Malaysia-Social-Media-Week-LogoSemalam aku berkesempatan untuk membelek-belek aktiviti rakan-rakan kat dalam Group Denaihati. Kalau kita sebut je MiriNet kita memang tahu dah yang kerja dia ni bagi sokongan moral kepada rakan-rakan yang bertanding dalam MSMW. Bukan setakat moral support, tapi siap dengan undian berkala lagi.

Satu teknik yang patut ramai pelajari sebab syarat dan kriteria undian yang telah ditetapkan oleh pihak MSMW begitu strict untuk mengundi. Bagi aku, usaha yang dilakukan oleh MiriNet ni memang patut dijadikan contoh dan diberi pujian. Dia menggunakan kebolehan “influencing” yang dia ada  untuk membantu rakan-rakan yang bertanding. Bukan semua blogger mampu lakukan perkara macam ni secara konsisten!

Seperti apa yang pernah diceritakan pada aku dalam Facebook tempoh hari, dia menggunakan email, twitter, facebook dan sebagainya untuk menarik minat rakan dan pembaca dia untuk turut sama mengundi rakan-rakan yang menjadi pilihan. Pada aku satu usaha yang jarang orang lain nak buat. Ini first time aku tengok ada individu yang memberi sokongan kepada rakan lain sampai tahap macam ni.

Walaupon ini bukan keputusan akhir, tapi rasa cukup beharga detik dan saat ni untuk dikongsi dan ditatapi.
Walaupun ini bukan keputusan akhir, tapi rasa cukup beharga detik dan saat ni untuk dikongsi dan ditatapi.

Kira memang terbaik untuk MiriNet. Kalau la masih dibuka pencalonan… memang nak aja aku undi URL dia untuk kategori MOST FAVORITE SUPPORTERS. Harapnya pada tahun hadapan, kategori ni diwujudkan dalam MSMW supaya aku boleh “nominate” dan undi MiriNet plak lepas ni.

Cuma satu je nak kasik pendapat, diharap MiriNet dapat membuat perubahan templat sikit supaya sticky post tidak panjang scroll kebawah. Ok! Yang lain… All the best untuk MiriNet. Semoga Tuhan merahmati kehidupan anda dan keluarga. Kepada rakan-rakan lain yang turut sama mengundi tu… aku juga ucapkan jutaan terima kasih atas sokongan anda semua.

REFFERAL: MIRINET

NOTA: Walaupon pada sesetengah orang berkata usaha itu adalah sumbangan kecil, tapi impak penjenamaan adalah besar di situ. Azam yang aku tetapkan pada tahun ini adalah: “Keluar dari kepompong”