Baik-baik... kang acik bersilat kang...
Baik-baik… kang acik bersilat kang… jangan dekattt

Macam biasa, siapa yang mengajar kita, layaknya dia bergelar guru atau cikgu. Bagi aku, macam tu lah adat kita menuntut ilmu ni. Setiap kali nak menuntut ilmu, tak kira la… kita pernah belajar sebelum ni ke… tapi, bila masuk je kelas… anda adalah pelajar dan orang baru. Sila kosongkan cawan masing-masing supaya dapat menikmati secawan teh yang segar.

Bebudak sekarang… menang kene cerita tentang adab nak menuntut ilmu. Depa ni tak paham konsep atau bagaimana pon aku tak pasti. Kalau kita cerita bahasa kias-kias… idak la mereka paham macam mana nak menterjemahkan kedalam minda mereka tu. Ini situasi yang dihadapi oleh penulis masa kini. Cakap biaq terang habaq hang!

Cikgu Arif kata... jangan sampai nanti pokok ada keluar dari kepala.. haa! hahahaha!
Cikgu Arif kata… jangan sampai nanti pokok ada keluar dari kepala.. haa! hahahaha!

Pada aku, aku cukup respek dengan Cikgu Arif Kasir ni. Ilmunya dalam bidang fotografi sangat-sangatlah membuatkan aku rasa diri terlalu kecik. Dah lama aku ikuti setiap post yang berkaitan fotografi dari Cikgu Arif…Β  semuanya buatkan aku mulut ternganya. Tak boleh jadiii….

Tak mau cakap banyak, terus aku set aku bersama krew AI MEDIA NETWORK (Potia, Dikbee dan Bang Azman) kitaorang turun bertapa “Ilmu Apungan Cahaya” hahaha…. bukan bukan… Ilmu kesenian memahami cahaya. Hangpa ingat lekeh ka? Ianya sangat teknikal dalam fotografi dan perkara wajib dipelajari.

Encik tuan CEO sedang sekodeng... sekali dia kene snipe dulu!
Encik tuan CEO sedang sekodeng… sekali dia kene snipe dulu!

Kalau nak aku ikutkan, bayaran kelas berbanding ilmu yang aku perolehi… sebenarnya aku cuma mampu kata, aku terkesima dengan limpahan dan lambakan ilmu yang cuba dikongsi oleh Cikgu Arif Kaser. Apa yang menjadi masalahnye adalah, otak aku boleh HENG sebab overwhelming ilmu yang dicurahkan. hahaha.

Behind the scenes dalam hutan. Memang menyeronokkan betul la!
Behind the scenes dalam hutan. Memang menyeronokkan betul la!

Seriesly…. berbaoi. Mungkin… pada sesetengah orang RM300 atau RM250 per class itu adalah mahal.. tapi in return apa yang anda dapat, adalah sangat lumayan. Ini bukanlah catatan membodek, sebaliknya aku nak share dengan pembaca yang kalau nak menuntut ilmu berkualiti, memang perlukan pengorbanan. Kalau nkorang tanye aku pasal kelas dari Cikgu Arif, aku akan sarankan nkorang pergi kalau nkorang boleh pejam mata dengan yuran tersebut.

Nota: Untuk makluman, terdapat beberapa lagi siri jelajah kelas Human Interest PhotographyΒ  & Photo Retouch dari Cikgu Arif. Kepada kamu yang berminat, boleh add beliau di Facebook. Dan katakan kepada dia, yang nkorang berminat nak jadi student. Sila mention, nkorang dapat info dari blog aku. Tau… itu kata laluan dia. :p

Pakcik Naim menjadi model aka HERO kami sepanjang program kami.
Pakcik Naim menjadi model aka HERO kami sepanjang program kami.
Ekspressi dan raut wajah Pakcik Naim memang sangat artistik... Superb betul la Cikgu Arif pilih model.
Ekspressi dan raut wajah Pakcik Naim memang sangat artistik… Superb betul la Cikgu Arif pilih model.
Ok la... kali ni tak banyak... sebab... banyak sebab dia... tapi aku rasa memang seronok dapat join kelas dengan Cikgu Arif Kaser ni.
Ok la… kali ni tak banyak… sebab… banyak sebab dia… tapi aku rasa memang seronok dapat join kelas dengan Cikgu Arif Kaser ni.