Keputusan menukar struktur permalink blog ni rasanya dah lama dah ku pikirkan. Tapi disebabkan memikirkan kesan sampingannya, ku tangguhkan dulu sebarang perubahan. Aku yakin, ade yang perasan pasal perubahan struktur telahpon berlaku sejak dua-tiga hari kebelakangan ni. Ekoran dari tu, terdapat begitu banyak artikel yang telah dipaut ke laman ni, dibawa ke laman 404-Laman Tidak Dijumpai.
Kepada yang memahami mengapakah struktur permalink ditukar mungkin mengerti kenapa ianya bagus untuk memiliki pengakhiran .html pada permalink. Ini kerana SEO… ya agak membantu. Mengikut sumber bacaanku sebelum ini, ianya adalah kerana Google Bot lebih mudah mengindeks page statik (akhiran permalink dengan .html) berbanding halaman dinamik (akhiran slash ‘/’). Itu kata teori mereka. Jadi tak salah pon kalau kita mencuba sesuatu yang baru untuk penambahbaikan.
Harus diingat, setelah menukar struktur permalink anda kepada akhiran .html, impak yang anda akan hadapi adalah, kegagalan laman carian membawa penggunanya kepada halaman yang betul. Ini kerana, sebelum ini struktur permalink anda berada dalam struktur dinamik, dan struktur ini telah lama diindek oleh enjin carian tersebut. Perkara ini akan menyebabkan pengguna tersebut bertembung dengan laman 404 apabila mereka meng-klik url carian laman web anda di enjin carian maklumat.
Sebagai contoh pada masa dahulu struktur permalink anda adalah: http://azmanishak.com/2012/12/contoh1/ tetapi anda telah menambah akhiran .html pada tetapan permalink WordPress, lalu menjadikan ianya sebagai http://azmanishak.com/contoh-kategori/contoh1.html. Sedangkan enjin pencari maklukat telah mengindeks struktur permalink anda di dalam struktur dinamik. Inilah yang akan menyebabkan si pencari maklumat yang bertandang ke laman anda berdepan dengan halaman 404 tersebut.
Untuk mengatasi masalah ini, caranya cukup mudah. Tips ini adalah untuk pengguna WordPress yang telah mengubah struktur permalink dengan akhiran .html. Langkahnya adalah dengan buka folder template anda, kemudian cari fail template yang bernama 404.php. Seterusnya masukkan kod di bawah pada baris nombor satu (paling atas) dalam file tersebut.
[php]
<?php
$address = rtrim($_SERVER["HTTP_HOST"].$_SERVER["REQUEST_URI"],"/");
if (!strstr($address,’.html’)) {
$address = "http://".$address . ".html";
echo "<script> window.location=’$address’; </script>";
}
else { get_header(); }
?>
[/php]
Contohnye boleh lihat pada artikel ini: http://azmanishak.com/2011/12/perbaharui-lesen-memandu-setahun-percuma-lagi-6-bulan/ Perhatikan bagaimana kod ini membantu pembaca anda untuk terus ke laman yang sebenarnya tanpa perlu bertembung dengan laman 404 tadi atupun pembaca terpaksa menambah akhiran .html pada permalink.
Selain dari tips ini, anda juga boleh membuat perubahan kod pada file .htaccess. Tapi saya tidak mengesyorkannya kerana kesilapan mengedit file ini, akan menyebabkan laman anda terus gagal untuk dipaparkan kepada pembaca. Jadi tidak perlulah anda mengambil risiko sedemikian.
NOTA: Laman 404 pon kita boleh jadikan sebagai kekuatan SEO kalau kita tahu caranya!
Bos Informasi
27/02/2016 @ 11:46 pm
Hmhm it is very nice bro. Sometimes dead link is so disgusting for me
Nab
20/04/2013 @ 3:21 pm
Thanks bang . info bagus nie.
Ummi Hanie a.k.a. Nis Azmier
25/01/2013 @ 11:24 am
nak coba.. nak coba… tp belum punya masa … huuu
bro, mende ni setting kat WP ke kat cpanel ek?
Muhamad Azman Ishak
25/01/2013 @ 11:32 am
eh tah la… ini setting kat template.
akak umi pakai wp kan?
nanti boleh tolong tengok2 kan.
kalau need help, roger ye!
Ummi Hanie aka Nis Azmier
20/02/2013 @ 11:52 pm
okeyyy…
so mula2 nak ubah jadi hujungnya .html macammana ye?
