Assalamualaikum dan salam ceria kepada kawan-kawan. Nampaknya semua dok sebok pakat nak balik raya dah ye? Herm.. tajuk dah gempak, meh sini aku stori sikit. Hari ni aku nak buat jualan garaj potong habes… tapi tak berani la sampai potong macam si Johari Pain tu. Hadei.. kang nak guna tak boleh plak kannnn.

Hari ni aku nak leloh barang Sony Alpha aku iaitu YongNuo 560 Speedlight dan Samyang Lens 85mm f1.4. Nampaknye, sayang macam mane pon, akhirnya aku terpaksa akur yang aku perlu move step ahead forward dalam fotografi. Ye…. aku akui, hobi fotografi ni adalah passion duniawi semata-mata. Tapi kalau anda menghayati, ianya bukan terhenti di duniawi. Dan dengan itu, untuk lebih menghayati, aku perlu menaik-taraf untuk level seterusnya.

Sedikit penerangan ringkas. Kedua-dua item ni aku baru sangat je beli. Tak dan nak fully master pon. Itu semua ekoran berbalik pada perenggan kedua di atas.

YoungNou 560 Speedlight

YongNuo 560 Speedlight – Sony Alpha Mount

  1. Dibeli baru… bukan second. Koyak plastik.
  2. Tarikh dibeli pada : Bulan April 2012.
  3. Harga asal: RM240.00
  4. Kerosakan: Tiada sebarang calar, tak pernah jatuh, disimpan dan dijaga rapi dan tiada fungus.
  5. Kuasa: Dikuasakan dengan bateri 4x bersaiz AA.
  6. Direction: 180° arah jam dan 90° lawan jam. Elevation-Directional: 45°-90° (L shape)
  7. Disertakan : Flash defuser dan jugak high-quality sleeve.
  8. Kebolehan mode: Manual, Wireless, Zooming
  9. Harga: RM190.00 RM165.00 (NEGO)  SOLD OUT!
  10. COD: LRT Setiawangsa.

Samyang 85mm f1.4 – Sony Alpha Mount

  1. Sama jugak, beli baru… koyak plastik
  2. Tarikh dibeli pada: Bulan Jun 2012
  3. Harga asal: RM1.25K
  4. Kerosakan: Tiada sebarang calar, tak pernah jatuh dijaga rapi dan tiada fungus mahupon blade berminyak
  5. Kuasa: Ini adalah lense manual
  6. Jenis: Telephoto – Street Shooting/outdoor potret.
  7. Aperture: f1.4 – f22
  8. Hasil tembakan: Semak kategori BigPicture
  9. Disertakan: MCUV Filter 72mm, Lense Hud, Lense pouch, front cap, rear cap (rear cap asal tak jumpe kemana tah)
  10. Harga: RM1,000.00 RM850.00 (NEGO)  SOLD OUT!
  11. COD: LRT Setiawangsa
  12. Eh… mane gambar? ok… tu kat bawah… kasik melecur air liur tengok f1.4
Macam ini lah rupa dia. Kat bawah tu adalah lense hud
Maximum aperture adalah f1.4 - Monster bokeh yang kecur air liur
Tiada sebarang kerosakan pada luar dan dalam
Pandangan hadapan. Juga tiada sebarang calar mahupon fungus atau kerosakan
Bukaan maximum aperture (f1.4) Bersih dan berkilat
Tiada sebarang minyak pada blades.
Disertakan bersama MCUV filter 72mm
Saiz ukuran kalau nak bandingkan dengan genggaman orang lelaki normal
Jelas? Tiada sebarang kecacatan, tumpahan minyak mahupun fungus
Didatangkan bersama - Lens Hud, front cap, rear cap, dan lense easy pouch (tiada dalam gambar)

NOTA: Sekiranya anda berminat untuk berunding harga, sila hantarkan email kepada: admin[at]azmanishak.com atau tinggalkan komen pada runangan yang disediakan dibawah. Sebarang bumping-bumping message tidak dilayan.