23/12/2014 @ 5:09 am
Pergh, cantik2 macamni, dua ja dia bagi lepas? Anyway tahniah bro.. kira powerlah lepas juga !
19/12/2014 @ 1:08 am
Tanniahlah bro. Buka mudah untuk memenuhi kriteria yang gariskan.
19/12/2014 @ 12:17 am
tahniah bro..
at least tak kena reject semua..
bro memang berbakat besar