Minggu lepas… saje buat addhoc punye planning nak balik kampung. Dari hari ke hari nak update citer ni.Tapi.. semedang jer sebok. Terus terabai blog macam rumah tadek penghuni. Senyap sunyi terus. Bertolak balik ke Pahang hari Sabtu malam miggu. Itu pon lepas Cik Adik balik dari kerja. Sekali kene shift malam la plak. Bengkek tak bengkek.. terpaksa jugak tunggu. Dah tugas dia macam tu. Kita ni kena la paham kan… (ye la.. saya paham)Petang Jumaat minggu lepas lagi dapat panggilan telefon dari mak kat Pahang. Mak cakap abah sakit kerongkong.. tercekik masa makan. Mungkin luka kat kerongkong. Saya nak cakap dengan abah.. tapi abah mane larat nak cakap. Tekak dah perit. ERRrrkk.. rasa tak sedap hati plak. Mak cuma bagi tau jer. Tapi takda la paksa balik. Saya plak yang jadi tak sedap hati. Itu pasal terus jer merempit 3 beranak sampai kat Pahang malam minggu tu.

Singgah sekejap rumah mak sedara kat Taman Keramat tu… saje pelawa anak kakak si Syamin.. terus dia nak ikut.. Kiranya berempat la kami balik ke Pahang. Sekurang-kurangnya ade jugak teman Cik Adik nak bersembang dalam kereta.. kalau harapkan saya.. FOCUSSS pada pemanduan. Kadang-kadang tak bleh nak cakap. Maklumla.. balik waktu malam.. mata ni tak berapa nak terang. Kena jegil jer memanjang.

Sampai jer kat Maran, terus jer singgah kejap kat pondok jaga tempat abah kerja. Syukur alhamdulillah.. abah ok. Cuma tak berapa boleh nak bercakap lebih lebih sangat. Tekak dia luka la kalau macam tu. Besok harinya hari Ahad. Plan memang nak lepak kat rumah jer. Balik ke Kuala Lumpur waktu petang-petang sikit. Sepanjang kami kat kampung.. nampak abah sangat terhibur dengan kehadiran Amirul.

Abah rindukan cucu dia rupanya… Pantang letak Amirul kat bawah mesti abah nak gomoi Amirul. Herm.. macam mana lah nak balik selalu. Tak perlu cerita semua alasan kan? Tapi itu la realiti. Cakap kat mulut Maran ke Kuala Lumpur tu baru 2 jam setengah jer. Bunyi macam dekat.. tapi ongkosnya? Phewww…

Tolak ketepi sekejap citer tu. Masa nak balik ke Kuala Lumpur pulak lebih kurang dalam pukul 6.00petang bergerak dari Maran. Macam biasa.. dalam keadaan tenang menyusur masuk ke Highway Karak. Sampai di tol Bentong… jam nak dekat pukul 7.00malam. Cahaya dah samar-samar dah. Bukak la lampu macam biasa.. elok sampai kat tol.. rasa pelik sebab lampu macam SEMBAB semacam. Apehal gelap? Berhenti tengok… nahhh amik ubat.. dah pukul 7.20malam kot. Cuba godek-godek, tapi tak bleh gak lampu idup. Panik terus.

Dari Pahang ke Kuala Lumpur saya bawak 4 nyawa dalam keadaan lampu depan dua-dua biji tak menyala. Tawakal abes. Cuba elak dari memotong atau menggunakan lorong utama. Nak tak nak.. ikut jer la belakang bontot lori sambil pasang Hazard Light tu. Asap pon asap la.. pasang jer aircond tu. Lepas jer dari tol Gombak.. phew.. lega. Nak masuk Kuala Lumpur lampu dah banyak. Tapi bleh bayangkan situasi masa lalu kat selekoh Karak Highway tu dengan tadek lampunya. Rasa macam orang buta sekejap. Mujur la tak hujan.

Masuk hari Isnin balik dari kerja.. terus pergi workshop perbetoikan lampu. Mesti kene repair jugak kalau tak.. agak bermasalah sebab Cik Adik kerja malam hari tu. Lagi satu hal saya nak bawak Amirul dalam keadaan kereta tak selamat macam tu. Korbankan la duit. Dua biji RELAY telah disahkan terbakar. Satu biji RM25.00 perghh.. dah la sangap! REDO jer la.

Pesanan untuk Amirul.. waktu ni Amirul umur 6 bulan tau! Dengan kereta keadaan macam tu.. dengan lampu tadek.. susu Amirul yang dibancuh abes.. waktu gelap gelita.. mane celah nak berhenti tengah highway tu. Bahaya! Bukan ade kedai pomen pon. Amirul plak dok merengek. Tambah abah bawak kereta jadi tension. Cuma mampu berdoa Tuhan selamatkan kita sekeluarga. Alhamdulillah.. syukur semua selamat!!

Kat bawah ni.. gambar suke hati.. baru nak belajar bermain menangkap cahaya matahari.

Nota: Minggu ni nak relaks. 3 minggu berturut-turut berjalan. Ke Bentong… ke Melaka… ke Maran.. semua sudah. Kempes pon sudah… Sekarang duk umah diam-diam haha!