Hari ni merupakah hari terakhir aku bersama FIVIO. Pada asalnya domain dan hosting ni adalah dari tajaan sahabat aku, Saudara Roszizul. Beliau adalah seorang yang agak expert dalam bidang Networking dan juga perkomputeran. Memang setinggi-tinggi penghargaan untuk beliau sebab membuka mata aku untuk belajar satu benda yang baru dalam dunia Hosting, Domain, Blog, Website dan sebagainya. Sebelum ni, aku hanya sempat menghafal kod-kod dari HTML 1.0 jer.. sedey kan? hahah…

Mungkin ada di antara kamu yang ada terbaca perbualan aku dan @Life4Hire di Twitter mengenai FIVIO. Biasa lah pengomplen tegar kalau tak puas hati…merata orang abis aku jaja.ย  Nanum begitu, siapa sangka apabila perkara tersebut telah diperhati oleh admin FIVIO haha kantoi~

Jadi apakah Jaminan Fivio untuk AzmanIshak.Com? Berikut adalah rentetan sesi berbalas email bersama admin[@]fivio.com, Encik Fadhlullah Abd. Rahman


Dan ini pula maklum balas daripada aku:-

terima kasih atas keprihatinan encik. lewat kebelakangan ni saya sering mengalami masalah berpunca daripada hosting. kadang kala hostingย  gagal untuk diakses. saya tak tahu kenapa. mungkin sebab sebelum ni en fadhullah ada mengatakan yang ianya berkaitan dengan Anti DDOS scripting yang dipasang.ย  tetapi kekerapan gagal di akses oleh pembaca saya, menjadikan saya amat kurang senang dengan keadaan tersebut. walaupon saya juga tahu blog saya tidaklah mempunyai jumlah pembaca yang ramai, tapi ada beberapa perkara yang mementingkan saya supaya ianya sentiasa kekal di dalam talian.

jadi di sini saya juga nak tahu apa jaminan dari fivio supaya saya terus kekal bersama khidmad anda? kerana situasi sebegitu membuatkan saya rasa agak hampa dan hambar untuk terus menggunakan perhidmatan dari pihak encik.

satu perkara lagi yang en. perlu tahu, saya gagal mengakses email saya (fivio hosting) sejak dari bulan 10. email tersebut sebenarnya saya gunakan untuk tujuan tugasan saya dengan client. jadi amatlah bermasalah kerana terpaksa menggunakan email percuma sebagai email rasmi tugas-tugas sampingan.

saya cuba menghantar email kosong sebagai percubaan kepada akaun xxxx[@]azmanishak.com malangnya server (fivio) telah menghalang daripada email tersebut masuk dan notice sending mail failure diterima.

sebenarnya setahun langganan adalah tempoh dimana saya cuba untuk mencari keyakinan terhadap fivio sebelum mula menambah kepada akaun seterusnya. tapi nampak gayanya kepercayaan tersebut semakin pudar dan bercadang untuk berpindah kepada pembekal yang lain.

maafkan saya sekiranya saya ni jenis transparent dan jenis yang berterus terang. ini juga untuk kebaikan pihak encik. saya sebagai pengguna layak memilih dan pihak encik juga layak mempromosi. selebihnya adalah di tangan saya sama ada untuk memilih atau tidak.

terima kasih,
Muhamad Azman Ishak.

Aku memang akui yang aku adalah seorang pengomplen yang tegar. Aku akan terus bersuara sekiranya sesuatu perkara tuh aku tak berpuas hati. Tapi dalam pada meluahkan perasaan… kadang kala kita sendiri terlepas cakap. Meskipon mereka bersalah, atau berlaku kesilapan dalaman antara mereka.. bagi aku, tak elok lah kamu komplain sambil mencarut dalam blog. Ia menampakkan sikap kebudak-budakkan dan kurang matang kamu sebagai seorang penulis blog.

Cakap elok-elok bukan tak boleh.. Kalau cakap baik-baik, orang lain pon senang nak membantu kita. Tapi mesti kene pada caranya lah.

P/S: Nak komplen.. kene lah pandai-pandai.. jangan suka maki tak tentu arah. Kalau kita tak suka kena maki-hamun.. begitu juga orang lain. Kejap lagi nak pergi bayar hosting. Thanks @Life4Hire & #FIVIO

P/S2: Yam (Life4Hire) bile nak datang jumpe aku ni bro.. lame sangat aku pegang ni.. nanti aku terbelasah plak~

P/S3: Tak sempat nak check typo. Maafkan aku ye kawan-kawan.