Hari ni aku ikut dunia Sham Hardy. Seawal pagi dia dah “culik” aku untuk teman dia pergi tangkap gambar event. Aku yang kebetulan pada hari ni, amat lapang dan tadak kerja, ikut je la. Dah orang sanggup ambik kita dan bawak kita kan. Apa salahnya kita belajar untuk kenal dunia orang jugak. Pada awal pagi […]
Pengacara Majlis Youth Collective. Sementara yang blur tu, si Sham Hardy yang tak boleh hidup tanpa internet
Hari ni aku ikut dunia Sham Hardy. Seawal pagi dia dah “culik” aku untuk teman dia pergi tangkap gambar event. Aku yang kebetulan pada hari ni, amat lapang dan tadak kerja, ikut je la. Dah orang sanggup ambik kita dan bawak kita kan. Apa salahnya kita belajar untuk kenal dunia orang jugak.
Wak Doyok melayan peminat
Pada awal pagi kami di Publika. Dah la malam kemarin siap melebam sampai ke pagi. Amoiiii, mengalahkan orang bujang. Jangan takut, acik dah siap-siap mintak permit kat MEM besar untuk keluar bersosial sekali sekala. lagipun, bukan pergi tempat tak senonoh.
Bacaan sajak dari peserta. Soal ku, “mereka ni ada persatuan penyajak jugak eh Sham?”
Elok lepas Zohor, kami gerak pulak ke RUANG, yang bertempat di Subang Jaya. Di sana ada berlangsung acara anjuran iM4u bacaan sajak dan puisi mengenai keprihatinan Rakyat Malaysia amnya terhadap kejadian yang berlaku kepada Pesawat MH370. Turut hadir dalam acara ini, adalah penanyi RAPPER negara iaitu Altimet untuk memberi sokongan dengan menyampaikan lagu dan puisi.
Dari apa yang aku perhatikan, mereka sangat akrab antara penyajak-penyajak yang hadir. Seolah satu komuniti sama seperti blogger.
Pada aku, ini adalah pengalaman pertama kali dalam hidup aku macam katak yang baru keluar dari bawah tempurung. Belajar pulak cara orang lain menjalankan kehidupan sosial mereka. Agak terkujat sebab aku tak pernah menghadiri majlis bacaan puisi atau sajak yang macam ni. Namun pada aku, ianya satu pengalaman yang sangat beharga.
Brader ni prektis dulu. Tuning siap-siap. Lepas ni nak perform.
Hari ini belajar satu lagi perkara dalam hidup, kita takkan kenal akal dan fikiran manusia yang lain selagi kita tidak berada pada kelompok mereka. Dalam dunia yang terbentang luas ni, ada bermacam-macam kehidupan selain “kehidupan di bawah tempurung kita”. Setelah keluar ke dunia orang, kini aku kembali ke tempurung aku balik, sambil memikirkan takjubnya pengalaman pada hari ni.
Hasil karya seni kata-kata semangat dan harapan untuk Pesawat MH370 agar kembali dengan selamat“Doa dan harapan”Model yang kene paksa. Lepas tu aku salah composition. Haduiihhh.. Sorry Sham!We are here! So lets Selfie-WeFie :pBrader Altimet yang rancak membawakan lagu “Syukur”Amir Jahari dengan lagunya: TanpamuSementara keadaan diluar, Penggiat seni sedang menyiapkan mural
NOTA: Minggu depan apa plak eh? Rasa macam nak rehat la dulu. Boleh tak? Kekekeke… tapi kalau kene culik lagi sekali, aku tak jamin kat mana pulak lokasi yang aku akan terjah. Capai kamera dan JOM!
Entah la apa mimpi si Eddie ajak aku main layang-layang pon tak tau. Tapikan... sekali sekala jauh dari dunia komputer dan internet ni pon ada bagusnya jugak. Daripada asyik dok terperap depan PC... perghhhh... langsung tak berkembang dengan masyarakat luar. Rasenya lagi realease kekusutan dengan aktiviti cadangan Eddie neh. Jadi,…
Mau tak kembang kalau muke masuk paper. Sebenarnya aku nak ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan sahabat yang aku kenal dalam dan luar talian. Sedikit sebanyak melonjakkan nama aku sejak kebelakangan ni. Entri ni kiranya rangkuman ucapan terima kasih kepada nkorang semua yang terlibat secara langsung dan secara tak langsung.…
Sekarang ni dah tak macam dulu dah. Nak menulis pon slow. Bukan sampai tahap tadek cerita... tapi lebih kepada, tak perlu nak kecoh sangat. Biasa la... kalau dah nama blog peribadi, tak semua perkara boleh dicerita kat orang. Dari kesah nak balik kampung ke kedah... sampai ke hujung minggu ni.…
Tempurang yang ada internet kat dalam hehehe..sorry tak dapat join, ada perkara nak diuruskan pagi tu…minggu lepas dah tadak kat K.L…85mm nak buat harta!
21/03/2014 @ 10:06 pm
Seluruh dunia merasa prihatin atas kejadian ini, semoga pesawat MH370 cepat ditemukan
18/03/2014 @ 4:42 pm
gambar yang menarik bro..
kehidupan kita ada masanya kena keluar dari zon selesa..
19/03/2014 @ 10:08 pm
betul bro. kalau duduk selesa, dan mengharapkan simpati, alamatnya sampai bila la kita tak maju.
17/03/2014 @ 10:41 pm
Tempurang yang ada internet kat dalam hehehe..sorry tak dapat join, ada perkara nak diuruskan pagi tu…minggu lepas dah tadak kat K.L…85mm nak buat harta!
17/03/2014 @ 11:46 pm
chis chis… pulangkan hartaku. hahaha.. nanti aku jadi harum gigolo malam baru tau. cekek hang sat lagi. pulangggkaannnnn
17/03/2014 @ 5:19 pm
baru tahu tapi tak minat sgt puisi
17/03/2014 @ 11:50 pm
hahaha aku pon tak minat. pergi sebab nak candid gambar je.
17/03/2014 @ 5:11 pm
Mereka ini seperti ada kelompok dan pengikut tersendiri. Saya kalau ke sana pun menangkap ragam manusia. 🙂
18/03/2014 @ 1:18 am
tak terjangkau dek akal tu akan dunia mereka semua. sungguh berseni ibarat fotosentesis. :p
17/03/2014 @ 3:37 pm
baru nampak muka ‘up close and personal’ Sham Hardy.
17/03/2014 @ 2:12 pm
kita dok bawah tempurung lutsinar….haha