Kereta ni legend. Masih utuh selepas di overhaul

Aku masih lagi ingat kata-kata isteriku masa aku bawak kereta sambil marah-marah kat driver from hell jenis nak tukar lorong yang pesyen tak reti nak bagi signal. Masa tu aku masih lagi pakai kereta Proton Saga Magma yang dah hampir mencecah usia dua puluh tahun.

Bayangkan dalam usia kereta macam tu, kalau manusia, dah tahap layak kawin dan beranak pinak sudah. Tapi kami bersabar je. Kereta tu pon beli sebab motor selalu sangat pancit. Masa tu isteri dah sarat mengandung. Pernah jadi satu kes pada usia anak sulung tujuh bulan dalam kandungan, motor pancit kena paku. Lepas tu hujan selebat-lebat pulak tu. Terpaksa tolak motor dari KL Central sampai ke hentian bas Bangsar.

Boleh dikatakan, masa pakai RIM Standard, memang kerap pancit

Dengan isteri perut sarat mengandung, berjalan dalam hujan, aku sebagai suami memang sebak gile. Alhamdulillah, dapat isteri yang sangat tabah dan sanggup bekorban. Sama-sama kami jalan dalam hujan. Mujur la memang ada pakai baju hujan berjenama. Jadi baju kerja isteri tak basah. Dalam perut sarat-sarat, sama-sama tolak motor. Sedih kau tahu. Tapi ku gagahkan jugak. [Kesah lanjut boleh klik pada pautan ini]

Itu nak diceritakan alkesahnya bermula. Lepas daripada peristiwa tu, aku pon belilah kereta second hand. Nak beli yang baru, tak mampu nak bayar bulan-bulan, jadi beli second hand dan bayar cash. Tadek nak sakit kepala. Elok dalam setahun je pakai. Lepas tu, biasa lah mula meragam sana sini.

Sampai satu ketika tu, aku nak tukar lorong. Maka terjadilah perbualan antara aku dan isteri. Sebelum tu lampu signal kereta tu dah kerap bermasalah. Nak kene ketuk-ketuk kat dashboard baru nak idup. Jadi sangat lah seriau pada aku lagi-lagi bila aku nak tukar lorong atau masuk simpang. Bukanlah nak kata aku ni pemandu berhemah, tapi aku rasa selamat setiap kali bertukar lorong dengan memberikan isyarat terlebih dahulu. (Lupa atau leka itu dalam kategori yang lain)

Biarpun kereta kat sekitar tak da. Memang dah jadi tabiat aku lampu signal tu bagaikan suara memberi tahu sekeliling tentang pergerakan kereta aku dari masa ke masa. Boleh dikatakan macam sebati tabiat ni. Begitu juga kalau aku nak keluar parking. Jangan pelik kalau tengok aku nyalakan lampu isyarat sebelum keluar parking. Sebab lampu yang berkelip akan memberi alert kepada mereka yang lalu dibelakang kereta kita berbanding lampu reverse.

Berbalik pada cerita, ada la kereta potong aku dengan selamba. Dah la dia asalnya dari lorong ketiga. Terus menyusup potong masuk ke lorong pertama, sebab nak kejar simpang. Tak ke hangin? Mencakar aku brek. Kwangjaqqqq hang taw. Satu hal buat aku bertambah geram, sebab dia sebelum tu teragak-agak antara nak cross depan aku atau tak. Dengan tak bagi lampu isyarat. Mau ke tak menyumpah?

Tapi ini dashboard kereta Alza. Alhamdulillah rezeki anak. Pakai kereta tapi tak baca manual? Klik kat sini untuk kesahnya

Lepas tu isteri aku cakap: “entah-entah kereta depa pon macam kita kot bang, signal rosak”. Erm… ye la sangat kalau BMW mata helang tu signal rosak? Macam berat sangat je tuil signal tu nak ditolak. Kalau taraf kereta Proton Saga Magma aku yang dah berusia tu, aku boleh terima akal lagi la. Ini BMW kot! Harap kereta je besar, tapi otak pemandu tak sebesar pemikirannya macam kereta yang dia bawak.

Dalam pada aku dok berkongsi kisah hidup aku berkeluarga ni, sebenarnya ada satu lagi perkara yang aku nak kongsi dengan pembaca setia blog ni. Sambil-sambil mengimbau kisah silam untuk dijadikan kenangan sambil tulis kat blog, kat sini Salam Media bekerja sama dengan RichPlan4u.Com sebenarnya menganjurkan contest untuk para blogger iaitu ceritakan kesah anda dan kereta. Sila klik pada pautan ini untuk membaca terma dan syarat.

Perbaharui Cukai Jalan secara dalam talian
Perbaharui Cukai Jalan secara dalam talian

Mari aku bercerita sedikit mengenai tawaran hebat dari RichPlan4u.com ni. RichPlan4U.com [klik pada pautan] adalah syarikat yang menawarkan servis perbaharuan insuran kereta dan cukai jalan menawarkan sehingga 15% potongan harga ke atas NCD sedia ada. Dari sekarang hingga ke 31 Mac, rakan pembaca boleh membuat tempahan awal dengan mengisi borang dalam talian pada pautan ini [Sila klik di sini]. (tertakluk kepada tahun ini sahaja).

Khabarnya hadiah bukan calang-calang. 6 Pemenang dicari mereka. Hadiah berupa 1x iPad Mini dan 5x Power Bank. Tapi macam biasalah, acik memang target iPad Mini. Hahahaha. Kalau rezeki dapat Power Bank pon tak pe lah. Janji ada lah jugak dari langsung tak mencuba. Dah nkorang? Nak tengok je aku jadi pemenang tunggal ke? Join la. Bukan kene bayar, siap orang nak bagi hadiah lagi weh!

NOTA: iPad Mini,  iPad Mini, iPad Mini, iPad Mini, iPad Mini, iPad Mini, iPad Mini, iPad Mini, iPad Mini, iPad Mini, iPad Mini, iPad Mini, iPad Mini, iPad Mini… amin.