Hari ni baru aku berpeluang tengok apa sebab gambar aku kene rejek dengan ShutterStock. Nice jugak la, dia siap komen kasik tau apa kelemahan untuk setiap gambar yang di rejek tu. Untuk aku, ini bukan gagal selamanya. Ini merupakan kayu sukat kemahiran aku setakat ni.
Dua daripada sepuluh… sedangkan requirement adalah 7 sekurang-kurangnya.. Ini bermaknya aku kekurangan 5 perspektif yang perlu aku perbaiki mulai dari sekarang. Untuk permohonan yang seterusnya hanya boleh apply setelah abis tempoh penalti pada 26 May 2012.
Tempoh penalti adalah tempoh untuk aku perbaiki kekurangan aku dalam dunia fotografi. Kalau lepas ni rejek jugak… aku cuba lagi.. cuba dan cuba.. sampaila standard gambar aku adalah standard ShutterStock. Itu la matlamat aku sebenarnya!
NOTA: Orang malas akan sentiasa carik alasan, manakala orang nak maju sentiasa carik jalan. Aku kene usaha lagi berbekalkan kamera sardin cap ayam!
ShueQry
06/05/2012 @ 10:38 am
ShutterStock? er.. apa tu?
mijie
04/05/2012 @ 12:21 am
Hebat tu yg aku nak cakap, skrg aku dah pencen haha
Mus
01/05/2012 @ 6:50 pm
saya pernah daftar juga.. namun belum berkesempatan menghantar gambar..
teruskan berusaha bro.. tak lama tempoh berpantang tu..
Negaraku.My
01/05/2012 @ 4:48 pm
Saya telah membaca post ini.
Azman Ishak
29/04/2012 @ 1:31 am
Saya telah membaca post ini.
azmanisma
28/04/2012 @ 11:31 pm
tak per Man..kena usaha lagi tu…
Azman Ishak
28/04/2012 @ 11:33 pm
itu la pasal bang, nak buek camne. lepas ni kene perbaiki lagi skill.