image
Jom balik mengundi

Dah beberapa edisi PRU, aku hanya mendiamkan diri dan tidak turut ambik bahagian. Ini kerana aku malas nak serabut kepala pasal politik dan dakyah-dakyah yang aku baca di arus media perdana. Ianya umpama racun yang melular membuatkan aku rasa lebih selamat menjauhkan diri dari turut serta. Tapi itu dulu.

Ini kali la… ini kali aku beranikan diri… melawan semua racun-racun perosak yang ditaburkan di media perdana. Cukup semak aku membaca. Dengan ilmu politik yang tidak setinggi mana, jauh sekali mengenali bakal pemimpin yang bertanding. Aku beranikan diri, pulang ke kampung halaman dan tunaikanΒ  kewajipan mengundi.

Walaupon tak ku kenal mereka yang bertanding, tapi aku punye “guide line” aku sendiri dalam memilih pemimpin aku. Kau mungkin dengan cara kau… aku dengan cara aku. Kau pilihlah yang mana kau berkenan, kerana aku dah tetapkan pendirian aku.

Nota: Aku benar-benar inginkan perubahan. Cukup-cukuplah dakyah kamu semua. Aku sudah semak!