Aku sangkakan mereka ni dah professional...

Malu? Memang malu gile la. Bayangkan kalau outstanding bill nkorang kene canang kat internet? Ape rasa nkorang? Kalau yang mencanangkan tu.. kengkawan ke.. sedara mara ke… aku rasa aku tadek la hot sangat. Tapi ni… Internet Service Provider (Pembekal Perkhidmatan Internet) yang buat perkara tu pada umum. Gile bapak malu la aku nak letak muka. Dengan senang orang buat spekulasi aku berhutang dengan P1Wimax. Sedangkan depa tak tahu pon asal usul cerita sebenar.

Ade tak dalam surat "Terima Kasih" ni.. dia suruh aku bayar P1Wiggy lepas setahun? Atau kene pulangkan?
Ini plak surat akur janji untuk penglibatan sesi fotoshoot dari CreativeJuice. Ade ke dia suruh bayar? Suruh pulang???

Dalam tahun 2009 – Aku dijemput oleh pihak P1Wimax untuk menghadiri satu sesi fotografi bagi membuat testimoni secara sukarela. Ada sesi bergambar.. ade juga sidang video untuk beberapa pengguna P1Wimax yang terpilih pada masa tu. Pada tahun tu juga, aku merupakan seorang pengguna P1Wimax yang modem desktop gedabak warna hitam. Sebagai penghargaan atas penglibatan aku… pihak ini kasik allowence RMXX.00 bersama 1 P1Wiggy beserta langganan percuma selama setahun.

Semakin hari selepas sesi fotoshoot tu.. aku rasakan yang internet dari P1Wimax ni makin lama… makin teruk.. dan semakin teruk. P1Wimax yang besar gedabak tu pon aku terminate… Sebagai saksi.. @Deen_HotFM dan jugak @Life4Hire sendiri datang teman aku untuk proses terminate. Setel bab tu… bercerita macam mana pulak boleh tersangkut dengan P1Wiggy?

P1Wiggy loyalty yang diberi langganan selama setahun secara percuma tu cuma beberapa kali jer aku pakai.. itu pon tak boleh nak aktivate sebab same masalahnye dengan versi desktop. Kemudian aku pon tak tahu kemana aku campak menatang Wiggy tu. Sebab masa tu aku dah bersama Streamyx. Hati lega.. rasa gumbira sebab mempunyai internet yang stabil menggunakan WIRED Technology berbanding Wireless.

Dalam kontrek aggreement penglibatan aku secara sukarela semasa fotoshoot tu, aku tidak disyaratkan untuk memulangkan balik atau meneruskan service P1Wiggy yang diberi kalau dah tamat tempoh setahun. Kalau aku berminat… aku perlu aktifkan akaun berbayar di pejabat P1Wimax. Sekarang dah menjadi masalah… selepas setahun.. bill dah jalan secara automati.

Tiap-tiap bulan bill sampai kat aku. SMS.. Phone call, Email.. What the hell??? Beberapa bulan sebelum ni perkara ni dah setel.. sekarang jadi balik. Bertambah parah bila beberapa minit yang lepas pihak P1Cares dengan selamber mention bill tunggakan aku melalui akaun twitter @P1Cares.

In Reply tu maknanya... dia reply kat @P1Cares la.. ertikata lain.. @EjamOthman juga dapat membaca!

Bertambah sakit hati aku bila aku dipersalahkan balik oleh pihak P1Cares yang cakap… dia cuma MENTION kat aku jer… So aku salah sebab pergi RT balik. Pada anggapan dia.. kalau dia tweet kat aku (mention), orang lain tak boleh baca. Sila semak gambar atas. Comment reply dari @EjamOthman menunjukkan dia “in-reply” terhadap Tweet yang dikeluarkan oleh @P1Cares. Ini satu perkara yang sangat memalukan aku.

Sikit punye ramai kot orang yang perasan pasal perkara ni.

Sekiranya @P1Cares mempunyai lebih daripada 2 ribu follower… yang aktif pada masa tersebut… Apa citer dengan aku. Mana aku nak letak muka??? Mana aku nak bergaul social dengan kawan-kawan kalau ade Social Media Event lepas ni? Sampai sekarang masih jugak tiada sebarang mohon maaf secara rasmi mahupon bertulis dibuat. Aku yang terkena macam ni rasa agak kecewa yang teramat sangat.

Walaupon @HurulAini tak follow @P1Cares, tadi dia boleh baca sebab RT oleh @Khydir

Kalau kamu di tempat aku sekarang ni? Ape tindakan susulan? Meskipun tweet tersebut telah dipadamkan oleh pihak @P1Cares, tapi kalau ianya dah dipublish kat TimeLine.. sesapa yang follow @P1Cares pada masa tu juga akan nampak. Yang dipadamkan adalah di screen dia.. bukan di screen pengguna Twitter yang lain. Ini juga masalah dalaman yang pihak pengurusan @P1Cares tak paham masa aku terangkan kat dia tadi.