Baru je kejap tadi aku dapat satu notification dari kawan yang sememangnya rapat dengan aku. Beliau bertugas sebagai seorang guru di Kuala Lumpur ni. Katanya sekarang ni kejadian rompak dan pecah masuk rumah semakin menjadi-jadi kat kawasan Kuala Lumpur. Kadar berlaku jenayah pecah rumah pada masa sekarang ni, untuk aku adalah pada kadar yang agak membinbangkan.
Berikut adalah satu artikel yang beliau kongsi pada Facebook Page beliau. Beliau mintak aku untuk kongsikan dengan rakan-rakan yang mungkin membaca blog ni. Untuk orang yang macam kita ni… elok la berwaspada.
TEKTIK LICIK SIPENJENAYAH ALAF BARU:
Satu modus operandi baru rompakan telah berlaku pada minggu yang lepas di kawasan Taman Melati. Mereka dah buat homework sebelum datang nak merompak, adjust tuning frekuensi automatic gate supaya boleh open pintu gate dan juga kenal nama pemilik rumah tersebut. Taktik mereka agak licik kerana datang datang pada pukul 5 pagi ke rumah anda , terdapat 3 orang, seorang berpakaian lengkap polis, seorang berpakaian jaket forensik dan seorang perempuan berbaju putih datang dengan sebuah kereta Proton Perdana berwarna putih.
Mereka membunyikan loceng untuk bertemu dengan pemilik rumah, setelah pemilik rumah sedar ada orang membunyikan loceng mereka memperkenalkan diri sebagai anggota polis dan telah berlaku kecemasan. Mereka juga mendesak untuk masuk ke dalam rumah untuk membincangkan satu kejadian yang telah berlaku.
Pemilik rumah telah membenarkan mereka masuk dan lalu mereka mengeluarkan pistol dan memberi ancaman untuk merompak, perompak juga menyakinkan bahawa pistol itu adalah pistol yang benar dengan menunjukkan peluru yang betul sambil reload ke dalam pistol tersebut. Perompak merompak barang kemas dan juga mengugut mahu merogol anak pemilik rumah tersebut. Perompak telah berjaya melarikan banyak barang barang berharga dan kerugian dianggarkan 30 ribu ringgit.
Diminta semua orang berwaspada dengan modus operandi perompak baru yang agak menyakinkan ini. Sekiranya ada pegawai polis datang pada waktu tengah malam atau awal pagi diminta hubungi pihak Polis sebelum membenarkan mereka masuk atau minta kad kuasa. Saya cuma nak share sahaja kes ini telah berlaku pada minggu lepas, sekadar menjadi iktibar kita semua.
NOTA: Sekiranya berlaku kejadian rompakan, pihak polis sering menasihatkan agar kita jangan melawan. Jangan nak EKsen macam super hero. Bagi saje ape yang ade apa yang dia hendak. Ingat tu, harta boleh cari, nyawa ada satu je.
NOTA 2: Rumah Eddie (Noktahhitam) jugak baru turut kene pecah hari ahad yang lepas. Salam takziah ye Eddie. Harapnye semua selamat. Amin.
titan
12/02/2013 @ 6:00 pm
Saya telah membaca post ini.
titan
12/02/2013 @ 6:00 pm
wahh..NH kena pecah ker..
Wan Fauzi™
08/02/2013 @ 12:28 am
betul tu.. bila tiada panduan dan pegangan hidup.. manusia sanggup buat apa saje… mcm2 dunia sekarang nie…
Muhamad Azman Ishak
12/02/2013 @ 2:32 am
kalau manusia ni terdesak.. ape pon dia sanggup buat. kita yang lain ni harap berwaspada lah hendaknya.
hazman aka species1980
07/02/2013 @ 3:23 pm
Diorang selamba je pakai uniform polis….rasanya next time kita boleh mintak diorang WARAN GELEDAH rasanya….tapi kalu dah acu pistol…. #pasrah
Muhamad Azman Ishak
12/02/2013 @ 2:34 am
itu la pasal.. kalau setakat dia tak bersenjata… mungkin kita berani lagi tak bagi masuk. but kalau dah berparang berpistol semua… risau gak weh.. kita lari kene tembak.. seriau kot
muktasim
05/02/2013 @ 4:18 pm
huhu.. kawasan rumah saya juga pernah di pecah masuk.. makin tak selamat, harap kerajaan kaji punca2nya sebaik mungkin.. jadi selesaikan dgn bijak..
