Salam ceria untuk rakan-rakan dalam talian semua. Agak ADDHOC jemputan yang dibuat pada kali ni. Tak sempat nak merancang dan gebang lame-lama. Selalunya kalau terlampau detail sangat perancangan… masalahnye jarang yang jadi. Hahaha… Oleh yang demikian.. terpaksa la buat mengejut.



View Taman Layang-Layang in a larger map

Dengan itu saya secara rasminya menjemput rakan-rakan semua untuk bersama-sama perjumpaan pada petang beramai-ramai. Sila bawak tikar untuk berkelah ye. Owh jangan lupe jugak bawak makanan sendiri. Ataupon bawak duit lebeh. Hahaha.. kat sini ade jugak orang jugal-jual.

Perkara: #KNIZAMmeetUP
Waktu: 05.00pm – 06.30pm
Tarikh: 15/01/2011
Agenda: Belajar FOTOSHOOT & Agihkan Kad Jemputan Kawin KNIZAM94 – http://knizam.com

Turut Hadir: @AzmanIshak, @Roslan_Nazri, @Kujie
Tetamu Undangan: @ZamFOTO
Lokasi: Seperti yang tertera di peta interaktif Google.

Nota: KNizam amanahkan saya untuk agihkan kad jemputan beliau kepada rakan-rakan blogger. Jom.. ramaikan majlis. Lepas ni saya akan adakan perjumpaan untuk CONVOI ke Jasin, Melaka. Haa… MeetUP yang tu kene buat perancangan rapi la.