Siri Review tak puas hati..
Siri Review tak puas hati..

Lihat daripada tajuk… konfem ada yang paham. Tak lain tak bukan KOMPLEN. Nak kata aku ni selalu duduk kat hotel atau five star resident tu idak la. Tapi ekoran aku mengeluarkan sejumlah wang yang agak besar, jadi aku rasa amat-amat terkilan dengan tahap perkhidmatan di D’Embassy Service Residence Suite, Kuantan ni.



View Larger Map

Mungkin ada yang tertanya-tanya kat mana lokasi dia. Ianya terletak dalam radius 3KM daripada Pantai Teluk Cempedak. Apa yang membuatkan aku kecewa bukan kerana harganya sebab aku memang menyewa satu hall rumah. Dilengkapi dengan 3 bilik dan juga aircond. Tapiii… tapi.. moh la bace kalau sanggup.

MASALAH PENDAFTARAN

Ini jugak masalah utama. Aku dah la booking online. Sesampai di kaunter, aku tunjukkan receipt beserta transaction number. Petugas tercari-cari macam pertama kali mereka beriklan di Agoda.Com. Memang blur habis. Hampir-hampir aku nak mencarut bila dua-tiga kali diaorang periksa tempahan aku, lepas tu kata.. tak ada dalam senarai. Nak mampus ke ape.. aku datang dengan family kot. Lepas aku tunjukkan salinan email.. baru mereka buat-buat seolah-olah registration aku tu wujud selepas siri #Blackout. Terus je main bagi bilik. Dari sini.. aku dah rasa lain macam tak sedap hati dah.

BAU HAPAK

Ok la.. tinggalkan prasangka tak baik semasa proses pendaftaran. Tup tup.. pertama kali menjejak masuk ke dalam rumah. Ada satu bau busuk seperti kain yang berbau hapak yang semerbak. Ini mungkin kerana peredaran udara yang tak bagus atau memang rumah yang aku sewa tu, jarang didiami penghuni. Bila hidupkan saja aircond… menyelinap pelusuk ruang tamu, bilik dan juga bilik air, bau hapak berkuwap. Kau paham barangkali macam mana bau baju yang tak basuh terperap lama.

Bukan ape.. pada hemat aku.. lepas orang sewa checkout.. depa kemas.. dan tutup semua pintu dan tingkap. Ini la punca bau hapak tak hengat tu. Kedekut nak sembur fabreze agaknye. Preparation sebelum ketibaan tetamu masuk.. memang fail sekali.

Indah khabar dari rupa
Indah khabar dari rupa

TAK CUKUP PERALATAN

Peralatan-perlatan penting, macam sejadah, arah kiblat, streka (iron), remote tv.. memang tadek. Kalau setakat iron yang tadek.. aku tak kesah. Tapi… pelapik iron ade.. iron tadek. Demn.. Itu satu hal la. Tiba masa nak solat, merata plak aku carik dalam bilik nak carik arah kiblat. Satu pon tak de. Aku selongkar semua laci… sehelai kain sejadah pon tak ada. Fail… (geleng kepala).

TIADA PAKEJ SARAPAN PAGI

Untuk famili pakej seramai 6 orang dewasa tetapi tiada sarapan pagi disediakan. Herm.. macam mana aku nak terima keadaan macam ni?

SIKAP RAMAH MESRA

Saje aku letak point paling akhir supaya kalau management D’Embassy tu baca.. dia lebih focus pada perkara ni. Staff yang kat registration counter tu kene lebih mesra pelanggan la. Senyum nak kene manis. Aku hampir maki salah sorang staff kat situ sebab buat aku macam tunggul je tahu. Dek kalau tak kerana mak aku ade kat belakang.. memang meja la makan dia. Dah la aku penat pikul beg berat2.. dengan bakul anak semua bagai, time kat kaunter, nkorang buat muka semacam. Itu carik nahas nama dia.

PERSEKITARAN

Ok, bab ini bukan komplen, sebaliknya pendapat peribadi. Boleh dikatakan, suasanya amat peaceful. Dilengkapi dengan kemudahan kolam renang dan mini playground. Kat sini aku berpuas hati sebab mini playground tu diselenggara dan dalam keadaan baik.

Lain kali tarok la caption: Gambar sekadar ilustrasi sahaja.
Lain kali tarok la caption: Gambar sekadar ilustrasi sahaja. Berpangkah tu.. memang tak sama sekali keadaan dia.

PENUTUP

Sekali lagi pandangan peribadi… jangan mudah terpecaya dengan gambar yang diiklankan dalam Internet. Apa yang aku tengok keadaan dalam bilik, sikit pon tak serupa. Jadi tanak cakap banyak.. aku ade snap beberapa gambar dalam ruangan rumah tu. Jadi nkorang nilaikanlah ye. Untuk aku.. tak mungkin aku ke sini lagi.

Dengan mengabaikan cadar kedut dan tuala di atas katil. Bandingkan sendiri gambar iklan dan sebenar
Dengan mengabaikan cadar kedut dan tuala di atas katil. Bandingkan sendiri gambar iklan dan sebenar
Gambar keadaan dapur. Perabut dah nak tertanggal pintu dia.
Gambar keadaan dapur. Perabut dah nak tertanggal pintu dia.
Abaikan keadaan bantal. Selebihnye adalah dalam keadaan asal pertama kali menerjah masuk bilik
Abaikan keadaan bantal. Selebihnye adalah dalam keadaan asal pertama kali menerjah masuk bilik
Macam biasa... apa yang diiklankan adalah sebagai ilustrasi sahaja. chisss~
Macam biasa… apa yang diiklankan adalah sebagai ilustrasi sahaja. chisss~

 

Dua orang sepupu kalau berjumpa... mainan penuh satu rumah
Dua orang sepupu kalau berjumpa… mainan penuh satu rumah

NOTA: Siri kesinambungan akan di sambung bila masa aku lapang. Catatan ni untuk komplen review je. Sungguh bad impression la D’Embassy ni. Harap je gambar gah bukan main. Tapi fail nak mampus!