Encik Ishak dan Puan Saadiah. Herm... Sayang mak dan abah πŸ˜€

Sepuluh kali aku mencarik tajuk yang sesuai untuk cerita peribadi pada kali ni. Hari ni tertunai la sudah hajat mak untuk pergi buat umrah untuk pertama kalinya. Mak pergi sorang dia je. Tapi ditemani dengan kawan-kawan Yassin dia. Kali pertama nak pergi sebelum ni… dah kene tipu dengan syarikat agensi ape tah. Duit habis lesap. Hurmmm… diaorang ni kan.. suke ambik kesempatan pada orang kampung.

Memang KLIA ni macam tu ye? Pepagi bute pon memang dah ramai orang?

Seawal jam 5.00 pagi aku dah bersiap ke Gombak untuk konvoi dengan akak aku sebab nak hantar mak pergi KLIA. Sampai kat KLIA, abang aku yang menetap kat Banting, dah siap tunggu kami semua sampai. Aku nak cerita banyak sangat pon tak pandai.. masa dalam kereta banyak la idea.. bila dah balik rumah.. semua ilang idea. Kali ni… jom layan gambar sampai lebam… banyak gile gambar.

Mak... antara hati gembira bercampur sedih nak ke Tanah Suci dan tinggalkan keluarga sementara

Owh ye… lepas balik dari KLIA, kami singgah kat rumah abang aku yang kat Banting. Dia seorang penternak arnab untuk peliharaan dan juga membekalkan arnab untuk perusahaan daging. Sekiranya ada dikalangan pembaca yang berminat, boleh hubungi En. Ramlan Bin Ishak ditalian 017-2360046.

Seramai-ramai temankan mak... mak pergi mana tah masa ni.. owh yang dalam gambar tu.. sepupu Amirul
Teknik PANNING masih lagi lemah. Masih lagi tak pandai nak buat calculation shutter speed :p
Tahukah anda bahawa... dia ini merupakan seorang Professor? Ye betul tak tipu. Dia dalam bidang Kejuruteraan Senibina
Lambakan kayu buruk ini merupakan kerangka rumah batu??? Tak percaya???
Kerangka kayu... akan disalutkan batu? Pelik? Ini la hasil Prof kat atas tu.
Rumah kampung yang ber-TASTE kan ENGLISH adalah karya yang hebat
Jalan masuk ke tapak pembinaan
Ini lah hasilnya... Tak nampak langsung rumah tu adalah kayu. Sebab dah di plaster dengan simen.
Satu lagi ruah hasil 'air tangan' Prof di atas. Sayang... aku tak bawak KIT-LENSE masa ni. Demnnn~
Comei tak? ini lah antara arnab yang diternak oleh abang aku. Erk.. abang aku bukan Prof tu ye.. πŸ˜€
Yee... soalan cepu emas... "Bagaimanakah bunyi seekor arnab?"
Kandang arnab kat belakang rumah abang aku. Awas.. ini kawasan larangan.
Ini adalah rumah panjang arnab untuk peliharaan. Sebelah belakang plak untuk arnab daging.
Bulu gebu-gebuuu... macam nak buat bantal pelukkk..
Tengah asyik layan perasaan la tu... Owh ye.. abang aku ade jugak membekal Wonder-Pet
Digedik-gedik-gedik-gedik... ggggrrrrrrrr... kembang-kembang bulu dia.
Kalau boleh... rasa nak kumpur semua dalam satu tempat.. lepas tu.. nak gomoi semua arnab. Geram bulu dia
Tu la dia tuan dia.. En. Ramlan Bin Ishak dan isteri. Perusahaan peribadi bersama keluarga
Atap yang separas kepala aku. Baru lepas hujan masa ni. Layan BOKEH Kit-Lense πŸ˜€

NOTA: Sayang betul masa tangkap gambar rumah kampung yang berciri-cirikan tema ENGLISH tu… aku tak bawak Kit Lense sebab tertinggal kat beg. Ini lah yang depa dok cakap… KIT-LENSE Is The Best Lense πŸ˜€