hidup sorang-sorang ni payah habaq hang
Dulu cawan kopi.. buat masa ni, coca-cola je la.

Bila tiap kali ku tengok tempat ni… aku teringat kat sayang aku. Biasanya, tempat ni merupakan tempat di mana kopi aku akan diletakkan olehnya bila mana aku mengadap komputer. Tiap malam membancuh kopi supaya aku dapat bekerja keras berjegil bijik mata depan komputer untuk siapkan kerja. Tak kira la hari kerja ke… hari minggu ke. Bila terkangkan… memang la toucing.

Tapi mujur la… dah tak lama dah. Besok lusa ni, dah nak balik ke Kedah. Nak ambik sayang dengan Amirul Azhar. Abah rindu la nkorang berdua. Kat rumah ni, abah dengan abang long je. Abang long dok main Ultraman dia.. abah pon mengadap komputer. Bila masing-masing dah mengantok, bentang je toto… tidor kat ruang tamu. Risau jugak, kalau tidok atas katil, maunya dua beranak sampai ke tengah hari la tak bangun dek ulik katil yang empok tu.

NOTA RINGKAS: I love you sayang! Tunggu hari Jumaat ni taw.. abang datang dengan Amirul Amin.