Agak lewat jugak berbanding rakan-rakan yang hadir untuk aku melepaskan cacatan ni. Ini semua ekoran dok membelek je Facebok dari semalam. Kejap-kejap ade je update kat page DenaiHati tu. Tak dok diam.. ade je notification yang masuk ke henpon berbunyik. Kalau tak kat Facebook, kat WhatsApp.
Memang betul la kata Kak Kujie dalam Mini Forum Sepetang Bersama Blogger 2013 semalam… “Facebook ni membuatkan kita malas berblog”. Sebabnya, Facebook ni social media yang mudah. Taip sahaja URL Facebook, kemudian dari sana, dah boleh update berbagai.. daripada coretan peribadi, nota, TAGGING, muat-naik gambar dan sebagainya. Lepas tu, nak komen pon senang.. tak perlu nak isi form berbagai.
Ekoran dari fakta inilah yang banyak membuatkan blogger yang satu ketika dahulu sangat gah, kini tenggelam dek arus Facebook. Nampak kan? Sebenarnya aku sendiri hampir hanyut la jugak. Tapi motif dan matlamat sekarang ber-Facebook adalah untuk mengembangkan jaringan persahabatan dan NETWORK yang sedang aku bina. Membina penjenamaan sendiri bermula dari bawah bersama seorang lagi rakan kongsi.
Begitu banyak input yang aku dapat masa aku datang ke Majlis SBB2013 semalam. Aku rasa aku dah pon pecahkan kotak pemikiran yang selama ni mengongkong aku untuk bergaul di alam nyata. Bukanlah bermakna aku ni ada masalah sosial bergaul, tapi aku ni serupa macam Kak Jie, jarang mengikuti Event-Event untuk blogger. Rata-rata la aku tengok kebanyakkan dari mereka yang datang pon macam tu. Meskipon masih juga yang ada janggal dan malu-malu. Aku jugak tidak ketinggalan. Hampir nak menyorok bawak meja kau tahu…!!!
Perkongsian-perkongsian ilmu untuk rakan blogger yang hadir dihidangkan oleh Team DenaiHati bagi menjayakan program ni. Dari Mini Forum 1, Mini Forum 2 dan seterusnya ke kesah dan pengalaman Tuan Sani yang baru sahaja pulang dari Gaza. Terpanggil untuk aku memberi tumpuan mendengar cerita beliau sampai aku terlepas peluang untuk ambik gambar dia. Terkesima dengan kesah-kesah dan pengalaman beliau di sana.. Penceritaan yang digambarkan seolah-olah aku melihat apa yang dialami oleh rakyat Gaza.
Perkara yang paling aku terkesima adalah, aku dilantik sebagai Official Blogger for Gaza begitu juga dengan beberapa teman blogger yang lain. Visi dan Misi agenda ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menyalurkan maklumat kepada rakyat Malaysia dari sudut pandangan Blogger yang telus dan tulus tanpa sebarang pengaruh terhadap kesah-kesah yang sedang dialami oleh rakyat Gaza ketika ini. Aku cukup terharu dengan pemilihan ni. Rasa bertuah untuk dapat bersama berjuang walaupon dengan cara penulisan.
Selain daripada itu, aku di sini ingin mengambil kesempatan memohon maaf sekiranya mungkin ada diantara anda yang terselisih tak sempat aku nak tegur. Perasaan segan, malu dan respek kepada kamu yang lebih hebat dari aku memang begitu kuat.. memang tidak dapat aku ketepikan ketika di majlis semalam. Dalam pada tu, aku juga nak memohon maaf sebab tak tunggu waktu sesi fotografi dan beramah mesra di akhir majlis atas sebab-sebab yang tak dapat nak dielakkan.
Namun sebelum aku habiskan catatan pada hari ni.. ini ade sedikit ole-ole kenangan kita semua semasa berada di Sepetang Bersama Blogger 20013 anjuran DenaiHati Network.
NOTA: Di sini aku mengambil kesempatan, nak mengucapkan jutaan terima kasih kepada DenaiHati Network sebab menjemput aku dan Ikram Baharum selaku wakil AI MEDIA NETWORK untuk turut sama memeriahkan majlis SBB2013 pada tahun ni. Jasa baik tuan memang tak boleh dilupakan.