Muhamad Azman Ishak
12/02/2013 @ 2:47 am
masalah sekarang ni sebok dok berkempen. pening dibuatnya. hahaha..
topo
05/02/2013 @ 3:35 am
Saya telah membaca post ini.
Sharafie
04/02/2013 @ 11:57 pm
depa ni sebenarnya berpelajaran tinggi..cuma menganggur dan menjadikan rompaakn itu satu sumber mata pencarian mereka ni..kalau idak macam mana lah depa boleh buat kajian terperinci sbegitu rupa..mintak² yang melakukan perkara yang tak bermoral ni bertaubat la..cari la kerja yang halal..thanks for sharing..
Muhamad Azman Ishak
12/02/2013 @ 2:52 am
sekarang orang jadi penjenayah terancang. buat kajian terperinci. kalau tak, masakan bank atau kedai emas boleh dirompak dalam masa tak lebih dari 5 minit. mereka ni dah hari2 berlatih. termasih dapatkan skala sebenar lokasi yang menjadi sasaran. nampaknya adaptasi dari filem telah digunapakai untuk pejenayah masa kini.
Katak Comel
04/02/2013 @ 10:16 pm
tkotnye..
tq share
Muhamad Azman Ishak
12/02/2013 @ 2:54 am
sama-sama.
akubiomed
04/02/2013 @ 10:07 pm
Secanggih mana teknologi cara rompak rumah tetap sama dengan mengunakan pukau dan pelbagai lagi.
Muhamad Azman Ishak
12/02/2013 @ 2:57 am
pukau punye penangan mesti tak tinggal kan bro. mistik dalam saintifik.
yanmie
04/02/2013 @ 5:33 pm
Salam,
Terima kasih AI share pasal ni, kesiannye Eddie, salah takziah.
Pernah ada pengalaman rumah kena pecah, perghhhh seriau tgk keadaan rumah, mcm tongkang pecah.
Moga kita sentiasa dalam lindungan-NYA, aminnn
Muhamad Azman Ishak
12/02/2013 @ 2:58 am
wsalam kak yan, kalau dipecah time kita tadek rumah tak pe… risau masa ada anak2 dan isteri. risau mereka ancam keselamatan. tu yang bahaya tu.
fariq
04/02/2013 @ 4:36 pm
Saya telah membaca post ini.
fariq
04/02/2013 @ 4:32 pm
thanks for sharing. fuh cuak betul dok kat negara yg ‘aman’ ni. rompak tu obley tahan la tak melawan, bab2 rogol tu ya Allah apa la perasaan family mangsa agaknya. mintak kita semua dihindarkan benda ni..
Muhamad Azman Ishak
12/02/2013 @ 3:00 am
tang rogol tu tak bleh terima la. tetap kene melawan. takkan nak serah mcm tu je. wohhhh… mane boleh hoooo!!! orang tak kene cakap boleh la kan..? cer kena batang hidung sendiri.. baru taw!
Kujie
04/02/2013 @ 4:19 pm
Saya telah membaca post ini.
Anarm
04/02/2013 @ 4:15 pm
jenayah makin menjadi-jadi sekarang ni.. bukan setakat pecah masuk rumah.. kes rogol, culik, macam2 lagi lah.. kena sentiasa berhati-hati..
takziah buat eddie.. sampai macam tu sekali diorang breakin habis sepah barang..
Muhamad Azman Ishak
12/02/2013 @ 3:03 am
lepas baca timeline eddie.. seriau dah aku kat rumah bila pergi kerja tinggal rumah wife aku dengan anak kecik je ade. nak kunci dari luar.. takut plak ade emercency dari dalam. susah plak nak keluar.. dengan anak kecik. kunci.. is kunci jugak la. just incase.
sekarang wife dah masuk kerja balik. tadek la gusar sangat dihati.
mujur ade anak sedara kerap mai rumah lepak2. so ade la orang tengokkan rumah ni.