Macam biasa, along... kalau dapat pergi taman, dia tak hirau dah abah dia.
Macam biasa, along… kalau dapat pergi taman, dia tak hirau dah abah dia.

Kelmarin, sekali lagi aku bawak Amirul Amin pergi ke Taman Tasik Perdana. Kali ni, aku bawak dia seawal pagi. Kebetulan pulak pada hari kelmarin tu, isteri kerja shift pagi. Agak bosan kami menunggu kat PPUM, jadi aku putuskan bawak along pergi main kat taman.

Apalah sangat dibuangkan masa untuk meneman anak kat taman setakat sejam dua tu. Cuba banyangkan, hampir penuh satu minggu kita bekerja. Pulang ke rumah agak lewat malam. Kadang-kadang, bila balik rumah, anak dengan isteri pon dah penat. Tambah pulak dengan kita stress kat tempat kerja. Langsung nak layan anak pon jadi bebal.

Orang nak panjatt... dia pon nak panjat jugak... mujur tak jatuh.
Orang nak panjatt… dia pon nak panjat jugak… mujur tak jatuh.

Sebab tu kalau boleh aku nak luangkan masa dengan along pada hari minggu. Nak bawak Azhar, dia agak kecik lagi. Orang kata belum dapat kaki. Tunggu la turn dia besok. Mau jadi team futsal dengan Along dia barangkali. Bila tengok anak-anak berlari kat taman, aku rasa satu kepuasan yang tuhan bagi. Tenang je…

Nak ku katakan aku ni bapak mithali tu, jauh panggang dari api la. Tapi, sapa yang tanak jadi bapak contoh untuk anak-anak. Kerja pagi petang siang malam. Rutin diwaktu pagi, selepas hantar isteri bekerja, hantar pulak anak ke taska. Kemudian baru aku masuk ofis. Balik pulak, jemput anak… kemudian, jemput isteri. Macam tu la kalau diringkaskan rutin aku seharian.

Sistem infotaintment dalam kereta yang menggunakan Samsung Galaxy Note 10.1
Sistem infotaintment dalam kereta yang menggunakan Samsung Galaxy Note 10.1

Tolak jalan jem, berhenti isi minyak, tunggu wife nak abis punch card… ada la jugak pukul 10 malam baru kami nak sampai rumah. Sebab pasal tu la, aku ni tak boleh nak joli-joli katak macam orang lain. Pada aku, aku rasa sangat bersalah bila tak hantar atau tak ambik wife ke tempat kerja atau dari tempat kerja.

Mungkin shift yang berbeza, ada kalanya aku sempat hantar, ada kalanya aku sempat ambik. Kadang-kadang, sempat hantar ke stesen LRT pon tak pe dah, aku rasa tertunai tanggungjawab aku. Walaupun tak 100% terlaksana. Memang aku akan rasa janggal kalau wife aku pergi dan balik kerja sendiri. Rasa macam hilang sense of family. Aku lebih selesa beramai-ramai dalam kereta, dan menuju pulang kerumah meskipun lewat malam.

Luangkan masa berharga dengan anak-anak.
Luangkan masa berharga dengan anak-anak.

Dipendekkan lagi ceritanya walaupun tiba-tiba saja idea aku mencurah-curah bak limpahan coklat di ladang gandum… walaupun rasa agak stress dengan keadaan jalan JEM, anak mengamuk dalam kereta… nak kene tunggu wife lagi, tapi di akhirnya… kami sekeluarga balik ke rumah bersama-sama. Naahhhhh puas.. Inilah nikmat untuk aku kerana keluarga ada disamping aku. Amin dan syukur kepada Tuhan Yang Maha Esa.

NOTA: Semalam pergi keluar dengan BigBoss AI MEDIA. Boss approved aku untuk beli WACOM TABLET. PERRRRgggggghhhhh… hadiah kerja kuat. Terima Kasih Boss!

Panjat along.. jangan tak panjat.. kalau jatuh, panjat je lagi ok! Anak abah kuat kannnnn!
Panjat along.. jangan tak panjat.. kalau jatuh, panjat je lagi ok! Anak abah kuat kannnnn!
Panjatttt lagiii. Jatuh sekali, bukan beerti jatuh berulang kali!
Panjatttt lagiii. Jatuh sekali, bukan beerti jatuh berulang kali!
Hari ni abah bawak saya jalan-jalan pergi taman. Timer Kasey Abah!
Hari ni abah bawak saya jalan-jalan pergi taman. Timer Kasey Abah!
Pada zaman dahuluuu....
Pada zaman dahuluuu….
Along nak jadi Superman... abah, cepat tangkap gambar along!
Along nak jadi Superman… abah, cepat tangkap gambar along!
Ni dah sampai tahap tak iklas nak senyum dah ni.
Ni dah sampai tahap tak iklas nak senyum dah ni. – Popup flash fired.
Macam biasalah... kalau dah jadi model abah, mesti nak kene upah eskrimm
Macam biasalah… kalau dah jadi model abah, mesti nak kene upah eskrimm. Gigi pon dah nak rongak!
Muhammad Amirul Amin, abah sayangkan amirul, adik dan mama. Amin!
Muhammad Amirul Amin, abah sayangkan amirul, adik dan mama. Amin!
Wohooooo... ade gadget baru. Seriess jakun wehhh!
Wohooooo… ade gadget baru. Seriess jakun wehhh!