Gambar: contoh Gray-Card buatan sendiri

Penafian: Sekali lagi untuk tajuk ni, aku adalah seorang yang beginer dalam dunia fotografi, sekiranya nota atau catatan ini salah atau tak betul.. harap dapat pembetulan dari kawan-kawan yang pakar. Entri atau catatan ini bertujuan untuk perkongsian dengan rakan yang menggunakan Sony Alpha290 atau Alpha390 macam Kak Yan. Tujuan utama adalah untuk mendapat putih seimbang dalam gambar. Mungkin boleh diaplikasi pada rakan yang menggunakan model kamera yang lain juga.

Kalau untuk mereka yang biasa amik gambar akan perasan tentang perkara yang disebut “White Balance”. Tujuan tetapan ni supaya gambar yang kita ambik tu dalam keadaan warna yang asli dengan membetul atau menyeimbangkan warna putih. Kalau tak diseimbangkan… itu yang jadi warna terlampau kekuningan atau kemerahan. Kejadian ni biasa terjadi bila kita tangkap gambar “subjek” yang berada pada sinaran lampu NEON (neon light).

Memang dah ada tetapan automaik untuk mode-mode White Balance macam Automatik WB, Day-Light WB, Shading WB, Clowdy WB, Neon WB, dan lain lain… tapi tuuuu tetapan automatik. Jarang sekali bertepatan dengan “Warna Putih Seimbang” yang dikehendaki. Jadi sebab nak elakkan gambar berbirat kekuningan… so kita guna la Custom White Balance sebab nak betulkan menggunakan kamera.

Pertama sekali untuk mendapatkan putih seimbang kebiasannya menggunakan Gray Card. Cara nak buat Gray Card ni senang jer. Sebelum tu, sila baca kegunaan Gray Card kat sini. Kemudian baca kat sini pulak untuk cara-cara printing Gray-Card.

Gambar 2: Membuat kalibrasi fokus sebelum menetapkan Custom White Balance

Untuk tetapan Sony Alpha290 dan Alpha390:

  1. Dah print Gray-Card? Sila focus kepada Gray-Card tadi… pastikan metering berada di tengah-tengah. Ingat ye… ini adalah teknik Manual (PASM)
  2. Pergi ke tetapan dengan menekan butang [Fn] kemudian, pergi ke White Balence. Seterusnya pilih Custom White Balance –> .
  3. Pilih Custom White Balance yang ade logo –> dengan menekan butang kekiri atau ke kanan –> seterusnya tekan butang ok –> .
  4. Seterusnya daripada Gray-Card yang kita print tadi.. pastikan daripada titik-titik fokus, Gray-Card tadi, duduk di tengah-tengah. Perhatikan gambar 2. Kemudian petik butang Shutter. Kalau tiada mesej error dipaparkan… maka White Balance yang anda buat sebentar tadi adalah tepat. Kalau ade error.. sila buat sekali lagi.
Gambar: Perbezaan sebelum dan selepas menggunakan Gray-Card dan Custom White Balance

Kalau dah dapat paparan mesej [OK], cuba tangkap gambar menggunakan Exposure yang sama bawah pencahayaan yang sama. Macam mana? Ada erubahan? Sebenarnya cerita kat atas ni.. teori je lebih… kalau nak diikutkan step… mudah sangat untuk di aplikasi. Ok.. selamat mencuba ya.

Nota: Terima kasih kepada Saudara Syamsuddin aka @Aeropama yang telah mengajar aku teknik ni. Ini merupakan tajuk pertama yang dia ajar selepas aku beli dSLR dan berguru dengan dia.