hasil carian laman web azmanishak di google
Hasil carian di google

Caranya cukup mudah, pergi ke Google.Com, seterusnya taip nama domain anda tanpa perlu ade dot dibelakang. Macam dalam gambar di atas. Jadi apa yang anda jumpa? Bagi aku, ini merupakan salah satu kayu ukuran hasil usaha nkorang berblog. Apa guna kalau PR sampai 5, tapi  SERP (search engine result page) tak cukup sifat? Kan kan… bukan la nak mengata, mahupon berbangga. Biarpon PR aku 2, tapi SERP tetap di jaga.

Kesah PR2 dua ni panjang ceritanya… bila dipendekkan… ya betul, aku kene SLAP dengan Google satu ketika dahulu. Hanya…. hanya kerana satu ketika dahulu blog ini memaparkan iklan yang tidak disukai Google. Ada banyak contoh iklan, antaranya termasuklah: Online Gambling, Warez, Exploit Tech, dan macam-macam lagi. Ku kira perkara ni dah dua tahun berlalu, tapi kesannya daripada PR4 jatuh terus ke PR2.

Berbalik pada cerita kat atas, kalau SERP (search engine result page) kita nampak macam tak cukup sifat, ini mesti ade tidak kena sedangkan domain kita pon sudah berusia. Template juga memain peranan. Harus diingat, laman utama (main page) itu adalah sumber utama dalam penentu SERP kita. Bukan itu sahaja, masa kita setting website name dan jugak website description tu pon penting untuk penjenamaan laman web/blog kita di Google.

Psstt… cer terai Google kat blog kawan-kawan yang lain plak. Moh intai dari jauh.. tengok hape hasil dia…. kalau dah tau, diam-diam suadahhhh! Hehehehe~

NOTA: Malam kemarin sudah, hangat betoi bergossip dengan sorang tu. hiks.. terima kasih atas panduan dan idea yang diberi. Nanti kita bergosip lagi ye. hahaha… Owh owh… malam ni nak balik ke Kedah dengan Amirul Amin. Doakan perjalanan kami selamat. Amin.