Assalamualaikum dan salam ceria kawan-kawan. Seperti yang anda sedia maklum, sebelum ni rakan-rakan Blogger sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang, dah bercadang untuk konvoi bersama ke Jasin Melaka bagi menghadiri Majlis Perkahwinan saudara kita iaitu KNizam… kepak-kepak… gebung-gebungggg-gebungggg~ hahah.. Tak boleh blah. Ok ok.. ini serius. Oleh yang demikian, kami telah pon bersetuju untuk lokasi dan tarikh berkumpul. Semuanya tercatat pada maklumat dibawah.

Kepada anda yang ingin turut hadir dan menyertai konvoi pada kali ini, saya sarankan anda mengisi terlebih dahulu borang pesanan eh.. isi dulu borang pengesahan di atas. Jadi.. nanti kami team-team organizer tadek la tercari-cari sapa lagi yang nak ikut kan. Tarikh tutup penyertaan adalah:- 18/02/2011 – 10.00pm. Pada malam tersebut, saya akan tutup borang pengesahan ni sebab nak buat kemaskini tentang perjalanan. Harap dapat kerjasama dari anda yang nak turut serta.



View Tempat Berkumpul #KNIZAMKonvoi in a larger map

Bagi Blogger yang menetap di sekitar Kuala Lumpur atau Lembah Klang, tempat berkumpul adalah:-

  • Tempat: Tempat Letak Kereta – Taman Keramat Permai *Rujuk peta interaktif di atas.
  • Waktu Berkumpul: 9.00am – 9.45am
  • Waktu Bergerak: 10.00am.
  • Sarapan Pagi:  Ali Maju (sila bawak duit sendiri)



View Perhentian R&R Ayer Keroh, Melaka in a larger map

Manakala untuk mereka yang pergi berasingan, kita akan berjumpa di Perhentian R&R Restoran Jejantas Ayer Keroh Melaka. Di sana, ShamHardy akan menunggu ketibaan anda untuk bersama-sama Konvoi dari Kuala Lumpur ke Majlis Perkahwinan KNIZAM. Diharapkan konvoi pada kali ini diberkati dan dipermudahkan segala urusan kita semua. Amin…

Nota: First time jadi organizer Konvoi untuk blogger-blogger dan jugak Social Media. Ya Allah.. berkatilah usaha kami. Amin~