Sambungan ayat di atas adalah… “saya dah muak blogging…” bila tengok setiap kali ada lahhh kawan-kawan update dok asyik citer pasal SEO, pasal teknik letak iklan kat blog.. pasal teknik-teknik nak dapatkan buffered earning… teknik nak pikat hati pengiklanwatdecrap semua tu. Memang la blog awak.. lantak la situ. Malas nak cara… tapi tetibe bila dah banyak sangat orang dok citer pasal perkara ni.. mata rasa macam bernanah baca twitter.

Moral pada asalnya untuk menulis kesah dengan pengalaman peribadi untuk tatapan masa hadapan… itu jer sebenarnya motif nak tulis blog ni pada asalnya kan? Tengok sekarang ni dah jadi ape? Itu tak bleh.. ini tak bleh? Macam yang semalam.. aku dok bebel sorang sorang dalam twitter. Mujur jugak ada supporter… sape lagi kalau bukan orang kuat Kak Kujie dengan En. Rest&Relaks.

Memang dah lame dah perasan yang zaman blog sekarang ni dah macam ilang passion.. pasal ape? Pasal yang dikejar tak pernah dapat.. lepas tu dok sebok dengar petua orang lain… kemudian.. yang dikendong memang sahih kecicirian. Lepas tu hilang mood nak update blog. Orang nak bahasa baku.. awak pon nak bahasa paparan antaramuka… tapi orang tu menulis artikel untuk tatapan masyarakat. Kalau setakat awak nak tulis untuk bacaan masyarakat yang macam awak.. tulis bahasa pasar dah la :p

Dari nak bebel pendek tetibe jadi panjang. Punca asal dia pasal dah jelak tengok citer pasal SEO bla.. bla.. bla.. Nunffnang wadeheck… KLIK-KLIK… tak salah pon kalau ade orang nak maju atau menjadi orang sumber-terbuka untuk berkongsi pengetahuan. Tapi biar jadi spesifik person. Contoh terbaik macam si Aman Firdaus. Ye betul… aku selalu TROLL dia.. tapi bukan sebab aku dengki… malah aku kagum ade anak bangsa aku punya pemikiran macam dia.

Untuk aku.. Aman ade trend dia sendiri. Tapi kalau jumpe mamat yang bernama Aman Firdaus ni.. bapak laaa… konfem orang yang tengok pon cakap macam Mamat Tak Sudah. Tapi dia la Blogger Pelopor Paparan Antaramuka Media Digital Dwi-Teras Di Malaysia yang aku agak segan walaupon aku selalu TROLL. Aman ni pada aku lah… boleh nampak macam mana dia handle TROLL orang tu kepada satu IMPAK MUZIKA DI AWAN.. bhahaa… See?? He still tough until now. #WhatEVERRRR +__+”

Ahhh.. sudah lah.. hari ni merepek cakap sengsorang kat blog. Saje release tension. Penat dowh main coding PHP ni. Aku nak carik kawan yang sanggup buat same-same Projek ERP. Aku ajak si Mr.KayMY.. henlah la labu.. sampei sekarang ngak ada jawapannya lagi. Aku cakap dengan boss… “Kita scrap la ERP Sistem yang sekarang ni..” bos aku jawab… “I have no problem… but can you gave me the quotation???” GANGGG…. hape aku nak jawab. Peluang nak buat duit dah depan mata… tapi itu lah.. aku seorang pengaturcaraan paparan antara muka versi beta… hahaha (tak bley blah.. ayat TROLL lagi..)

Nota: Semua gambar twitter adalah sekadar hiasan anjung versi dwi-teras bak kata @Piratz kepada aku tadik.. bhahaha!

Nota Lagi: “Kenapa pakai aku? Cam kasar jer…” –  Herm… dah tau jawapan kan???