Kak Long Mawar Merah
13/02/2013 @ 9:47 am
Saya telah membaca post ini.
boni kacak
05/02/2013 @ 1:53 am
hahahhaa..gambar den nak terberak atas stage pun ada.hehehe.. salam ukhwah bro 🙂
muktasim
01/02/2013 @ 12:44 am
terbaik la koleksi gambar SBB2013.. yang jauh pun sanggup dtg.. 🙂
Muhamad Azman Ishak
01/02/2013 @ 11:44 am
terima kasih bro. lense manual macam ni la bro. bila balik rumah, kene buat correction skit. nak beli lense auto tak mampu. lain la orang tu.. kekeke projek besar 😀
Ladfe Amir
31/01/2013 @ 8:08 am
tak sempat saya bertegur sapa dgn bro. mungkin di masa akan dtg . in shaa Allah
Muhamad Azman Ishak
01/02/2013 @ 11:49 am
insyaallah.. kalau kita jumpa lagi.. boleh la borak sakan plak ye 😀
wazy
30/01/2013 @ 9:40 am
Saya telah membaca post ini.
wazy
30/01/2013 @ 9:39 am
Seronok bila tengok semua gambar #SBB2013 ni,mungkin tahun hadapan saya akan turut serta sekali 🙂
Muhamad Azman Ishak
30/01/2013 @ 10:29 am
jangan lupe turun kalau ade lagi acara macam ni taw!
nazray
30/01/2013 @ 12:35 am
memang best la majlis ni, memang saya nak pergi untuk tahun depan kalau ade rezeki dan ada lagi acara ni dibuat. InsyaAllah 😀
Muhamad Azman Ishak
30/01/2013 @ 10:29 am
join je bro kalau ade lagi tahun depan. tak rugi pon kalau datang hehehe..
Mus
30/01/2013 @ 12:21 am
Saya telah membaca post ini.
Seneorita Baharin
29/01/2013 @ 10:52 am
Saya telah membaca post ini.
Seneorita Baharin
29/01/2013 @ 10:51 am
Wahh bestnya event SBP ni..rugi btl xdpt join..huhu
Muhamad Azman Ishak
30/01/2013 @ 10:30 am
tak pe… rasanya ini mungkin akan dijadikan sebagai acara tahunan untuk DH Network, jadi kalau ade lagi tahun depan, sila la join ok!
ProfHariz
29/01/2013 @ 10:36 am
Rasanya saya tak jumpa dengan bro >.<
Muhamad Azman Ishak
30/01/2013 @ 10:31 am
ye la kan.. sape la kita orang tu nak jumpe.. kekekeke
akubiomed
28/01/2013 @ 10:47 pm
Bila masa kena tangkap gambar pun tak tahu. Memang kandid betul. Bahaya. 🙂
Guna lensa jenama apa? Nampak sharp gambarnya.
Muhamad Azman Ishak
30/01/2013 @ 10:32 am
hahaha… nampak? nampak? lalalla orang tu dah cuak. itu belum lagi reveal muka masa makan. hahaha…
p/s: seriau la tu. kekeke saya pakai lense manual je. Samyang 35mm f1.4. Tadek auto focus. pasal tu gambar agak blur.
Dawaihati
28/01/2013 @ 9:48 pm
#SBB2013 satukan visi dan misi, satukan semangat, satukan ikatan kekeluargaan dan persahabatan
Muhamad Azman Ishak
30/01/2013 @ 10:33 am
terima kasih bang Dadan.. kalau berkesempatan di lain hari.. mahu saja bersempang panjang. insyaallah.. moga kita ketemu lagi di masa akan datang. amin!
Juan
28/01/2013 @ 6:06 pm
best nyer semua dapat berkumpul
Muhamad Azman Ishak
30/01/2013 @ 10:34 am
Juan bila lagi nak join?
bob
28/01/2013 @ 3:14 pm
muka je nmpk garang..tppenakut sbnrnya..hehhee..
Muhamad Azman Ishak
30/01/2013 @ 10:34 am
hahaha.. penakut tu idak la.. cuma sopan gitu. hahaha
Mak Dara
28/01/2013 @ 11:03 am
terima kasih kerana sudi jenguk ke blog picisan akak dan sudi memberi kan komen amat amat hargainya.. majlis semalam memang hebat dan AWESOME kan.. harap2 dapat join lagi majlis ini tahun depan
Muhamad Azman Ishak
30/01/2013 @ 10:47 am
isshh… tadek la picisan pon. ok what.. ni baru nak habaq.. blog akak blog faveret saya masa contest iPhone5. hehehe.. tapi tak bleh la dok canang rata.. wakakka.. tapi series la kan.. saya suke konsep entri tu. Luar biasa, yup! itu yang boleh saya cakap.
terima kasih jugak kat akak sebab datang komen kat sini. saya nak bertegur akak tempoh hari, takut gak salah orang.. lepas announce nama, baru la kenai orangnye. hehe kengkadang gambar dalam blog dengan realtime tak sama. kang kalau salah orang malu plak.
all the best untuk akak. terima kasih sekali lagi sebab jengok blog saya yang compang camping ni. :p
Pendekar
28/01/2013 @ 5:03 am
azmanishak…selalu dengar nama ini dulu dalam contest SEO…
memang salah seorang blogger yang terbaik..
tak sangka sekarang dah ada company sendiri ya…
alhamdulillah…
SBB memang bagus….
