Kalau bercerita bab puasa yang bukan bulan Ramadhan ni… erm, agak ramai dah orang paham. Lagi-lagi orang tu “kategori orang dewasa”. Eh, budak-budak sekarang pon ade yang dah paham taw.. tak caya.. tengok je la nanti. Malas nak komen panjang pasal tu. Tapi jauh kat sudut hati, memang rindu la dengan orang tersayang dan baby. Selama ni dok tengok kat gambar kat Whatapp jer.
Bukan masalah tanak balik kampung. Tapi paham-paham je la masalah ekonomi negara. Kerajaan sekarang ni melancarkan kempen inflasi dan berjimat cermat. Jadi aku pon ikut je la seruan yang boleh membawa kebaikan untuk kehidupan seharian. Tak salah kot, ikut menda baik. Lagipon, bukan tinggal terus. Belanja keperluan pon sering dihantar. Kalau nak balik, modal dah berapa.. minyak, tol, belanja makan diperhentian, belanja kat sana lagi.. semua kos tau.
Kali ni sayangku berpantang kat kampung agak lama. Dulu masa Amirul, cuma sempat dua minggu je berpantang kat kampung. Masa tu, aruah mak mertua sedang sakit. Jadi, kakak ipar tak dapat nak fokus mana satu yang nak dijaga. Mana nak jaga mak mertua lagi… mana nak jaga sayangku lagi.. mana nak jaga baby lagi. Sungguh pon macam tu, aku cukup terhutang budi dengan keluar akak ipaq kat Kedah.
Sejak awal perkenalan aku pergi merisik isteri aku (1), (2) dan (3), yang kekita itu baru ku kenal… sampai la sekarang, masih menjaga dan ambik berat pasal kami. Bulan lepas aku hantar sayangku dengan baby ke kedah untuk urusan berpantang kat sana. Segala keperluan ku harapkan mencukupi sepeninggalan aku untuk pulang ke Kuala Lumpur. Balik ke KL ditemani Amirul Amin. Kami dua beranak la jadi bujang kat KL.
Menguruskan anak seorang diri memang terasa berat dia. Bukan mudah nak uruskan semua perkara ni sorang diri. Kebiasaanya, kalau hari kerja, aku cuma persiapkan diri, pakai baju, salin pampers dan baju anak. Selebihnya, susu… baju anak untuk ke taska, baju kerja aku, seluar kerja aku… stokin, air panas.. sarapan pagi (kalau sempat) semua sayang ku yang buat. Tapi bila dah dekat sebulan ni… memang terasa janggal duduk dalam dunia ni.
Rutin yang biasanya dibuat dua orang, tiba-tiba semua perkara dibuat sendiri, memang haru-biru. Ada je tak lengkap.. pergi bawak anak ke taska, tuala tak bawak la… susu tertinggal la, baju tak cukup helai la.. owh macam-macam. Sementara nak melepaskan hari-hari berlaku. Aku rasakan dunia ni lambat betoi berpusing. Nahh… sekarang.. tinggal sehari je lagi.
Bukanlah sebab bersemangat nak ambik isteri tu, sebab nak pass balik semua tugasan yang dah pon aku buat dalam sebulan ni… bukan… bukan… Hanya depa yang selalu duduk berjauhan je paham perasaan ni…. Banyak aku tengok rakan-rakan blogger yang dah berkahwin, tapi duduk berasing. Ada jugak kerana belajar, ada yang sebab suami bekerja… tak kurang juga contoh terdekat, adik ipar aku sendiri. Terpisah kerana kerja. Tapi bukan berpisah terus. Ini disebabkan tugas dan peranan masing-masing dalam mencari rezeki membantu keluarga.
Aku cukup kagum dengan diaorang semua. Sedikit sebanyak ku buat mereka jadikan sebagai penyuntik semangat. Kalau nak dikata layan feeling loney tu…. tuhan sahaja yang tahu. Tiba-tiba ideaku terbantut di sini disebabkan ku kerap kali membelek kalendar yang telah kutandakan tu. Semuanya terasa berbunga-bunga seolah-olah nak memulakan hidup yang baru.
Nota: Semoga perkahwinan kami diredai Allah dan keluarga kami dalam peliharaan-Nya sehingga ke akhir hayat. Amin…
titan
25/12/2012 @ 3:51 am
Saya telah membaca post ini.
titan
25/12/2012 @ 3:50 am
amboi. penuh dengan bedak nih. haha..
Muhamad Azman Ishak
26/12/2012 @ 1:23 am
hahaha, budak-budak pakai bedak comot macam mane pun, still nampak comel.
muktasim
22/12/2012 @ 12:07 am
hehe.. nasib baik puasa yg tu.. ingatkan kena ganti puasa sebab ter… waktu siang.. :p
Muhamad Azman Ishak
26/12/2012 @ 1:23 am
opss… ter-waktu siang tu idak la.. hehehe macam la malam tadek kan. lol~
azman
21/12/2012 @ 11:19 pm
dah boleh berbuka dah tu hehehhe…
Muhamad Azman Ishak
26/12/2012 @ 1:24 am
hehehe… rilek, tak lari gunung dikejar. lol~
papa mifz
20/12/2012 @ 6:37 pm
nak menguruskan anak seorang diri memang payah…kagum dengan mereka yang bergelar ibu dan bapa tunggal kan…
Muhamad Azman Ishak
20/12/2012 @ 10:46 pm
tu la kan.. kagum dengan single father dengan single mom. tabah sungguh
Kak Long Mawar Merah
20/12/2012 @ 2:51 pm
Selamat pulang ke kampung. Ketawa tak ingat baca flashback merisik isteri dulu tu. Memang boleh buat cerpen.
Muhamad Azman Ishak
20/12/2012 @ 10:47 pm
eh… baca jugak eh cerita flash back tu. hahaha..
ejam
20/12/2012 @ 11:17 am
selamat balik kampung, hati2 memandu.
bekalkan makanan yang cukup sepanjang perjalanan tu untuk amirul supaya dia tak meragam, stok ultraman jangan tinggal biar dia leka tak meragam…hehe
Muhamad Azman Ishak
20/12/2012 @ 10:48 pm
insyaallah ejam. terima kasih. ultraman memang tak bleh tinggal. kalau tak, alamatnye… memang tak senang duduk la amirul sepanjang perjalanan tu nanti
zaryl
20/12/2012 @ 11:08 am
hati berbunga riang eh… kikiki masa dok sorang2 la masa utk berfikir kan bro? untung tak untung berumahtangga, hari2 jumpa adakala tanpa sengaja diabaikan, bila berjauhan baru tahu ada lubang yang semakin dalam di dada 😉
Muhamad Azman Ishak
20/12/2012 @ 10:48 pm
itu la citer dia bro. masa duduk dekat2, penghargaan tu buat sambil lewa je. bila duduk jauh macam ni.. baru terkenang semua perkara yang pernah dilalui bersama.