Aku masih lagi kekok nak biasakan penggunakan tablet yang besar gedabak ni.

Salam kembali untuk kawan-kawan yang membaca blog ini. Tak kira la secara senyap atau tak senyap. Aku yakin ramai yang dah dengar, terbaca, terlihat pasal rumors dan tumors kat internet ni yang bercerita pasal kelebihan dan keburukan gadget-gadget yang dikeluarkan oleh Samsung ataupon Apple kan?? Itu terpulang la pada pandangan masing-masing untuk percaya ataupon tidak. Setengah dari riview tu biasalaaahhhh… bias gila dan ada jugak yang unbias. Untuk siri review kali ini, aku nak bercerita berdasarkan gambar. Siri Review Luaran Samsung Galaxy Note 10.1 kini bermula.

Gambar diambil menggunakan extension tube manual, dari jenis yang tadek sensor elektronik. Jadi kebarangkalian gambar kabur dan kurang jelas tu.. adalah tinggi peratusannya. Namun macam tu, aku rasa aku dah cuba sehabis baik untuk sampaikan apa yang aku lihat… apa yang aku pegang… dan apa pengalaman yang aku dapat dalam menjadi salah seorang pemilik Samsung Galaxy Note 10.1.

Oleh itu… mari kita kasik gambar yang berbicara secara adil. Tidada sebarang “alterasi” dilakukan pada imej kecuali: pencahayaan, ketajaman imej dan juga keseimbangan putih.

Disclaimer/Penafian: Tiada satu-mana pihak pon yang membayar saya untuk membuat review ini, termasuklah Samsung sekalipun. Ianya adalah atas initiatif sendiri untuk berkongsi pengalaman. Harap Maklum!

Menggunakan extension tube – Step 3, untuk dapatkan close-up yang mungkin
Gambar: Speaker/pembesar suara sebelah kiri.
Gambar: Pembesar suara dari sebelah kanan. Erm.. nampak menggerutu meskipon halus
Ruangan Simkad – Nampak tak aku highlight-kan dengan kotak merah? – Garisan tidak lurus di situ!
Pandangan ke ruangan dalaman simkad – kekemasan tidak dititikberatkan di sini.
Lubang audio jack.
Beam-port Infra-merah
Ruangan micro SD – Plastik tertanggal tu adalah plastic cover, tak buang lagi..
Pandangan ke dalam ruangan slot kad micro-sc
Butang penghidupan… hahahaha.. jadi pelik kalau translate… anyone? help! – EDIT: Butang Kuasa!
Sudut/bucu yang merupakan topik hangat diperbincangkan oleh penggemar gadget.
Ruangan S-Pen, Boleh la dikatakan kemas…
Lagi, pandangan tempat penyimpanan S-Pen
Perbezaan antara S-Pen dan pen menulis biasa
Saiz yang agak kecil sedikit dari standard pen, tapi masih lagi selesa dipegang.
Ok… bahagian belakangnya terdapat kamera dan juga flash. Ok? Kemas?
Cuba… dan rasakan sendiri perbezaannya. Terdapat banyak lokasi penjualan yang boleh anda datang dan mencuba sendiri.

Ingin aku ingatkan, segala defect-defect atau distortion/bengkok dan sebagainya adalah semula jadi sejak aku keluarkan dari kotak. Harus difahami, kecacatan itu adalah kecacatan yang amat kecil sebab kalau dilihat dengan mata kasar, memang susah nak nampak. Gambar di atas diambil dengan menggunakan teknik MACRO, pasal tu boleh kelihatan.

NOTA KAKI: Tiada kejadian yang sempurna sekiranya diciptakan oleh manusia Renung-renungkan…. dan selamat beramalll~