Muhamad Azman Ishak
30/01/2013 @ 10:48 am
satu ketika dulu rajin gak la join kontest. sekarang ni dah tak berkesempatan nak focus antara tugas rasmi kat pejabat, blog dan sebagainya. terima kasih sudi berkomen 😀
hazman aka species1980
28/01/2013 @ 4:43 am
Dapat juak kenal rupa pakar WORDPRESS MALAYSIA nie walaupun tak sempat beramah mesra….
Muhamad Azman Ishak
30/01/2013 @ 10:51 am
hahaha.. saya bukan pakar. kalau nak kategori pakar, itu dia saudara eizil. dia memang pakar. dan dia jugak mentor saya.
akuzle ayu
28/01/2013 @ 2:42 am
Gambo sy takder..hoho
Muhamad Azman Ishak
30/01/2013 @ 10:58 am
eh tadek ye? alahhh… jom pi taman tasik. jadi model aku. aku tangkap puas2, siap buat entri lagi. kekeke
noehas
28/01/2013 @ 2:23 am
Terima kasih, bro. Banyak gambar sbb13 kat blog ni. Boleh ceduk x? 🙂
Muhamad Azman Ishak
28/01/2013 @ 2:51 am
silakan.. silakan.. tapi host dalam server sendiri ye. sebab server saya bandwidth kecik. kang kejap lagi gelap gelita je blog.. macam karen tadek. hehehe.. silakan.
Nadot
28/01/2013 @ 1:55 am
Serius gambar cantik-cantik!.. Tak macam saya guna iphone jee… Tapi akan lebih cantik kalau saya ada dalam gambar, serius tak tipu.. hohoho
akubiomed
28/01/2013 @ 10:48 pm
Tulah Nadot elok-elok ada kamera DSLR Canon pi juey.
Muhamad Azman Ishak
30/01/2013 @ 11:08 am
kah kah kah. sabor je la. nak buat canner.. dia minat iphone.
Muhamad Azman Ishak
30/01/2013 @ 11:07 am
hahaha itu hari masa saya terkejar2 macam wartawan metro.. tanak panggil suruh ambik gambar.. kalau tak, konfem georges.. hehehehe!
KiD
28/01/2013 @ 1:01 am
ahhaaaaa… bagus event nih. makin bertambah network dan ukhuwah kita..
ehemm.. mamat si titan tu tak dapat nyorok lagi.. cendol banting katanya.. hik3
Muhamad Azman Ishak
30/01/2013 @ 11:14 am
keh keh keh.. tak berani nak tegur.. masa tu tak hapal password. kah kah kah!
abangensem
28/01/2013 @ 12:59 am
Gua harap kita boleh bertemu lagi lepas ni. Gambar2 lu memang terbaik la Bro.
Muhamad Azman Ishak
30/01/2013 @ 11:15 am
insyaallah bro, harap dapat lepak sesama lepas ni.
p/s: gambar tu cam hampeh sebab lense manual focus. lense murah, tadek mode auto focus. jadi la buat ambik gambo sebagai hobi.
azman
28/01/2013 @ 12:44 am
Gambar yang ko snap ni Man,memang terbaik,terang,jelas dan terasa puas tengok.Tahun ni ko rajin juga jenjalan hehehe…
*Aku lambat sebab pi cari mamat yg tumpang keta aku,dia sesat,budak temerloh, 🙂
Muhamad Azman Ishak
30/01/2013 @ 11:16 am
tahun ni agak merata jugak la berjalan. sebab dah tak kekok macam sesi pertama itu hari. kita pon dah ramai kenai orang. insyaallah.. kalau ade kali ke3 nanti.. lagi merata lah saya jalan. silap-silap semua meja saya tapau.
p/s: mau orang cop saya sebagai scammer plak nanti. kekeke!
topo
28/01/2013 @ 12:41 am
ooo si yam pon wakil Ai media ke hehehe.. ni pertama kali aku tengok muka Titan.. Otai besar tu hohoho
Muhamad Azman Ishak
30/01/2013 @ 11:17 am
hahaha kalau nak tahu AI tu bermaksud aku dengan Yam (i – Ikram). aku tak tegur sebab tak tau password. wakakaka!