Smart Blogging? Pernah dengar terma tu? Satu ketika dulu sangat fames!
Smart Blogging? Pernah dengar terma tu? Satu ketika dulu sangat fames!

Sebelum ni ada jugak kawan-kawan tanye aku macam mana nak live blog macam aku dok selalu buat. Macam besttt je… macam menarik je… Ye lah kan, daripada aplikasi email kat telepon, terus kepada blog melalui flickr. Dalam masa yang sama, flickr pon terupdate dengan sendirinya. Macam best? Wooo… nak tahu?

Selain daripada itu, dengan cara liveblogging menggunakan kaedah ni jugak, kita dapat jimatkan bandwidth kat blog, sebab image dalam liveblog ni secara terusnya menggunakan hotlinking daripada flickr. Nampak tak? Berbanding kaedah nkorang liveblog menggunakan aplikasi wordpress, imej akan tetap dimuatnaik kedalam hosting nkorang.

Tutorial ini amat berteknikal. Level kefahaman adalah 6.5 daripada 10 diperlukan. Jika anda kurang faham, anda boleh tanya pada ruangan komen atau mohon ajukan soalan pada admin[@]azmanishak.com. Anda juga boleh ajukan soalan kepada saya di Facebook AzmanIshak.

Kalau nkorang rasa nak buat, nkorang buat la. Kalau malas, jangan nak propa lebey!
Kalau nkorang rasa nak buat, nkorang buat la. Kalau malas, jangan nak propa lebey!

Ok, cukup membebel pasal tu. Sekarang kalau sapa yang tak ada flickr, sila register sekarang. Klik kat pautan ni.

1 – TETAPAN DI FLICKR (Setting)

Tak susah pon... ikut je step ye :D
Tak susah pon… ikut je step ye 😀

(i) – Seterusnya daripada sini, setelah selesai proses mendaftar dan proses mengesahkan email dengan flickr, pergi bahagian ikon avatar anda seperti dalam gambar, kemudian terus ke pilihan setting.

Kita nak beri akses kepada flickr untuk membuat post sebagai diri kita.
Kita nak beri akses kepada flickr untuk membuat post sebagai diri kita.

(ii) – Daripada halaman Setting (tetapan), klik pada TAB Sharing and Extending, kemudian:

1. Klik pada More site
2. Klik pada logo WordPress
3. Daripada paparan, maklumat yang perlu isi adalah cuma domain blog anda.
4. Seterusnya masukkan admin dan password blog wordpress anda.
Sekarang ni, kita nak tweak sikit template layout kat flickr, supaya mesra blog kita
Sekarang ni, kita nak tweak sikit template layout kat flickr, supaya mesra blog kita

(iii) – Setelah selesai, pergi ke bahagian blog WordPress anda di Flickr, kemudian, pilih select a blog layout.

Pilih template mana yang anda kehendaki supaya flickr menggunakan template ini semasa menghantar post ke blog anda
Pilih template mana yang anda kehendaki supaya flickr menggunakan template ini semasa menghantar post ke blog anda

(iv) – Dari apa yang dipaparkan pada pemilihan template, template ini bukan mengubah template WordPress anda yang sedia ada, sebaliknya ia adalah “tweak” yang digunakan supaya kekemasan artikel yang dihantar kepada blog anda adalah seragam dengan template semasa.

Tak best layout cam ni. So kita custom skit.
Tak best layout cam ni. So kita custom skit.

(v) – Sila buat pilihan pada template 500px, kemudian klik pada customize. Tujuan kita customize adalah mungkin kita nak letakkan signature, tulisan kecik tu mungkin nak ditukar ke Bahasa Malaysia dan sebagainya.

Kalau pakai default template, macam tak gempakkk jee :p
Kalau pakai default template, macam tak gempakkk jee :p

(vi) – Langkah seterusnya daripada paparan Customize Template, masukkan code dibawah, kemudian bila dah selesai, klik pada preview. Jika anda berpuas hati, anda boleh simpan layout ini. Jika anda mahir dengan kod-kod HTML, anda boleh pelbagaikan lagi maklumat yang anda ingin ubah kedalam template tersebut.

[php]

{photo_title}, LiveBlog melalui akaun AI MEDIA NETWORK ({uploader_name}) di Flickr.

