Waktu ni.. aku masih lagi ada kat Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk temankan isteri yang tengah sarat nak bersalin. Rasanya time ni dok rilek lagi. Sembang-sembang… sambil bagi kata-kata semangat. Mata pon agak mengantok. Tapi gagahkan jugak temankan isteri kat hospital. Dah la hospital tak mesra suami. Habis waktu melawat.. suami kene balik rumah.

Erm… dah setahun dah perkara ni rupanya. Tak da apa nak diucapkan melainkan syukur kepada tuhan sebab dikurniakan zuriat. Muhammad Amirul Amin B. Muhamad Azman kini telah berusia setahun genap 3.30am pagi nanti (08/08/2011). Amirul baru je baru baik demam. Sekarang ni dok lena tidok. Kepenatan siang hari tadi meragam jer.. nak genap setahun la katakan.

Sambil belek-belek gambar Amirul kat Facebook masa dia lahir.. tunjuk kat dia tadi.. Amirul macam paham jer yang tu gambar dia masa kecik… tersengeh sorang-sorang. Tak boleh lupe… saat last sebelum melahirkan Amirul, aku sempat pergi ke KFC sebab Wife teringin nak makan KFC udang celur tepung + air sirap (Promosi masa tahun lepas tu). Hahaha… Amirul sempat makan KFC dari dalam perut.

Banyak lagi dugaan akan diterima lepas ni. Alhamdulillah… syukur tuhan permudahkan perjalanan hidup kami sekeluarga.

Nota: I love u mama Amirul & Amirul Amin.