Siri kesinambungan episod dari cerita yang HOTEL yang lepas :P
Siri kesinambungan episod dari cerita yang HOTEL yang lepas 😛

Dalam dok demam, masih gagak nak taip entri. Waktu kala ni, anak-anak dah pun tidur. Jadi sementara idea dok mencurah umpama limpahan coklat di ladang gandum tu.. ada baiknya aku kongsikan kat sini pengalaman semasa aku kat Kuantan minggu lepas.

Bandar Kuantan adalah bandar yang asing untuk aku. Meskipun aku berasal dari Pahang, tapi tak semua pelusuk Pahang tu aku dah jelajah. Sila la gelak kalau aku katakan Taman Negara Pahang pon aku belum pernah jejakkan kaki kat sana. Tapi, dalam hati dah bercita-cita nak kumpul duit nak pergi Krabi. Hahahaha.. ape boleh buat passion mengatasi segala-galanya. Lagipun, aku mana pernah naik kapal terbang. Kesian kan? Gelak la tu T___T

Untuk siri jalan-jalan pada minggu lepas,  sebenarnya aku temankan kekande aku. Dia mintak tolong drive ke Kuantan sebab nak tengok anak perempuan dia yang belajar kat IKIP Kuantan. Dah memang kebetulan pulak hari yang dia ajak tu, time aku dah gaji. Jadi kiranya plan up jadi je la.

Time nak pergi baru nak booking hotel. Ini satu masalah jugak. Nak carik budget hotel pada malam 31 tu memang hancur sama sekali. Apa yang tinggal cumalah hotel-hotel yang agak “class” dan “branded” gitu yang diiklankan diinternet. Paham sajalah bila dah time terdesak, kebetulan 1st Jun merupakan hari cuti umum, semua hotel pakat tekan harga. Baru sekejap je searching kat Agoda, jumpa hotel dalam RM200±, ingatkan dah mahal, carik yang lain dulu… bila patah balik, dah habis dibooking. Owh malang sungguh. Hotel yang tinggal cume hotel kebanggaan Kuantan :p

Tinggalkan kesah hotel, berbalik kepada jalan-jalan. Aku memang sebenarnya kalau boleh, nak jadikan rutin bulanan keluarga aku, keluar dari Kuala Lumpur sebulan sekali. Refresh balik minda, renew balik kasih sayang. Kadang-kala terperuk kat rumah tanpa pergi mana-mana boleh mendatangkan kebosanan. Jadi amik initiatif keluar dari rumah bersama keluarga.. dan lapangkan minda. Biar anak bermain sepuas-puasnya tanpa batasan.

Ok, idea aku dah tersumbat same macam tersumbatnya hidung pada malam ni. Jom kita pakat layan gambar je la. Demam-demam ni saje warmup jari. Kasik eksesais sikit untuk keluarkan peluh.

Ok... gambar tangkap sendiri. Semua lengkap, dengan over exposed dan bagai. Jadi... edit je la
Ok… gambar tangkap sendiri. Semua lengkap, dengan over exposed dan bagai. Jadi… edit je la
Kekandaku dan anaknya :D
Kekandaku dan anaknya 😀
Kire nasib la yang depan tu.. muka jadi blur pasal f1.4 tembak masa ni. Lupa nak adjust.
Kire nasib la yang depan tu.. muka jadi blur pasal f1.4 tembak masa ni. Lupa nak adjust.
Abang Long Amirul Amin sekarang ni dah tak fobia lagi mandi kolam. Gembira aku.
Abang Long Amirul Amin sekarang ni dah tak fobia lagi mandi kolam. Gembira aku.
Tengok la, bukan main eksited main percik-percik air
Tengok la, bukan main eksited main percik-percik air
Abang Long Amirul Amin sekarang ni dah pandai senyum depan camera. Dah pandai dah possing...
Abang Long Amirul Amin sekarang ni dah pandai senyum depan camera. Dah pandai dah possing…
Macam ni la suasana di dari balkoni hotel aku tu
Macam ni la suasana di dari balkoni hotel aku tu
Gambar bokey yang kaw-kaw pada aperture f1.4 dan jarak selamat 3 meter
Gambar bokeh yang kaw-kaw pada aperture f1.4 dan jarak selamat 1 meter
Waktu selebrate besday makan malam bersama adik-beradik dan keluarga.
Waktu selebrate besday makan malam bersama adik-beradik dan keluarga.
Dua orang sepupu yang tak boleh berenggan. Tapi bila dah berjumpa.. pening kepala dibuatnya
Dua orang sepupu yang tak boleh berenggan. Tapi bila dah berjumpa.. pening kepala dibuatnya
Gambar anak rusa nani.. eh.. ni masa kat Mini Zoo Kuantan ni
Gambar anak rusa nani.. eh.. ni masa kat Mini Zoo Kuantan ni
Gambar aksi candid masa di Pantai Teluk Cempedak
Gambar aksi candid masa di Pantai Teluk Cempedak

NOTA: Ok kot banyak ni? Tak larat dah nak upload gambar banyak sangat. Ade berita terkini.. ppsttt… ura-ura ada pengambaran untuk siri BloggerBoy? Betul ke? Tungguuuu