Ini lah rupa hasil dia untuk versi beta

Dah lama dah aku bercita-cita nak buat plugin ni. Bukannya apa, kadang-kadang kita merepek jer kat blog. Orang nak komen pon tadek idea. Jadi plugin ni sedikit sebanyak dapat membantu pelawat kita yang tak tau nak komen ape untuk meninggalkan jejak. Buat masa ni, plugin ni terlampau basic. Tadek pilihan untuk buat tetapan.

Aku masih belum bercadang untuk lepaskan kepada umum. Sebab aku khuatiri ade masalah nanti. Selain daripada memudahkan pelawat meninggalkan jejak, plugin ni jugak menggunakan anti-spam “Saya bukan alien”. Perkataan tersebut di ambil dari blog Kak Kujie. kekeke…

Kepada yang selalu meninggalkan komen di blog ini, maka anda akan nampak kotak tersebut, sebab untuk pengaktifan kotak ini, aku menggunakan WP-COOKIEHASH. Setiap blog WordPress, mempunyai COOKIEHASH yang unique. Jadi tak berapa nak risau gak la. Ini untuk sistem keselamatan anti SPAMBOT. Bermakna, kepada yang baru bertandang, atau cache dia dah expired, atau tak pernah tinggalkan komen, atau sememangnya BOT, takkan nampak kotak Sistem Komen Pantas ni.

Walaupon macam tu, terdapat kelemahan di mana COMMENTLUV tidak dapat meninggalkan jejak. Sebab untuk pengaktifan COMMENTLUV, anda perlu klik kotak TEXTAREA pada ruangan komen (cara biasa). Disebabkan sistem komen pantas ni tadek ape-ape kotak, jadi COMMENTLUV tak boleh nak aktif dalam masa yang sama. Kecuali, anda berkomen macam biasa!

NOTA: Kepada yang berminat… sila mengecek kalau nak ye. kekekeke~