Rasanya ramai yang nak cuba untuk kemas-kini terbaru WP7 Code NoDO, tapi mungkin ramai jugak yang takut ambil risiko. Ada yang kata mungkin nanti akan BRICKED dan sebagainya. Malam tadi terbaca satu tweet dari XDA Developers mengenai LEAKING ROM WP7 Code NoDO,  ape lagi… cepat-cepat bukak forum. Sambil baca semua komen-komen kat dalam forum tu sambil cuba download. LINK download free la katakan.. abis terus bandwidth link NoDO. Macam goreng pisang panas.

Mungkin sebab saya dah kerap untuk FLASH HTC HD7, jadi… tadak la nak rasa risau sangat untuk buat manual Flashing. Malam tadi jugak saya download EXTRACT NoDO ROM, kemudian tukar kepada Scubert ROM… akhirnya FLASH cara GOLD CARD. Walaaaaaweiii~ Berjaya akhirnya menjadi orang pertama kot yang pakai WP7 Code NoDO di Malaysia. *tetibe riak*

Antara pembaharuan yang terdapat dalam Code NoDO untuk WP7 Unofficial Release adalah:-

  • Kelantangan Bunyi – Jauh jelas dan kuat berbanding sebelumnya.
  • PINK TINK – Masalah pink masa pakai flash.. di atasi (walaupon tidak dinyatakan secara rasmi oleh Microsoft)
  • COPY & PASTE – Fungsi yang di tunggu-tunggu
  • WIFI Connection – Sambungan WIFI adalah kekal, meskipun telefon dalam keadaan Standby Mode.

Untuk kelebihan lanjut, apa kata kita tengok gambar pulak.

Tiada lagi keperluan untuk melakukan kemaskini.

OS Version yang terkini serta memaparkan MAC Address dan juga SIM ID sebagai pengenalan.

Fungsi COPY & PASTE pada halaman Profile rakan-rakan di dalam buku telefon.

Fungsi COPY & PASTE semasa menulis dan membalas email, sms dan sebagainya.

Fungsi COPY & PASTE untuk menyalin alamat EMAIL, atau data dari penama.

Fungsi COPY & PASTE untuk TEXT LINK sama ada dalam email ataupon dalam paparan Browser.

Akhir sekali adalah.. saje nak tayang paparan utama yang UI-nya buat orang kata lawa tak hengat.

Nota: Masih banyak lagi perkara yang diperlukan dalam kemas-kini WP7 Code NoDO. Ini termasuklah Multi-TASK yang saya pon tak paham apa yang dimaksudkan atau macam mana nak aktifkan TASK atau… ianya belum tersedia untuk Unofficial Release. Tapi untuk sekian lamanya menanti fungsi COPY & PASTE ianya adalah sesuatu yang berbaloi untuk dicuba.

Nota2: Maaf sekiranya saya menggunakan HASHTAG #Maxis10. Ianya bertujuan untuk perkongsian informasi bersama rakan-rakan #Maxis10 yang masih menggunakan HTC HD7-nya. Kepada yang tidak.. sekali lagi saya memohon maaf.