Ujian Deep of Field. Memang tak mengecewakan. Meskipon jarak antara objek cuma beberapa CM

Maksudnye di situ adalah mengenai keupayaan lensa Samyang yang “panas dan baru je keluar dari ketuhar”. Satu gadjed impian setelah sekian lama aku menaruh harapan. Untuk makluman, aku baru saja membeli lensa Samyang dari kategori Telephoto dan juga outdoor potret. Agak lama jugak aku nak putuskan sama ada nak ambik Samyang 35mm f1.4 ataupon 85mm f1.4. Kedua-dua lensa pada range ni mempunyai keistimewaan dia yang tersendiri. Last sekali… aku putuskan untuk ambik Samyang 85mm f1.4

Apa yang menariknye mengenai lensa Samyang 85mm f1.4 ni, adalah ciri-ciri bokeh dan ketajaman fokus. Pada dasarnya, ianya tidak berapa nak sesuai untuk kerja-kerja fotografi yang memerlukan kepantasan. Maksud aku fotografi dalam kekalutan seperti tugas kewartawanan dan sewaktu dengannya. Untuk pengetahuan semua, lense ini adalah lense manual. Jadi fungsi auto focus tidak terdapat di situ.

Meskipun macam tu, untuk mereka yang mementingkan art of light, lense ini adalah untuk nkorang. Tapi, sila beli dulu la. Masa mula-mula beli, aku rasakan memang tersangat la payah untuk focus. Maklum la belum berapa nak mahir lagi. Lagipon, bak kata orang…. barang baru kot.. masih lagi dara.

Kepuasan membidik pada ISO 100 di bawah kondisi kekurangan cayaha (low-light/light room) adalah satu perkara yang aku sangat terkesima la. Pendek kata, range speed boleh mencecah 1/125 – 1/200 saat. Tapi bergantung pada jenis lampu. Ini bermakna, lensa ini juga sesuai untuk kondisi lampu dalam rumah tanpa memerlukan aku memasang Speedlight.

Satu lagi perkara yang aku rasa berbaloi dalam pelaburan kali ini adalah…. semua orang pon tahu yang kawalan NOISE untuk Sony Alpha tidak begitu baik, jika nak dibandingkan dengan Canon mahupon Nikon. Tapi dengan lensa ni, sekiranya boleh dibidik dengan kelajuan cahaya (ISO) 100, maka masalah NOISE tadi sekaligus dapat dielakkan.

Tengok lah hasil bokeh dia.. boleh kecur air liur untuk sapa mengidam.. hehehe

Semalam, aku ade mencuba untuk tangkap gambar Amirul yang tengah tidok, EXIFnye Lebih kurang pada: ISO 200, f1.4, Shutter Speed – 1/90±. Kire ok ape.. sebab dalam rumah aku masa tu, aku cuma pasangkan satu je lampu kalimantang. Cahaya kalimantang tu bukan terang pon.

Owh seperkara lagi yang aku suka adalah, masa tengah hari buta, dah tentu ISO yang wajib adalah ISO 100, dan Shutter Speed hampir sepantas yang boleh kat kamera aku. Itu pon, masih jugak cerah, sampai aku terpaksa kecikkan Aperture untuk mengawal cahaya yang masuk ke dalam sensor. Best habaq hangggg!!!!

Cakap banyak tak guna.. jom layan gambar prektis!

Masih lagi membuat ujian Isolation... nak tengok setajam mane lensa ni bleh pergi
Aku carik orang yang tengah buat kerja... tapi sorang pon tadek!
Kepuasan apabila dapat tengok image pada skala penuh.. fuuhhhhhh!!!
Tersalah focus, jadi blur, patut masa ni aku dekatkan lagi jarak titik focus.
Cubaan dalam office area plak. Tanpa flash dan ISO100.
Outdoor shooting. ISO 100. Shutter Speed? Ini paling laju!

NOTA: Ok la.. sampai sini dulu untuk paparan kali ni. Nanti bila aku dah ade model, boleh la plak belajar Fotografi Potret.

NOTA2: Erk… Kak Yanmie kata nak jadi model… hahaha.. bley bley.. sila dapatkan izin suami dan juga jangan lupa isi borang ye. hehehe :p