
#Hari Ketujuh : Kekosongan itu jelas terasa, LiveBlog melalui akaun AI MEDIA NETWORK (aimedianet) di Flickr.
Kalau dah jadi habit, selepas makan, mesti nak mencarik rokok… Nak pi tandas pon rokok… Jadi bila dah tak isap rokok, aku merasakan macam ada satu perkara tak lengkap je dalam hidup. Ada lompang!
Contoh paling jelas dan ketara selepas makan la. Kebiasaannya lepas makan je…. Konfem cucuh, tak dan habis puntung, bersilih puntung… Tapi sekarang, aku jadi blur, lepas makan nak buat ape ye selain dari "alhamdulillahhh"??? Erk… Nkorang yang tak merokok, biasanya buat apa lepas makan?
Cer bagi petua skek!
Nota: Mana hari ke enam? Hari ke enam, sama je konfius macam hari ni. Lepas makan…. Tak tau nak buat ape… Carik gula-gula heks!
Thanks,
Azman Ishak.
11/04/2014 @ 2:54 pm
Kalau kt kedai order air suam la..kalo kt rumah basuh la pinggan yang digunakan..lepas tu tengok tv terus..
09/04/2014 @ 10:17 pm
Simpan je rokok lagi sekotak tu bro..seal elok2, pastu simpan..boleh jadi barang rare lepas ni..tak pun untuk buat kenang-kenangan..
09/04/2014 @ 6:45 pm
Wah.. power lah dah seminggu.. Tahniah..
Usaha aku terbantut..huhu
09/04/2014 @ 5:54 pm
Biasanya lepas makan, aku basuh pinggan sendiri, tunggu 5 minit sebelum minum air masak. Borak-borak dgn family dan sambung buat kerja atau santai.
7 Hari tanpa rokok itu sangat bagus. Antara motivasi aku dulu:
1. Malu dengan Tuhan kerana badan bau busuk nak waktu solat.
2. RM 2-300 dapat save tiap bulan.
3. Terasa bodoh tiap malam duduk diluar selama 10 minit untuk hisap rokok.
Good luck! Kalau nak perkara baik memang susah, perkara jahat lagi mudah. Teruskan usaha!
09/04/2014 @ 5:52 pm
makan ais batu. tidak pun..order air suam..minum panas-panas..
09/04/2014 @ 6:03 pm
air suam tu memang mujarab selepas makan. memang rasa nak merokok tu dapat dikurangkan serta merta. tapi mesti air suam kosong. tadak perisa apa-apa. tapi jangan kopi… memang rosak la!
09/04/2014 @ 2:04 pm
Sudah biasa buat aktiviti bersama. 🙂
09/04/2014 @ 12:59 pm
Masa aku mula2 berhenti merokok pun macam ni jugak. Gelisah tak tau nak buat apa lepas makan. Biasanya aku minum air masak dengan banyaknya la nak mengatasi masalah ni. Sekarang ni, Alhamdulillah dah dekat 2 tahun aku berhenti. Aku doakan hang berjaya berhenti weh.
09/04/2014 @ 5:39 pm
amin amin… aminkan doamu bro. kat rumah tu, aku kene bagi orang la rokok aku yang sekotak tu. kalau tak, itu boleh jadi pencetus ummah untuk isap rokok balik tu. sangat-sangat bahaya. hahaha. lagi-lagi pulak sekarang ni batuk dah semakin pulih…