{description}
[/php]

NOTA: Jangan lupe tukarkan perkataan AI MEDIA NETWORK dan sebagainya mengikut kesesuaian dan kehendak anda.

2 – EMAIL FLICKR KEPADA BLOG

Ingat!!! Alamat email ni, jangan sesekali passing kat orang lain tau!
Ingat!!! Alamat email ni, jangan sesekali passing kat orang lain tau!

Ok, sekarang macam mana pulak kita nak gunakan aplikasi email yang ada di telefon bimbit kemudian nak hantar ke Flickr? Apa alamat email dia kan? Masih lagi pada setting Flickr, pergi ke TAB Email and Notification. Salin alamat email  yang ditandakan seperti di dalam gambar di atas kedalam telefon bimbit anda. Mungkin anda boleh namakan dia sebagai LIVEBLOG?!

EDITED dari teruran Kak Jie 07/01/2013: Sila perhatikan email yang dilabelkan “Your blog upload email” – ya sila gunakan email ini untuk menghantar email liveblog anda!

PERHATIAN: Suka saya ingatkan anda semua supaya tidak memberikan alamat email ini kepada orang lain. Ini kerana, jika orang lain tahu, mereka juga boleh post ke blog dan flickr anda tanpa perlu mendapat keizinan dari anda terlebih dahulu!

3 – TETAPAN DI BLOG WORDPRESS

Ini kita nak setting kat blog WordPress.
Ini kita nak setting kat blog WordPress.

Ini merupakan tetapan yang terakhir. Pergi ke blog wordpress anda, dan pergi ke Setting –> Writing. Kita sekarang ingin tetapkan default categories blog anda sebagai LiveBlog atau apa sahaja yang anda selesa. Jika anda masih tidak mempunyai kategori ini. Anda boleh ciptakannya di bahagian Post –> Categories.

Edited: Pilih gambar yang nak di liveblog, kemudian tekan butang share kat telefon bimbit. Seterusnya tekan je ikon email.
Edited: Pilih gambar yang nak di liveblog, kemudian tekan butang share kat telefon bimbit. Seterusnya tekan je ikon email.

Sekarang, cuba tangkap gambar, dan post menggunakan aplikasi email yang ada pada telefon bimbit anda. Tak sampai 2 minit, artikel akan diterbitkan di blog anda. Mudah kan? Ada orang bertanya, buat ape nak susah-susah macam ni? Aps WordPress kan ada. Ada sebabnya:-

• Penjimatan bandwidth kerana imej disimpan di dalam Flickr, tidak seperti Aps WordPress.
• Lebih mudah dan cepat, kerana capaian aplikasi kamera terus kepada aplikasi email adalah shortcut paling mesra pengguna.
• Tidak perlu aplikasi wordpress pada telefon bimbit.

Kelemahan? Setiap kejadian manusia mustahil tadek kelemahan. Mesti ada. Antaranya adalah:

• Anda perlu gunakan plugin thumbnail sekiranya blog anda menggunakan themes jenis megazine. Tetapi bagi pengguna FotoBesar, anda tak perlu risau. Fungsi thumbnail memang terbina dalam.
• Satu post hanya satu gambar. Jika anda masukkan 2 gambar, Flickr akan pos 2 artikel yang sama menggunakan gambar yang berbeza.
• Anda tidak boleh menentukan kategori apa yang anda nak letak dan juga TAG.

Bagi saya, saya lebih selesa menggunakan kaedah ini untuk LiveBlogging berbanding menggunakan kaedah Aplikasi WordPress. Sebab saya tak perlu nak pikir pasal kategori, pasal tag dan sebagainya. Saya telah membuat optimasi pada template fotobesar supaya tajuk akan menjadi keyword carian utama.

Saya biarkan template Fotobesar untuk bekerja dengan saya. Bukan saya bekerja untuk blog. Ini dinamakan smart blogging. Terpulang pada keselesaan masing-masing. Tadak sapa nak paksa pun. Kalau nak buat, buat lah… kalau tanak, tak paksa pun.

Saya cuma kongsikan apa yang saya rasa patut. Orang pertama yang menggunakan kaedah ini adalah Saudara Knizam dari Knizam Artwork Blog. Beliau yang bertanggungjawab meracun saya kaedah ini. Ternyata, ianya kaedah blogging yang saya sangat selesa hingga ke hari ini.