Muhamad Azman Ishak
21/02/2013 @ 12:35 am
salam Ummi, entri ini agak teknikal sikit. cara saya menerangkan tu untuk pengguna yang advance. tapi kalau ummi nak mintak bantuan saya.. boleh je personal chat kat Facebook.
http://fb.me/azmanishak. tq
Ummi Hanie a.k.a. Nis Azmier
25/02/2013 @ 1:50 pm
okey2…
sy roger2 nanti ye.. tq incik AI
akubiomed
31/12/2012 @ 10:45 am
Cuba buat tidak menjadi. Kena buat permalink ending.html terlebih dahulu ker bro?
akubiomed
31/12/2012 @ 10:57 am
Sorry boss. Boleh pula tadi keluar error. Nanti ada masalah roger balik. 🙂
Muhamad Azman Ishak
31/12/2012 @ 4:32 pm
macam ni bro. motif code ni sebenarnya sebab kalau kita tukar permalink asal kita, daripada tadek html.. kendian.. kita tambah html.
jadi… site link lame-lame kat google masih ada lagi. oleh sebab tu, bila orang bukak yang tadek HTML, terus ke laman 404. jadi rugi la page view kita.. sedangkan, laman tu sebenarnya wujud. tapi sebab salah url, wordpress cuma view page 404.
oleh sebab itu, kita tambah code ni pada page 404 untuk redirect ke laman yang betul. cam tu la citer dia bro… 😀
Muktasim
20/12/2012 @ 10:05 pm
hehe.. org biasa mcm saya memang tak pandai la bab teknikal ni.. nak belajar tak sanggup dah buat masa ni..
Muhamad Azman Ishak
26/12/2012 @ 10:47 pm
tak pe bro, ada masa.. belajarlah pelan2. tak rugi kalau tahu.hhehhehehe
papa mifz
20/12/2012 @ 6:41 pm
oh begitu…den tak berapa nak faham sangat, tapi semakin memahami bila baca entry nih…:)
Muhamad Azman Ishak
31/12/2012 @ 4:33 pm
kalau ade masalah untuk buat, boleh la bertanya nanti ye 😀
Kak Long Mawar Merah
20/12/2012 @ 1:49 pm
Saya telah membaca post ini.
sensasi2020
19/12/2012 @ 11:48 pm
Banyak terjumpa halam spt ini, tapi bila aje terjumpa terus cabut lari. Tak mahu cari pasal, nak galedah benda yg dah error.
mijie
19/12/2012 @ 5:14 pm
bang, tolong buat untuk saya boleh tak, sy tak pandai la huhu
Muhamad Azman Ishak
19/12/2012 @ 10:37 pm
malas la.. hang blog pon tak mau update.
beckhrooy
19/12/2012 @ 2:58 pm
Saya telah membaca post ini.
beckhrooy
19/12/2012 @ 2:57 pm
thanks bro, boleh cuba cara ni lps ni
Muhamad Azman Ishak
19/12/2012 @ 10:37 pm
sama-sama
shraqs
19/12/2012 @ 2:31 pm
Dulu masa pindah dari blogspot pun saya kekalkan html di url. Lepas tu tukar ke permalink postname. Entahla sebab apa, rasa macam lebih simple kot… 🙂
Muhamad Azman Ishak
19/12/2012 @ 10:38 pm
kalau dari blogger import ke wordpress, dan dah setting awal-awal tak pe.. ni untuk yang tak pernah setting, tetibe ubah setting. hehehe..
Mohammad Luthfi
19/12/2012 @ 11:57 am
menarik!
Nanti nak guna ni.. banyak link hilang lepas pindah blog banyak kali :p
Muhamad Azman Ishak
19/12/2012 @ 10:41 pm
kalau link sebelum ni dalam struktur .html, dan blog sekarang pon kene ubah dalam html gak. kalau dah ubah mcm tu, so tak perlu modified dah.
wazy
19/12/2012 @ 10:30 am
Dah ramai saya perasan guna .html ni,nanti-nanti boleh buat sekali la,terima aksih bro untuk info ni
Muhamad Azman Ishak
19/12/2012 @ 10:42 pm
kalau tak berjaya… bagi tau.. nanti ade masa aku boleh tengok2kan
Anarm
19/12/2012 @ 10:26 am
aku dari awal2 guna wordpress memang dah set .html kat permalinks.. taktau kenapa aku suka ada .html kat belakang
Muhamad Azman Ishak
19/12/2012 @ 10:43 pm
ade setengah orang memang dia set mende ni. ade yang tak, kemudian gatal ubah setting macam aku. hahaha.. semua redirect 404
Kujie
19/12/2012 @ 9:48 am
guna .html dari awal sejak berpindah dari blogspot atas nasihat seseorang yang tolong uruskan hal ini. Nama dia Arm tapi entah kemana hilangnya dia .
Muhamad Azman Ishak
19/12/2012 @ 10:43 pm
macam pernah dengar nama tu. ingat-ingat lupe orangnye. mungkin orang lain yang saya kenal.