Masalah kepincangan sering berpunca dari kegagalan komunikasi dalaman. Takkan jadi kalau bertepuk sebelah tangan. Maaf, catatan ini untuk mereka yang berfikiran matang dan telah “Mumaiz”. Tak semua antara kita mampu memperbincangkan masalah SEKS terutamanya secara terbuka. Skop dan minda kita mungkin juga terkongkong atau masih mengekalkan nilai murni masyarakat timur. Ini adalah budaya kita.

Perubahan arus dan peredaran zaman menyebabkan kita seringkali tersalah anggap antara “SEXS Edication” dan “SEXS Knowledge” adalah perkara yang sama. Bagi saya.. pendidikan SEKS ni adalah penerapan budaya yang perlu dititikberatkan kepada generasi sekarang. Sebagai contoh yang jelas untuk masyarakat ISLAM terutamanya adalah:- BERZINA itu haram… Maka dengan kupasan BERZINA… maka kita boleh rungkaikan ianya seperti –

  • Apakah itu persetubuhan?
  • Apakah yang membezakan perbuatan zina dan persetubuhan yang dihalalkan?
  • Kenapakah BERZINA itu dilarang dalam ISLAM?
  • Apa erti kepuasan suami isteri?

Kalau nak diikutkan banyak lagi penerapan nilai murni boleh kita pandang selain dari pada ideologi memasukkan “sesuatu ke kedalam sesuatu” yang sememangnya perkara ini paling suka dibincangkan oleh mereka yang sudah baligh tetapi belum tentu MUMAIZ. hehehe… Kenapa perkara ini kurang dibincangkan secara umum, atau kita membuat diskusi seperti perbincangan manager perlawanan Bola Sepak Chelsea menentang Manchester United? Tak mungkin kita tergamak nak bincangkan soal dan masalah SEKS ditempat umum.

Jangan beri harapan yang akan ade pula satu hari nanti, team-team meetup yang nak buat #SEKSMeetup dan topic perbincangan mengenai PUMP Enlargement dan pil-pil hormon ransangan. Belajar mengenai teknik, perlukah ade TOKGURU? Kalau nak belajar teknik… ini dah termasuk pula dalam SEXS Knowledge. Biasanya perbincangan akan dilakukan secara tertutup. Anda akan dianggap tidak sopan dan tidak senonoh sekiranya membincangkan posisi “cenggitu-genggini” di kedai mamak.

ERk… Lagi pon… Islam melarang kita mencerita kesah dalam kelambu dekat orang lain kan…? Jadi macam manakah nak buat perbincangan kalau kita ada masalah? Masalah utama adalah, MENGGAPAI PUNCAK KAYANGAN BERSAMA. Bila datang ade sorang yang bercerita segalanya bagaikan pakar dan FOTOSHOOT Malajah Playboy, maka orang yang mendengarnya pulak membayangkan…. “Oooo… macam ni kot dia dengan pasangan dia” Nahhh… susah kan? Kita membayangkan orang lain dan bukan pasangan sendiri. Ini dah berdosa.

Membayangkan perilaku pasangan lain seperti apa yang dipertontonkan dalam Rancangan SIRI BIRU adalah ditegah dan ada Ulama’ menyatakan ianya haram kalau kita bayangkan aksi SIRI BIRU ketika bersama pasangan kita (bagi mereka yang sudah sah menikah). Cipta imaginasi AWAN KAYANGAN anda sendiri bersama pasangan.. rasanya itu lah yang terbaik untuk destinasi bersama.

Pembacaan ini sekali lagi saya tegaskan untuk mereka yang mempunyai minda yang terbuka…. Tiba-tiba datang pulak soalan cepu emas:-

“Cerita bagai nak rak…. awak tu dah berjaya ke?”

Herm… mari kita lihat.. perlukah saya bercerita? Berbalik kepada SEXS Education dan SEKS Knowledge itu tadi… bercerita mengenai “Hal Dalam Kelambu” adalah haram dan ditegah. Jadi macam mana pula kita nak berkongsi pengalaman kejayaan tersebut kepada orang lain? Tak boleh nak jaja… tapi sekiranya ada yang datang untuk minta pendapat dan pandangan??? Itu dikira “orang sedang meminta pertolongan“. Boleh beri buah fikiran dan idea… tetapi tidak menceritakan perilaku kita ketika bersama.

Orang dok sedap bercakap pasal SEXS Education tapi point yang utama diketepikan. Tolong letak ketepi sikit SEKS Songsang… Mari kita cuba timbulkan persoalan berangkai sebegini:-

  • Kenapa perlu seks? – Sebab naluri manusia (NORMAL)
  • Kalau melakukan SEKS, apa yang terjadi – Wanita akan mengandung (kalau diizinkan Allah)
  • Kalau perempuan tu tak kawin, tapi mengandung macam mane? – Ianya di kira BERZINA, hukumnya berdosa besar.
  • Kenapa berzina berdosa besar? – Sebab melahirkan generasi yang tidak diketahui asal-usulnya (fitnah dan celaan).
  • Kenapa tak tahu asal-usulnya? – Anda tahukah bahawa bayi/anak itu siapakah bapanya???

Banyak kan boleh diperbincangkan? Pokok utama bukanlah pokok RHU atau GAHARU, soalnya… macam manakah kita mengklasifikasikan antara SEXS Education dan juga SEXS Knowledge itu sendiri. Kalau nak bertanya rahsia kejayaan, boleh saja diberi tips tembus tilam sampai lencun…. Nahhh tengok? Ternyata.. anda telah membayangkan sesuatu mengenai saya… Kan saya dah kata tadi.. sila buat imaginasi anda sendiri dan bukan diri penulis.

Maka dengan itu saya menyarankan kepada anda yang terbaca catatan ini supaya JANGAN MELAKUKAN PENZINAAN. E-Book KEJAYAAN Puncak Kayangan banyak di keluarkan di pasaran ONLINE, sama ada ianya betul ataupon tidak. Tidak semua teknik mampu diikuti ekoran dari limitasi individu tersebut. Kelaknya… hilang keselesaan dan keseronokan.. maka timbul pula RADANG dan SENGAL-SENGAL.

Nota: Penulisan ini adalah hasil dari pemahaman saya dan pemerhatian terhadap sekeliling. Bukan nak ajak sembang lucah, cuma ajak kawan-kawan berfikir sejenak. Kalau ade yang terasa… mintak maap la bebanyak!